Anak Emak?

Saturday, February 21, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

Rasenya semua orang pon anak emak kan? Kalau tak anak emak, anak sapa lagi?! Aduh. Tapi perumpamaan kali ni adalah untuk "anak mak" yang lagi satu tu. Contohnya.

"Jap, i kena tanya mak i dulu." or "Saya kena balik. Nanti ibu saya marah."

Tapi ade ke situasi macamni?!Hmm. Wallahua'lam. Bagi aku ada baiknya jugak anak emak ni. Kita taulah dia ni seorang yang bertanggungjawab. Tapi. Ada jugak keburukan nya. Lama-lama, dia sendiri tak tahu membuat keputusan sendiri. Semuanya harapkan mak. Tak kisah la. Baik perempuan or lelaki. Sama je. Tapi lelaki lebih sinonim dengan anak emak kot. he he. Jangan marah ye.

Tapi bila dipikir2 balik. Kalau suatu hari nanti kita ada anak. Tetap gak kita jadi emak kepada anak kita kan. And perumpamaan tu akan kena balik kat anak kita kan? Sama je. Pusing-pusing, kot situ gak. Yang pentingnya. Cara didikan tu. Tak perlu dimanjakan sangat. Atau diikutkan sangat. Chewah. Macam mak-mak plak aku. Aku pon tak tahu macammane topik ni timbul. It's just make sense kan?!

Aku terjumpe satu artikel tentang anak emak. Tak mahulah cerita panjang lebar. Tengok checklist dibawah. Kalau setengah daripadanya terdapat dalam diri anda. Tak mustahil la tu! Memang bonar lah sangkaan nyo.... Enjoy....

Anda anak emak?
  • Rapat dengan ibu berbanding bapa.
  • Berkongsi segala masalah daripada perkara kecil hingga ke yang besar dengan ibu.
  • Terlalu bergantung kepada ibu, malah ada yang inginkan bakal isteri 100 peratus sama dengan ibu.
  • Sensitif dalam banyak perkara, malah kadangkala dilihat kurang ada keyakinan diri sekiranya perlu membuat sebarang keputusan.
  • Tidak terburu-buru mendirikan rumah tangga kerana ada ibu yang menjaga makan pakai.
  • Melebihkan ibu/bapa hingga menyebabkan kekasih atau isteri makan hati.


  • MissSilent Says: Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

    2 Pengkomen:

    yam^Artfingers^ @ February 23, 2009 at 10:24 AM

    sesungguhnyaa....i'm dating an anak emak...so aku paham cabarannye..damn.

    Ms.Silent @ February 23, 2009 at 2:09 PM

    he he he...cabaran yang agak besaaaarrrr tu! ;)

    Good Luck!