Sabar itu Tak rugi lah!

Friday, March 20, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Hukum suami memukul isteri apabila panas baran?

Islam mengajar bagaimana hendak mendidik Isteri dan anak-anak. Mula-mula ialah dengan didikan agama. Kalau kita tak mampu kita hantar pergi ke sekolah/masjid etc. Kemudian kalau isteri engkar maka tegurlah dia. Kalau dia engkar lagi berpisahlah dengannya dari tempat tidur, kalau dia engkar lagi jangan bertegur sapa dengannya dan kalau dia engkar lagi maka pukullah dia. Tetapi orang silap tafsir akan perkataan pukul ini. Ada yang pukul sampai mendera.

Ulama tafsir meletakkan bahawa pukul ini mestilah dengan keadaan ia tidak sampai mencederakan isteri. Tidak boleh memukul muka atau bahagian yang akan mendatangkan kecederaan yang kekal. Sebab itu kaedah pukulannya ialah dengan kain dengan kadar hanya untuk menyatakan kemarahan/kebencian kita. Tidak lebih dari itu.

Sebab itu hukumnya haram mencederakan isteri sebagaimana haram mencederakan makhluk lain tanpa sebab. Lebih2 lagi kerana panas baran.

courtesy: bincang.net



MissSilent Says: Semua sila bersabar ye. Tak rugi pon bertendang. Eh silap. Bertenang. ;)

0 Pengkomen: