Update ape lagi!

Friday, May 29, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

hey! i'm back! Maaf la ye. Kurang sihat sejak pulang dari Jakarta! Bukan Swine flu ye anak2. Cuma demam biase aje. (agaknye la!) don't worry. Dah gi clinic pon. :)

So, i semakin pening. Semakin banyak benda perlu dibayar. Damn. Duit semakin sedikit. Pelamin aku pon xconfirm lagi. Worst come to worst, will take the previous team(during my engagement) punye artwork. Actually ok je diorang tu. Nice pon nice. Cume tu la. Terasa macam nak carik yang lagi murah. Tapi macam standard je. Asal pelamin kat Dewan je, starting price confirm RM1,500/. Hmm. Mahal kan?! I'm trying to get all in a good price which is cheap la kan. But nice. :) Saya tak suka berbangga2 benda yang saya xmampu. Jadi inilah saya! :)

Kad kahwin side lelaki dah ditempah. Semalam pon dah check draft nye. Ada je salah. But before they print, they will draft out first, u check, then confirm semua ok, baru diorang print. Like side lelaki, he did at LH Print tu. Ok la price nya. Cantik pon cantik.Banyak sangat choice. Terpulang la pada kamu. Jangan nak membazir sudah. Kad je pon. Lepas orang gi kenduri kamu, bukan dia nak simpan sangat pon. So, biar dia nampak cantik, simple and mudah difahami. ok?

Tadi baru call for PA System. Sayed tu cakap RM300 complete set. Aku pon xpasti apa yang complete nye. So, will meet him soon to check it out. Nanti aje saya update kamu ye.

Ohw ok. Tonite Wedding Kutek(Unif) and his fiance Yazmin. Bertempat kat Kg.Pengantin. So, nanti update lagi la ye! he he he



MissSilent Says: Harini terbaca satu msg. Dia cakap Kulim kem salam. Dia pon nak tunang dah. :) Alhamdullillah. Aku xnak cakap ape2. Melainkan Congrats! ;p

Alot of nothing!

Monday, May 25, 2009 / Comments (5) / by Skinny Yash

Too many to think.
Too many to see.
Too many to spend.

and yet

I don't even have single penny!




MissSilent Says: Ya Tuhan ku, Kau kuat kan lah iman ku untuk menghadapi semua ini. Amin.

Jakarta - Day 3 /Last Day

Monday, May 25, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

Pagi2 seawal jam 830am lagi after breakfast kami dah menuggu Mikrolet dihadapan Hotel. No 9 ye! Sediakan 2,000rp! Naik sesampai je di Tanah Abang, kami dah kelam kabut cari barang! Nak beli Sejadah lagi, tudung lagi, karpet untuk pelamin nikah lagi. Time ni, kedai pon xbanyak bukak lagi. So, kitorang meronda2 dulu sementara nak tunggu semua kedai bukak. Around 9.30am je, kitorang dha begitu serious cari barang. Coz takut xsempat! And Ms. Eon dah agak pressure sampaikan xnak cari kain dah. Sebab kat mata nya belum jumpe lagi yang berkenan di hati. Layan kan aje lah. Betul kata Johnny, pompuan suka carik benda yang dia takkan dapat! ha ha ha ha.

So, we split up coz masa xmengizikan kami untuk berfoya2 2-2 orang cari brg yg sama. So, masing2 cari barang masin2 and jumpe di kafe yg sama! And punya samdol, xtau plak aku ade 2 kafe yg sama di floor basement tu. Terkial2 gak la carik minah sorang nih! Janji kul 12 nak jumpe. Tapi dah over 15minit xnampak2 batang hidung! Aku berjalan ke cafe lagi satu. Mana tau dia tunggu kat situ. Ha..ko! Jumpe plak di tengah2 jalan. Satu pon die xbeli lagi! On the way masa nak cari rakan ku ini. Aku terjumpelah kedai Zahirah Textile ni. Masa first day, kitorang xsempat masuk. So, bile dah last day ni, aku pon bgtau la Ms.Eon! And dia nak tengok for the last time. Memang cantik2 kain nya! At last! Aku berjaya membuatkan dia membeli kain for her wedding reception! yeayyy! Nak tahu berapa! Cuma 325,000rp per meter dari harga yang di bukak 550,000rp. So 5 meter kami cuma perlu membayar dalam rm500++ sahaja! Sungguh menguntungkan! Kain nya pulak sangat superb! Lumayan gitu!

Selesai, terus berlari kami pulang ke hotel. Seperti biasa, naik mikrolet! Jam dah kul1pm! Kami perlu bergegas ke Pasar Jatinegara sebab dah kesuntukan masa, takut macet nye lagi. Kalau sewa aje kijang Hotel ke Airport, charge nye 180,000rp (rm62 cmtu). Tujuan ke Pasar Jatinegara lagi, sebab nak amek barang yang dibeli semalam. Tak bawak balik terus semalam sebab kan kami ke Mangga Dua, takkan nak gendong2 kotak2 besar tuh! hu hu hu. Dari Hotel ke Pasar Jatinegara je dah macam2 hal berlaku. Semuanya sebab miscommunication. ApA2pon, kami sempat la sampai ke Airport dengan jaya walaupon hampir bergaduh. ha ha ha ha

Sampai je Airport, terus check in dan kami pekena dulu indo mee! yeay! Dah flight delayed dalam satu jam! Overall, a great trip for both of us! And Ms.Eon! Ye! Saya ingat kata2 mu itu.

"Janji tau, nanti dah kahwin pon kita pegi trip2 macamni! Biarlah diorang nak g main golf ke hapa! Kita shopping!" ha ha ha ha


MissSilent Says: Tak sabar nak ke Bandung pulak September ini! yeay lagi!

Jakarta - Day 2

Monday, May 25, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

After we had our breakfast than has been provided by the hotel, kami gerak seawal jam 8pg. Kire nak avoid macet la ni. Paham2 je la ye! Jakarta! Diulang! JAKARTA! Kemana kami on the 2nd day? Okay, as i said, i make alot of survey and diorang cakap for gift gi carik kat Pasar Jatinegara! around 30minutes gak la from Tanah Abang. On the way tu, ternampak la pulak Pasar Cikini. Dia ala2 dah macam bawah stesen LRT! he he he. Kalau korang nak beli barang2 rotan, sini sumpah berlambak! Bakul2 buat hantaran tu berlambak2 ada! Harga xpasti sebab xsempat de nak singgah! hu hu hu

Sesampai kami Pasar Jatinegara, orang nya masih kurang. Tapi kiri kanan memang jual macam2. Sesampai je kat pintu masuk tu, korang confirm xde idea nak kemana! ha ha ha At first kami pon melilau2 cr mana nya tempat barang2 gift2. So to make ur life easy, dari pintu masuk tu, xyah korang naik tangga. Belok ke kanan or kiri. then perhatikan tangga untuk turun ke bawah. Ha...sini memang mengundang lah! Sebab susah nak direct kedai yang kitorg beli gift tu. Tapi memang bersepah2 lah org jual gift. Macam2 ada. Kipas, Coaster (Tatakan gelas), Calendar, glass, mug, ceper/piring, beg duit and macam2 lagilah! Memang murah! Murah sangat2 lah! Walaupon dah murah, jangan lupe bargain bg lg murah! Itu harus ye kawan2! Kesian kat Atun tu kitorang kerjakan. Pujuk punya pujuk, lama gak la lepak kedai dia. Akhirnya Berjaya! ha ha ha ha Bagus budak nya, comel pon comel. Baru umur 20thn! Badan pon mantarp! ha ha ha. Dah terpesong ceritaku! Nanti aku bagi alamat kedainya ye! Dalam pasar ni je dah banyak kali aku menyesar! Sesat lah! Nasib pulak jumpe kawan kpd bdk Atun tu. Dia yang tunjuk kan jalan ke kedai Toko nye! hu hu hu. Sini gift2 nya bole ditempah untuk tulis nama! Ala baru tambah 1,000 rp. Korang kira lah berapa ye. So, kami membuat keputusan untuk membeli disini aja. Lagi banyak, lagi murah. yeay~

Habis disini, kami berjalan ke belakang Pasar Jatinegara untuk ambil cab ke Mangga Dua. Purpose? Kerana Ms Eon nak survey2 card katanya. Dah jam 2 gitu pon. Jalan pon dah agak macet. And dari Pasar Jatinegara ke Mangga Dua dalam 30minit gitu. Kitorang kene cab dalam 42,000rp. Sampai je Mangga Dua, terus kitorang lunch dulu. Kat Estellar Juara Indonesia! Layan dowh! Tak tau lah sebab lapar atau memang dia sedap! :) After lunch, kitorang mula berjalan balik. Survey2 apa yang patut. Kedai yang Diah and the rest war2kan pon kiotrg pergi. Banyak choice for gift and card. Disini pon aku hampir menyesar. Nak nangis pon ada. Sebab aku dah penat sebenarnya! he he he Bayangkan dari Block A ke Block I! Tak ke banyak tu! Oh ye, kalau ke sini, terus ke Pasar Pagi ye! Kerana situ lah tempat2 yang orang cakap untuk cari gift tu!

Around 5pm, kedai pon dah mula nak tutup. Aku cuma beli beberapa helai t-shirt untuk family ku. Buat kenang kenangan le. Overall, aku rasa macam menyesal ke Mangga Dua sebab, sini harga lebih mahal dari Pasar Jatinegara. Ye la, dah stock2 macam Sg.Wang KL gitu. So, susah la nak bargain banyak. Sebab dia bukak harga pon dah tinggi. Kesimpulannya, nak carik gift, silalah ke Pasar Jatinegara. Banyak gile gerai2 nya. Diorang juga bole membuat penghantaran terus ke Malaysia. Kan senang! :) So, kami pon bergerak pulang ke Hotel. Sempat jugak singgah shopping complex dpn Mangga Dua tu. Situ mostly jual barang2 electrical. Jadi untuk tidak berasa kecewa sangat kerana dah jalan jauh, tapi xbeli apa2. Kami pon sambar la CD Cetak rompak! he he he Murah weyh! Satu dalam RM2 je! he he he Ingat! Beli yang xdak kat Malaysia! Kalau setakat ko nak CD ungu, Peterpan, BCL, Kris Dayanti, baik ko suruh je aku tolong donlodkan! hu hu hu. Ingat ye! Beli CD yang sukar untuk dicari di Malaysia! Contohnya, Escoutez atau Vidi! Pernah dengar?he he he

Kami sampai Hotel around 8pm camtu. So masing2 dah kepenatan. Lansung tido. Esok last day kami di Jakarta. Jadi Plan nya, pagi2 ke Tanah Abang lagi! Sebab xpuas! :) And Ms.Eon pon xjumpa2 lagi kain for baju reception dia. Banyak sangat, sampai susah nak buat pilihan agaknya!

Bersambung lagi.


MissSilent Says: Pasar Jatinegara is good bargain for Gift and sourvenir.

Jakarta - Day 1

Monday, May 25, 2009 / Comments (6) / by Skinny Yash

Reached at Jakarta Wednesday night, around 11pm. Straight ke Hotel as we had booked earlier from KL. First of all, thanks alot to Leez! He he he. Eventhough saya xberapa mengenali mu, tapi blog anda sedikit sebanyak membantu perjalanan saya dan teman! Ye! Me going with Ms EON. Kerna dia pon mencari/survey barang2 kahwin gak! So, we all decided to stay at Hotel N1, Jalan KS Tubun. Hanya around 5-10mins walking distance ke Tanah Abang. Nak naik "bajek" (ala2 tuk2 tu pon bole, tp xdigalakkan!), tapi kami disarankan naik aje mikrolet nye! berlambak2 lalu depan hotel! Tapi awas! Hanya naik mikrolet NO.9 ye! Untuk ke Tanah Abang. Kalau nombor lain, takut ke Kota gitu! Tambang hanya 2,000rp(sekitar 70sen gitu!). Kalau naik cab pon boleh gak. Naik je, memang meter nye start at 6,000rp (around rm2). Up to u la.

So sesampai je di Tanah Abang blok A, kami dah start gile ye kawan2! ha ha ha! Terlampau banyak kedai! Sume pon nak singgah! So, as i dah buat banyak revision and survey sebelum pergi. We decided to jalan Lantai B1 and B2 dulu. Floor ni mostly, textile yang murah2 banget! Ada gak terselit kedai sourvenir. Tapi xbanyak la. Kami berjaya membeli kain shantung silk dengan harga 15,000rp (rm5) semeter, kain lace biasa and satin 10,000rp (rm3) semeter. Sini memang kene mintak kurang habis-habisan! Diorang boleh je. Cuma kena pandai la. Lagi amek banyak, lagi lah dia boleh bagi kurang. Dari jam 9 sampai ke kul 1.30pm, kitorang belum beli apa2 lagi, kerna xtahu membuat pilihan! ha ha ha. Jadi lansung ke Lantai 7 untuk ke Food Court. Harga standard KL la. Okla. Bersih kalau nak compare gerai2 di tepi jalan tu kan. And sampai sekarang aku macam rasa xlogik dengan cara cash card dia. Bermakna korang order makan kat kedai yang disukai, then dia akan bagi resit. So, korang ke cashier, bagi duit nya. Kira kalau korang bagi dalam 50krp tu, dia akan masukkan nilai tu dalam cash tadi. So korang gi kat meja makan balik, tunggu makanan tiba. Sampai makanan, dia akan mintak kad nya. Nant dia akan pulangkan kembali. So dah habis makan, jangan lupe plak amek baki duit korang dalam kad tadi. So, pergi je ke cashier, cakap nak baki nya! Selesai sudah!

So turun je dari makan, korang boleh nampak kedai Charisma! Mostly die jual batu2, manik2, ala2 rantai bijik2 tu, ribbon, border lace and bermacam2 lagi! SUMPAH MURAH! Sampai sekarang aku sedikit keciwa kerna tak beli banyak2 ribbon nye. Satu gulung ribbon yang bersize kecil itu hanya dalam 1,500 rp (50sen) ye kwn2! Kalau kat sini xmungkin lah dapat kan! Ribbon besar pon, baru dalam 4,500rp (1.50) segulung. Ish ish! Murah sangat nih! he he he

Selesai membeli, kami terus ke Lantai B1 and B2 untuk menyambung misi kami mencari kain. Tips nya. Jangan pergi kedai yang pekerja nya pon dah pandai2 convert duit diorang ke duit kita. Kalau macam tu, susah sikit nak bargain. Sebab diorang tahu, kalau kat Malaysia dah tentu2 xdapat harga tu. And ada satu kedai ni, kitorang dah hampir membeli, tapi disebabkan dia buat muka2 bengang and aku rasa macam nak luku je kepala dia, jadi kami pon dengan slumber je cakap, xpela. Kitorang jalan2 dulu. hehehe. Puas hati aku! Orang nak bagi bisnes, dia nak buat muka Virus H1N1 plak kan! Apa2pon, semuanya terpulang kepada cara kamu ber bargain. Kalau pro, untung lah! At last, kitorang ke satu kedai cina ni. Dia je yang sangup layan kerenah kami yang nak sekejap tukar warna satin, sekejap tukar warna lace. he he he.

Sekitar jam 5-6 camtu, mostly kedai dah start tutup. So, kami pon beransur pulang ke Hotel. Peringatan untuk yang mahu tinggal di Hotel N1. Kalau nak balik, keluar je Pintu besaq tu, korang lintas jalan ke seberang. Ada satu lorong masuk kiri kat situ. Ha..jalan tu, boleh sampai ke Hotel nya. Kalau nak amek mikrolet, sila rajin2 jalan kedepan sikit. Ada junction memang banyak mikrolet biru2 tu tunggu kat situ. Naik je. Bermakna korang akan lalu pasar2 siang kat situ. Baru jumpe junction nye. Tak sesat de. Jalan straight! :) Macam kami first day ni, tak berapa nak tahu lokasi hotelnye dimana walaupon dekat. Jadi kami naik cab, tapi xseberang jalan. So, terpakse la buat u-turn kat depan yang sangat jauh and macet! So, faham2 je ye berapa tambangnya! huh! Jadi ingat! Nak balik Hotel, sila seberang jalan dulu. Jalan menentang arus kenderaan. Situ ada lorong masuk kiri, ada pasar2, korang jalan je terus! Memang jumpe lah mikroletnye. Perhatian lagi Mikrolet NO 9 ye! Aku dah ulang 2x nih!

Disebabkan nak pulang ke Hotel pon macet, yang sperti ko jalan pon dah sampai, jadi kami decide tapau aje dinner kat Restoren Minang tu! he he he. Layan la..Dah macam restoren minang kat Kg. Baru tu. :p Sampai aje di Hotel, aku tido seawal jam 8mlm! :)


MissSilent Says: Post lain aku trk gambar2 ye! Ni PC kat umah agak lemms! :)

Finally...

Tuesday, May 19, 2009 / Comments (10) / by Skinny Yash

To xxxx,

Thank you very much for the opportunity and exposure given. I have had my decision made and wish to inform you i have no interest to extend my contract agreement

with all due respect, please accept this email as a letter of resignation effective 24 hours.

You will expect me to return the access card and laptop and any company's belonging that was loaned on to me during my tenure here at the O***** by tomorrow morning.


Yours Truly,
Ms.Silent


Puas hati aku! Thanks Johnny for understanding! Aku perlukan itu sebenarnya! hu hu hu


MissSilent Says: Esok xperlu bangun pagi lagi dengan mood yang xbest! yeay!

Melepas sudah..

Tuesday, May 19, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Nothing to update!

I'm not going to the interview!

Reason?!

I think i'm not qualified for that!



MissSilent Says: D*ll pon ade. Tapi mahu ke?

Perasan bercampur baur!

Monday, May 18, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Ape yek i buat on weekend. No activity. Melainkan kuar late dinner with Johnny. Sunday as usual pukul separuh hati! he he he. Syg, i dah terelll blom? he he he

Today supposedly nak gi survey kad kahwin. Hmm. Tengok lagi beberapa hari je lagi. Kad masih blom buat! hu hu hu. Ade niat nak buat sendiri. Tapi. tu la. Banyak plak masalahnye. Antara nya, tak tahu nak guna software ape, kalau nak suruh guna photoshop tu, aku pon baru je berjinak2 guna. Nak guna Adobe Illustrator, mampos kedaung xpandai2 lagi aku ni. Haih Haih Haih.. Mengeluh panjang nampak nye aku!

Hmm. pagi ni mood keje dah ok-ok. Datang plak part bos aku yang macam hanj** ni kan! ade je. Aku dah bengang! Nasib x ku sound je tadi. Kang kene buang dan2 tu plak! Ha. Sape plak nak bagi aku makan?! Owh btw, aku ade intervivew esok! Kat I*T*C, Klcc. Tak tahu la dapat ke tak. Kite hanya mampu mencuba yang terbaik. Ye tak?! Post memang yang ku cari2. More to Project Management la. So..will update you guys tomorrow ye! :)


MissSilent: Manusia yang tiada kebebasan untuk berperasaan adelah seperti pokok yang tiada buah!!

Tempahan Baju Kahwin!

Saturday, May 16, 2009 / Comments (22) / by Skinny Yash

Dah tempah baju kahwin? (saya sudah!) nikah punya dah siap pon. Cuma tak ambik je lagi. Murah tau! RM150 je! Highly recommend, korang gi Dzul Classique, kat Kajang! Kalau lagi 2 minggu nak pakai pon bole. Tapi charge extra sikit la. Paling mahal pon RM250. Siap tampal2 lace bagai. Itu yang terjadi pada ku! he he he Kalau baju melayu lelaki pon murah, RM130 sahaja, termasuk sulam2 kat leher, tangan and poket tu. Terpulang la. Mahu boleh, tak mahu pon boleh. Hasilnya. Memuaskan hati! Johnny pon setuju. Kira, janji sedap pakai lah.

Kat Dzul Classique pon ada gak baju2 buat sewaan. Lace2 la. Erm overall, ok lah. Cuma ia tak menipati citarasa ku ini yang cerewet! hu hu hu Kalau cari songket, xpayah lah kat situ. Sebab kakak tu sendiri cakap, diorang takda pon yang baru2 punya. Yang ado pon xbrapa nak lawa. Jujur gitu katanya. he he he So kalau korang nak cari songket, gi je selang sebelah kedai tu. Rose MZ. Ha..situ ade lah songket2 lace bagai2. Cantik. Tapi tetap tak menepati citarasaku juga. At last, Johnny je yang amek package kat situ. Untuk side lelaki kan. Settle satu hal. Oklah package dia. RM1,400 untuk sepasang baju sanding, pelamin untuk rumah, and makeup. Yang aku xpuas hatinya coz baju pompuan nya dah ala2 macam baju tunang aku je. Tak kelessss lansung! Sayang...i nye tukar boleh x? :P

Hmm. Baju side pompuan, semuanya di tempah. Ye! Puas hati ku ini! ha ha ha. Dengan siapa? Bukan designer termasyhur. Tak mampu mak nokk! Tapi hasil kerja tangannya aku kagumi. I pon tak ingat, wether i told you before or not. Takpelah. He once worked with Jovian and Rizalman. And now, dia buat sendiri2 je. Belum ada kedai pon lagi! :) Kalau korang nak info, msg saya ye! :) So now, Aku cuma tunggu untuk dipanggil fitting je. Dalam next month la kot. Bayaran pon telah dibayar separuh. Lega la sikit. :)


MissSilent Says: Tak sangka lagi berapa hari je! adoi!

She the future to be..or..

Friday, May 15, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

I know i have a few lady that i can count on. During happy or un-happy moment. :) Since morning i was in the very-unstable-not-so-very-good mood. And i know the "someone" really can cheer me up.

Obviously, she also in the same mood as mine. How can we catch up together ek?!Takpe, let's give some try. Will update soon.



MissSilent Says: Let see if she have the guts to do that "body contact" action! :)

Lost in Translation...

Friday, May 15, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Today, I lost my strength. Yes. I still do have my patience, A LOT! But something just make me feel un appreciated. I don't want to cry, nor think about it. But it keep on coming. I need something to hold me up either when i was up in the air or down to the earth.

I know my apology doesn't mean a lot because I committed a mistake. I don't have any excuses for why I did or what I did, I just didn't know what to do after what I put myself through by not wanting to understand the simple words of "HELP" Therefore I hope you read this and hope you know that I love you and I'm sorry that for what I'm putting You through.

I might not be the perfect one. But i know, i have something.



MissSilent Says: It is the longest time i guess.

NO ONE!

Thursday, May 14, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

HELP ME!

I'm stucked in the HELL right now!

And NO ONE who i can talked to!


MissSilent Says: Why something really hurt me in many ways!

NO MOOD!

Thursday, May 14, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

Luncheon with Mrs PR. What i like about this lady. Hmm. She know's when i'm not in the very good mood. Good timing huh? he he he Thanks for the twisted thingy advice. I'm not sure i really can cope on that! ha ha ha

Kerana pembelian rokok yang tak terlaksana, ribut melanda. Tanpa angin kencang pon. hmm. Tapi rokok tetap menyala. 5 kali action with the not-so-good response, aku dah dapat agak. Memang ini bakal terjadi. Takpe. Biarlah. Lama-lama ok lah tu. Janji aku tak bukak volume tu tinggi2. Ye!

Oleh kerana, angin sepoi2 tu. Makanya, bangun lambat. Status mood, swing! Keje, satu pon xstart lagi. Dah pukul berapa ni?! Almost 2pm! I know, i'm not into this whole thing anymore. The soul is really not into it. Aku xpandai berbohong. Jika aku xsuka, aku akan tunjuk tak suka. Puas hati aku.


MissSilent Says: Serious aku xde mood. Kene kuar duit lagi. Lagi xde mood!

Hasil potosop 1st trial aku! :)

Tuesday, May 12, 2009 / Comments (15) / by Skinny Yash

Imbasan chat baru sebentar tadi.

Aku: ha..amacam gmbr i?
Aku: he he he
Dia: ahahahhaa
Dia: kantoi la super impose
Aku: ha ha ha
Aku: i saje je..
Dia: u kena smooth kan edges ng brush
Aku: dh xtau nk trk gmbr ape
Aku: susah sgt..
Aku: smpai nk tercium screen dh...
Dia: siannye die
Dia: apa lg u dah berjaya edit?
Aku: itu je la dr td..
Aku: gigih tu..

he he he. Mak dah ada potosop u o'llsssss! Oleh itu, xperlulah aku nak edit2 online lagi! yeay!



MissSilent Says: Rasa-rasa, korang xcam aku kan?! ha ha ha

Cuti yang singkat!

Monday, May 11, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

alamak! Lupe lah! Camna boleh lupe nak hapdet nih! Aiseh! Oklah. Seperti biasa, jumaat kalau kat KL memang jem cam harrrramm okay! So, yang mana bukan di KL sewaktu dengan kami, sila jangan memenuhi ruang KL yang dah tersedia ada semak ni. Tolong la ye! Minta kerjasama! :)

So, johnny pick up macam biase. And aku dah lapar kedaung dah!Nak makan. Baik pergi sekarang. Or else, perasaan nak makan aku hilang. Ha..pastu tunggulah korang perasaan tu nak datang balik. he he he. So, we decided to stop by any restaurant yang on the way pulang ke rumah. Pikir punya pikir laluan manakah yang selesa diwaktu jam2 begini, kami melencong ke Jln Raja Chulan. Bukan the Weld ye. Tapi di Menara Pan Global. yes! yes! Luna Bar! bukan berclubbing di petang hari ye! Cume menjamah sedikit buat alas perut sambil menikmati suasana KL di kala senja! Auuw!

Selesai makan dan minum, sesi manja2 gitu! ha ha ha. I loooikeee! ;) Sedikit gambar buat tatapan anda semua! Enjoy! Cheeersss!



MissSilent Says: Dah duduk2 tepi pool ni, terasa macam bercuti pulak! ;p

i just miss this..

Monday, May 11, 2009 / Comments (7) / by Skinny Yash

Sejak-sejak nak kahwin ni, weekend sangat hambar. Tiada lagi berpartian dimalam minggu. Unless ada jemputan yang tidak memerlukan wang untuk dikeluarkan. hi hi hi Nak lepak happy hour, layan band pon memerlukan wang juga. RM200 tak kurang lah! Nak layan karaoke pon sama juga. Nak layan pukul, duit lagi. Tapi oklah. 100 bijik RM10. Puas hati. Tak puas tambah lagi! ;) Semuanya DUIT DUIT DUIT!

Kadang-kadang, terasa buang masa je. Dihari weekend busy menyetelkan hal-hal perkahwinan. Alah. Next weeklah! ;p Itulah dia. dari minggu ni, dibawa ke minggu hadapan. Sampai ke harini tak jugak settle! he he he. Aku relax aje. Takpe.. ;)

Semalam, sesi mengimbau kembali kenangan silam. Silam xsilam sangat lah. *malu* Apa-apa pon, itulah hakikatnya. Dia milik ku, aku miliknya. Walaupon buat masa ni, belum 100% lagi! Tunggu saje lah ye!


MissSilent Says: Sampai ke harini, aku masih tersenyum mengenang detik itu! ;)

Less Praise huh?!

Monday, May 11, 2009 / Comments (5) / by Skinny Yash

Semalam Johnny suruh aku baca Personal Money..bulan Feb punye! Ada tips how to manage your credit card..tp blom pon sempat sampai ke topik tu, aku dah terlelap! he he he. Anyway, aku sempat la baca bab "What to do before migrate" and "How to be Happy at Work"! ha..yang ni sangat la aku kene bacakan.

And kesimpulan nya, wah. Dah sampai kesimpulan pon! he he he Ye! Kesimpulannya, aku feel unhappy and down mungkin disebabkan less praise, feel no added value to the company atau aku sendiri dah nampak no future in the company! Kadang-kadang, praise tu la yang memotivatekan diri kita untuk bekerja dengan tekun dan jaya nya! Baru lah happy! Kalau dah hari-hari nak komen, itu ini..hati pon panas!




MissSilent Says: Hoping for a Good Day!

Siapa Idola saya?

Friday, May 08, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

Seperti biasa, setiap pagi, sewaktu perjalanan kami menghala ke kantor, ada je perbincangan pagi. Hari ni. Johnny was asking, when i'm becoming a mother in future, who will be my idol? Of course tiada siapa dalam benak kepala otak aku! Hmm. Tanpa berfikir panjang, "xdelah!" Ye! Saya x pernah mempunyai idola. Aku pon xtahu kenapa. Kadang-kadang orang cakap, kita perlukan idola, in away for target la. At least kite ada seseorang yang kita nak jadikan contoh. Tapi masalahnya aku xnak jadi macam diorang!! Aku nak jadi diri aku sendiri. That's why, if u asked me who is my favourite singer, actor or actress i wont have the right answer. There's a million of decision i have to make. So, safe way. Tak dak. :)

Untuk menjadi a good mother, perlukah mencontohi ibu-ibu yang ada sekarang? For me, they are all the same. Aku xpernah membanggakan ibu-ibu orang lain. And aku juga xpernah membanggakan ibu ku sendiri. Setiap orang ada sifat-sifat terpuji sendiri ye. Oleh itu, untuk tidak menyakitkan hati siapa-siapa, aku tidak pernah menyatakan "Mak i masak ni lagi sedap...." sebab..... kalau korang depan aku mesti korang akan cakap... "Tak lah...Mak i masak lagi sedap...Mak i masak itu ini..bla bla bla..." See...??! Tak percaya...? Try Test tengok.....

He he he Ini hanyalah sebuah cerita pada pagi jumaat. To all the mothers in the world. "Happy Mothers Day!"



MissSilent Says: Johnny adalah my favourite person! ! :)

Aku bukan Bohsia!

Thursday, May 07, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

Semalam aku MC. YE! Sekali lagi. Aku bangun. Dan terasa kemalasan menimpa. Ah! Persetankan segala nya. Baik sambung tido! he he he

Petang nya, Berdetingan di The Curve. Makan di Thai Express. then menuju ke Wayang! Yeay! Nak tengok BOHSIA!! Overall, ceritanya mantarp! Serius! Mantarpp! Tak nak cerita lebih-lebih. Pegi wayang, tengok sendiri ye! ;p


MissSilent Says: Terlepas part yg ditunggu-tunggu.

Ayam punye kes lah!

Tuesday, May 05, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Last nite having fun with my long lost chill friends!! Yeah..It's been ages since we had our happy hour time. As usual, after work! ;p Really have a good time! Eventhough perut ku xberapa mengizinkan! Mengundang betul la perut nih! hu hu hu

Me came with Johnny as usual, tepat pada masanya. And mereka2 seperti biasa. Lemms. Haruslah tunggu VIP2 kedaung tuh! Initially nak tunggu the rest. Tapi xpela, kami mula dahulu ye! Cheers! ;) Who been invited by Aie? Haruslah aku dan tunang, Cik Nana Si drama Queen, Belon, Razi n the others yang kurang dikenali. ;p

BC always known as tempat ayam2. Ye! Ayam-ayam! Bak kata Johnny "Ayam kampung pukul 7 masuk reban, Ayam bandar kul 7 kuar reban" and how could i so slow taking it ayam dalam terms itu dengan ayam yang berada dalam BC itu! Haish..I have to tajam kan balik minda ku. Ini mesti Cik Sarah nih! Habis slow aku jadinye. hu hu hu

Persamaan antara ayam Kampung dan Bandar. Ini observation aku lah. Ayam kampung mendada gitu, Ayam bandar pon mendada gak. Bukan setakat mendada je. Siap dah terjojol-jojol dah. I rasa kalau i lah lelaki-lelaki itu, hmm..dah lama dah ayam2 bandar itu ku kerjekan! But, kemusykilan melanda lah! Harus benarkah buah-buah dada itu? Tang buah dada tu memang diorg menang la kan! Tapi tang "ur ASS" memang kalah lah! Sume nak sepesen je. he he he. Kalau tanye tang perut, mmg FAILED lah! Dah tau perut tu dah macam preggy 5/6 bulan, ada hati pulak kau nak pakai ala2 tube tutup buah dada je kan. Mak xrela nokkkk...!!!

And bagi aku lah! Kalau aku lah salah seorang dari ayam2 itu. Aku carik je port lain! Dah ayam nye lagi banyak dari customer. Ape kes? Banyak lagi pub2 lain! Untung2 siap aku bagi ping pong show! ha ha ha


MissSilent Says: Bermacam-macam kerenah ayam ye! TAPI..Ada aku kisah? ;p

2 tix to Phuket need to be sell off!!!!

Monday, May 04, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

guysss!!!

Please...Please...spread to everybody!!

Tix to Phuket need to be sell off!!!!

Date: 6th - 9th May 09
Price: RM580 (charges for changes fee will be bond by me!)

Kindly PM or call ASAP!

1st Tie Rack!

Monday, May 04, 2009 / Comments (10) / by Skinny Yash

I almost forgot that she (who is most friendliest person from Oracle i've ever known!) is in town! She actually attending training for this whole 2 weeks. She is Somaya. From Australia. Last time, she was here helping me solve a problem with the Avaya thing. And cant be forgotten, also teached me to how to work-from-home without getting caught! he he he

And she bought me this...he he he.. thinking..how should i wear this ye kawan2...




MissSilent Says: This week perlu entertain dia sehabis baik. Mane tau dapat transfer ke Aussie plak. :)

Getting Hitched!

Monday, May 04, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Last weekend was full. Yupp. But still having fun i must say! :)

Friday.
Was a Labour Day. And this is the last Malaysia Holiday i could take. And after this, no more! hu hu hu New Job please... :( Went to Nilai 3 with his parents. And ini adalah pertama kali ku jejakkan kaki disana. A whole lot thing to story. To make it simple, Nilai 3 tu, korang cari benda lain, CONFIRM jumpa benda lain! Price, ok lah. Cheaper than Masjid Jamek (i used to shop for wedding things there!) Kat Nilai 3 tu, dari bunga sampai lah ke lampu, frame gambar, karpet and benda-benda yang xsepatutnya berada dalam list wedding item terdapat disana. Ha..Jangan lupe pekena Sup Bedengung! Layan gak la. Tak pon. Mee Goreng mamak! (Tapi xbole lawan mee goreng mamak Kulim!) :p

Saturday.
Early morning dah bangun. First gi saloon (that is my weekend routine for the past 2 months!). Dek kerana xbuat appointment, ramai lah kene menunggunye. Then drop by to Jusco buy present for Lis & Apeq Wedding! Yes! They are married now! Congrats to Lis and Apeq! Setelah sekian lama berpacaran, akhirnya ke jinjang pelamin juga kamu berdua! Jodoh ye..Jodoh! :) Oh, sebelum terlupe, Sazul been hitched too! She and her Mr Soljar are now officially engaged! Congrats to both of you too! :) Okay back to story. From Jusco, pick up Johnny. And we straight went to the wedding venue. Mengikut perancangan, bertemu sha and si Shera dulu, but seperti biasa, janji melayu kan. HUh! Tak boleh pakai. So, Johnny and me menuju terus kerumah pengantin. And of course, pengantin pon xsiap lagi! ha ha ha. Lepak punye lepak, sekor-sekor sampai. And that is the greatest moment since we have lost contact each other. Ye! Cinan, Abu, Balang & GF, Syura, Shera & Tunang, Shasha, Sya, Filia, Shah, Danny, Ajak and a few more yang nampak but tak bertegur pon. Mungkin mereka menjadi lebih pemalu atau memang telah berubah setelah ada gf disisi. Wallahu'alam. Whatever it is, Happy to see you guysss!!! See you again next time!

Okay. Dari orang yang terawal, sampai lah ke yang nak last-last. Almost 4pm kami gerak. Coz i planned to go driving range. Layan pukul. This time kite try Bukit Jalil plak. Hmm. Tak best lah! Tak cantik! :p

Sunday.
Went to Saloon again. Actually Johnny je nak potong rambut di kedai kegemaran ku itu. Tapi dek kerana emosi aku terganggu, aku buat lah treatment sekali. Serious. That is the best medicine other that shopping. he he he Planned to take our Baju Nikah kat Dzul Classique. Tapi, mine plak xsiap lagi. So, change plan. Next week saje lah. Then we went to Jakel (coz aku terbaca ada Sale gitu). Initially, i planned to buy those laces di Jakarta as im goin on this 20th. Tapi kalau dah sini pon SALE, baik beli sini jelah. Senang. Johnny pon ada. Dari, laces for my reception, sampailah ke Bedsheet Set. Selesai sudah! :) Anyway, Thanks to Anak Tokei Jakel, Kak Fuziah kot namenye. Cantik orangnye juga Pandai pulak berniaga kerana berjaya membuatkan aku habis beriban. Damn! :)

Habis sudah cerita hal weekend ku. Penat. Gembira. Sakit hati. Sedih. And macam-macam ada. This week benda lain pulak nak kene settle. Adoi.


MissSilent Says: Saya suka bakal baju saya nanti! ;) chewaah...