Jakarta - Day 2

Monday, May 25, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

After we had our breakfast than has been provided by the hotel, kami gerak seawal jam 8pg. Kire nak avoid macet la ni. Paham2 je la ye! Jakarta! Diulang! JAKARTA! Kemana kami on the 2nd day? Okay, as i said, i make alot of survey and diorang cakap for gift gi carik kat Pasar Jatinegara! around 30minutes gak la from Tanah Abang. On the way tu, ternampak la pulak Pasar Cikini. Dia ala2 dah macam bawah stesen LRT! he he he. Kalau korang nak beli barang2 rotan, sini sumpah berlambak! Bakul2 buat hantaran tu berlambak2 ada! Harga xpasti sebab xsempat de nak singgah! hu hu hu

Sesampai kami Pasar Jatinegara, orang nya masih kurang. Tapi kiri kanan memang jual macam2. Sesampai je kat pintu masuk tu, korang confirm xde idea nak kemana! ha ha ha At first kami pon melilau2 cr mana nya tempat barang2 gift2. So to make ur life easy, dari pintu masuk tu, xyah korang naik tangga. Belok ke kanan or kiri. then perhatikan tangga untuk turun ke bawah. Ha...sini memang mengundang lah! Sebab susah nak direct kedai yang kitorg beli gift tu. Tapi memang bersepah2 lah org jual gift. Macam2 ada. Kipas, Coaster (Tatakan gelas), Calendar, glass, mug, ceper/piring, beg duit and macam2 lagilah! Memang murah! Murah sangat2 lah! Walaupon dah murah, jangan lupe bargain bg lg murah! Itu harus ye kawan2! Kesian kat Atun tu kitorang kerjakan. Pujuk punya pujuk, lama gak la lepak kedai dia. Akhirnya Berjaya! ha ha ha ha Bagus budak nya, comel pon comel. Baru umur 20thn! Badan pon mantarp! ha ha ha. Dah terpesong ceritaku! Nanti aku bagi alamat kedainya ye! Dalam pasar ni je dah banyak kali aku menyesar! Sesat lah! Nasib pulak jumpe kawan kpd bdk Atun tu. Dia yang tunjuk kan jalan ke kedai Toko nye! hu hu hu. Sini gift2 nya bole ditempah untuk tulis nama! Ala baru tambah 1,000 rp. Korang kira lah berapa ye. So, kami membuat keputusan untuk membeli disini aja. Lagi banyak, lagi murah. yeay~

Habis disini, kami berjalan ke belakang Pasar Jatinegara untuk ambil cab ke Mangga Dua. Purpose? Kerana Ms Eon nak survey2 card katanya. Dah jam 2 gitu pon. Jalan pon dah agak macet. And dari Pasar Jatinegara ke Mangga Dua dalam 30minit gitu. Kitorang kene cab dalam 42,000rp. Sampai je Mangga Dua, terus kitorang lunch dulu. Kat Estellar Juara Indonesia! Layan dowh! Tak tau lah sebab lapar atau memang dia sedap! :) After lunch, kitorang mula berjalan balik. Survey2 apa yang patut. Kedai yang Diah and the rest war2kan pon kiotrg pergi. Banyak choice for gift and card. Disini pon aku hampir menyesar. Nak nangis pon ada. Sebab aku dah penat sebenarnya! he he he Bayangkan dari Block A ke Block I! Tak ke banyak tu! Oh ye, kalau ke sini, terus ke Pasar Pagi ye! Kerana situ lah tempat2 yang orang cakap untuk cari gift tu!

Around 5pm, kedai pon dah mula nak tutup. Aku cuma beli beberapa helai t-shirt untuk family ku. Buat kenang kenangan le. Overall, aku rasa macam menyesal ke Mangga Dua sebab, sini harga lebih mahal dari Pasar Jatinegara. Ye la, dah stock2 macam Sg.Wang KL gitu. So, susah la nak bargain banyak. Sebab dia bukak harga pon dah tinggi. Kesimpulannya, nak carik gift, silalah ke Pasar Jatinegara. Banyak gile gerai2 nya. Diorang juga bole membuat penghantaran terus ke Malaysia. Kan senang! :) So, kami pon bergerak pulang ke Hotel. Sempat jugak singgah shopping complex dpn Mangga Dua tu. Situ mostly jual barang2 electrical. Jadi untuk tidak berasa kecewa sangat kerana dah jalan jauh, tapi xbeli apa2. Kami pon sambar la CD Cetak rompak! he he he Murah weyh! Satu dalam RM2 je! he he he Ingat! Beli yang xdak kat Malaysia! Kalau setakat ko nak CD ungu, Peterpan, BCL, Kris Dayanti, baik ko suruh je aku tolong donlodkan! hu hu hu. Ingat ye! Beli CD yang sukar untuk dicari di Malaysia! Contohnya, Escoutez atau Vidi! Pernah dengar?he he he

Kami sampai Hotel around 8pm camtu. So masing2 dah kepenatan. Lansung tido. Esok last day kami di Jakarta. Jadi Plan nya, pagi2 ke Tanah Abang lagi! Sebab xpuas! :) And Ms.Eon pon xjumpa2 lagi kain for baju reception dia. Banyak sangat, sampai susah nak buat pilihan agaknya!

Bersambung lagi.


MissSilent Says: Pasar Jatinegara is good bargain for Gift and sourvenir.

0 Pengkomen: