Keadilan untuk Balik Beraya

Saturday, August 29, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Hari raya bakal tiba. Sebelum puasa, dah sibuk bincang dimana nak beraya. How i wish i can skip all these. Raya? NO! Membuat keputusan itu yang susah. "Dulu i tanya, semua pon u xkisah..sekarang, lain pulak!" YES! saya akui itu semua. But MTB ada bagitau, "ko kena bersuara. Kalau tak, ko rugi." Hmm..kadang2 saya hanya mahu melihat cara mereka berfikir. Dan ternyata, kita perlu bersuara untuk satu keadilan!

Satu contoh la. Kalau anda mahu beraya di kg suami nanti, berbuka puasalah pada hari pertama dirumah anda. Hati mak pon perlu dijaga. Apetah lagi, first time tidak beraya bersama nanti kan. Jadi bila tiba giliran raya pertama dikg kamu nanti, buka puasa pertama di rumah IL. Kan adil tu!

Tak perlu lah nak beraya sampai 5 hari di kg nya. Berlaku adil. Bagi aku, raya yang penting pertama dan kedua je. Ye! Aku tau! Raya sebulan. Tapi yang meriah nya pon first and 2nd je kan. So, raya pertama di kg nya. Raya kedua, di kg kamu. Adil kan?! Tapi ingat, Semua orang tahu, tiap2 tahun anda balik beraya. Tiap2 tahun anda berbuka bersama. Tapi anda HARUS INGAT, anda bukan lagi anda yang dulu. Kalau dulu makan nasi lemak seringgit sorang, sekarang bershare ye! Jadi, timbang rasa hak dan perasaan orang lain juga, Mereka pon ada family. Senang cerita, semua orang pon nak beraya dengan family nye sendiri setiap tahun! Kalau boleh kan? ;p


MissSilent Says: Saya rindu ingin pulang ke kampong! Bermain beca dan bunga api setiap tahun! ;(

Cubaan mengadaptasi.

Saturday, August 29, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Kadang2 tak pernah terpikir i will felt this way. Yeah. Live at your own place or your mum place is not the same as living at your IL place. Walaupon, dengan tidak segan silunya, hari2 saya bangun lepas dari jam 11pg. Bertuah punya menantu kan?! Hmm. Sometimes, i just need time to adapt most of the things.

Contoh. Selama ini, saya sangat jarang soq (sahur)! Tapi, setelah dinasihatkan oleh Vogue Mummy and Mummy-to-be, saya akur. They told me. "eventhough ko xsahur, or xnak makan, ko kena turun jugak. Teman laki ko makan." hmm.. Kadang2 saya turun. Kadang2 tak. Saya masih dalam stage mengadaptasi ok. Sabar.

Saya cuci kain malam. Bangun2, kain dah siap sidai. Ye la! Jam 12pm! Terus ke kantor. Pulang dari kantor, tengok kain sudah siap dilipat. Alamak! Malunye! Aku terus amek, bawak masuk bilik. Macam maneni?! VM and MTB nasihat lagi. "ko cakap terima kasih x?" errr..aku terkedu. Tak xtau nak cakap ape. "ko bagitau la MIL ko, xpayah lipat. Ko balik nanti, ko lipat..." OK. aku dah cakap macamtu, but the same thing happen. Bak kata MIL, "tak pela. Sambil2 tgk tv, lipat baju.." hmm...

Terasa dalam lubuk hati ni nak memasak!Ye! Saya tahu, hubby selalu mempersendakan saya. "Klw abang ikut dia, kurus la. Tapi , jiwa merana lah!!" Ouch! Saya sedikit terasa. Takpe. Saya hanya senyum. Dalam hati? Tuhan je yang tahu. Takpe, saya tahu mereka hanya bergurau.

Mak ada cakap. "sebab tu lah aku xduduk dengan mertua. Mak xnak ko jadik macam mak la.." Aku terdiam. Berfikir sejenak. Takpela. Sedikit masa lagi. Ada rezeki, ada lah...FYI, bukan semua ibu mertua itu macam dalam cerita P.Ramlee ye. Ada yang baik, ada yang kurang. Bagi yang dapat macam aku, Alhamdullillah.......itu je yang dapat ku katakan. Sebenarnya, memang susah untuk mengambil hati mak mertua. Kalau dapat yang kureng tu, buat baik rajin macam mana pon, tetap dibenci. So? Semua adalah rezeki masing2.

Kadang2 aku terpikir, aku kahwin, aku nak hidup dengan suami ku je. Bukan orang lain. Tapi sedarlah. Bila kita kahwin dengan seseorang, kita kahwin dengan seluruh ahli keluarga nya. Suka atau tidak, kena juga terima. Begitu juga sebalik nya. Dia kahwin dengan kita, die harus terima semuanya. Ape2pon, semua ada lah toleransi.


MissSilent Says: speechless...

Skinny Yash Hen's Party revealed!

Thursday, August 27, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Sebenarnya, aku terlupe nak blog about something! Hen's Party!!! Bukan mak yg organize ye nyah! Tapi buah2 dada yang meletopsss lagi anggun yang organize kan! Lagi2 suprised!!! And untuk kesekian kalinya! I HATE SUPRISES okay! So, next time, no need to plan beriya2. Just tell me, i'll get ready! :)

Kisah nya begini. It was the last weekend before i'll be someone's wife! Which is 25th July. Weekends before kahwin sangat la packed! I remember Lady D asked me what's my plan during weekend? And i dengan confident nye cakap. Fully Booked! Coz amat dah booked i! OK. I was stupid here! ;p So, that saturday, me and johnny (time tu of coz johnny kan) went to my aunty house to pick my bunga pahar! After that, on the way back to KL, dia dah sound awal2.

"i nak bagi kad kahwin kat member i kat Shangri-La, u tolong pass kan ek?! Naik je bilik dia. Dia takde. Wife die je kat bilik"
"ala..tu kwn u..u pergi la." aku menjawab
"situ susah parking la..u pergi je. naik bilik...(aku xingat!ha ha ha ha)"
aku pon akur je la...

Tapi sumpah! I didn't think of anything beside just to pass the card! Johnny drop me at the lobby.
"u pakai kasut la. bawak handbag sekali."
"ha'ah la...dah la ramai orang ni..malu i selebet2..." aku masih xtau ape2!

Turun dari kereta. Johnny pass a few cards need to pass to his "friends".

"apsal xde tulis nama?" aku pelik!
"xpe..nanti kawan i tau nak bagi sapa..." ok..fine..

Sesampai di lobby, aku terus ke concierge. Laporkan diri nak ke bilik yang disebutkan. Lift pon aku xtau kat mana. Haruslah bertanya kan. Kang sesat jalan pulak! So, sesampai je dibilik yang dimaksudkan, pintu xberkunci. Tapi gelap! Aku masih ragu2. Call johnnny balik!

"u.! i dah kat dpn kwn u punye bilik ni. Dah tekan bell xde org pon..gelap je.." "ada...ada...dia ada conference. wife die ada dlm bilik. mandi kot..u masuk je taruk atas meja! then u ciao!"
"okay..."
hatiku dah berdegup kencang nih! Bilik dah la gelap. Buatnya ada murder berlaku, tak ke nanti bawak masalah. Aku pulak nak kene disoal siasat! Serious itu yang aku pikirkan ketika itu! :p
aku pon....
"hello..........excuse me........" dengan lemah lembutnye..sambil menolak pintu bilik...

then.....

SUPRISEDDDD!!!!!!!

OK. aku terkejut. dan xsangka. i tot they have forgotten about me. hmm. tapi xkisah pon. coz i dont really good in taking dares! Korang xkan terpikir apa je dare2 yang akan diperlakukan oleh mereka! That's why i hate suprises! ha ha ha ha. That night went well. Me tertonggeng tidak sedarkan diri. ha ha ha. I think that really the last one! :) Terlampau banyak yang ingin ku cerita, tapi tiada kata yang hebat dan manis untuk itu semua! Those are the memorable memories which aku akan ingat sampai mati! he he he. Nexxxxxxttttt!!! Siap lah kauuuuuu!!! ha ha ha ha ha ha

sedikit picture utk tatapan. hanya sedikit je bole di tontoni, kerana selebihnya kami semua 2piece! dan selebihnya lagi telah diperakui tidak elok untuk ditonton oleh certain lapisan masyarakat! oopppssssie...! ;)

persiapan mereka. GIGIH!

hasilnya! ;)

sash, tiara, dress, make-up= sponsored! ;)

bergambar dulu sblm keluar!

ok. we are ready to go. ;)

we're going to paint the town red! weeeee.....

sambil2 tu, bergambar!

see? we really having fun that night!

the adik beradiks! ;)

us with the...what we call this dance ek..? lupe dah! ha ha ha (*updated: thx Yam! it's egyptian dance!

off we go! tired. high. sleepy. anyway, great nite! Good nite girlssss...


MissSilent Says: It was a great night ever! Together with all dearie friends! So much to remember. All i can say is, i am greatful to have a beautiful, loving and great people around me! Amin.

She's getting married!!

Thursday, August 27, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

" Dah tau ke A*** kawin 10 okt? Dia tunang masa ko kahwin"

La....no wonder semalam beriya2 minah ni ajak jumpe! Rupenya ade berita gumbira! Wah....sangat terkejut wei! Anyway, congrats to u!!

This girl actually my hubby friend ex-gf! Alot things happen. I did wrote about her some time ago! ;) Lot Lot things has been discover. And now, me get to close with her just because we're related in some way! :) Good to hear that she's really moved on. Betul kata kamu, "that girl" sangat obsesss! ha ha ha ha.

Biar lah. Dia pon dah tunang, and nak kahwin. And i think i am overly excited coz u'll be married before Him! Jodoh kan...tiada siapa yang tahu. Ape2 pon, Congrats again! Be happy with ur life! Don't think past. Just cherish what u have now! :)


MissSilent Says: pak kepak kepak kebung kebung kebung...

Misi Nasi Beriyani INSAF!

Thursday, August 27, 2009 / Comments (11) / by Skinny Yash

Suddenly hubby cakap nak nasi beriyani ayam madu INSAF, jln TARfor berbuka. uiks? 3! For him, and his other 2 friends. OK. It's 5.15pm. Awal lagi ni. Sempat rasanya. So, i pon terus log off dan terus ke kereta. Alamak! Nak hujan ni. Tak pe Tak pe. Sempat. Sedang elok panaskan engine, brooommmm... hujan turun dengan lebat nya. Adoi! Tak pe. Tak pe. Bulan2 pose ni, sifat kesabaran ku tinggi. Lebih dari bulan bukan pose! he he heok. jem mcm harr... *oops..aku pose!*

And masuk2 je Jln Tun Razak, i'm stucked! Of coz la wei. KL kan pantang hujan. Asal hujan je jem. Asal jem je hujan! hmm. So, i couldn't do anything other than be patience in the car while outside is jam like nobody bussiness. Dah pulak tu, time ni la, all the vip's nak lalu kan. And of course kene bagi laluan kan? Ape? Ingat kitorang xbayar road tax ke. Income tax pon bayar tau! huh! Ape2 pon, segala tax suami ku bayar. Saya? he he he he

From 5.15pm, and i safely reached at masjid india 7.10pm. Just imagine, office ku hanya terletak di bahu jln tun razak. And it takes me almost 2 hours to get to Masjid Jamek! huh! Jem..Jem..! Park aje kat tepi sungai belakang Stand Chart tu! Parking free! And kurang orang tau tempat tu! Convenient pon ye gak! Sebab ade jambatan untuk u cross ke jln masjid india tu! he he he. So, i met my sis kat one of the gerai to put my laptop bag for a while. Di bulan pose ni, die jual tudung! Macam2 la! Nak murah pegilah jumpe die! he he he. And selang 2 kedai pulak, terjumpe Ali! Anak makcik jual nasi lemak kat kolej dulu! Korang ingat tak?! he he he. Sempat sembang 2,3 ayat je! Aku dah lmbt! Sambil dok berlari2 anak, dikala hujan gerimis. Dan macam explorace ha..Tak sampai 10minit, aku berjaya membeli 4 bungkus nasi beriyani! 3 ketul ayam madu plus seketul ayam goreng! :)

Lepas membeli, berlari2 anak kembali untuk ambil laptop, terus shoot ke parking, and trus shoot ke TPM. Dan saya berjaya sampai di tempat kejadian jam 8pm! pheewwww... Selamat...... Berbuka lah kami dengan Nasi Beriyani INSAF! :)

FYI, satu bungkus RM12 ye. Lauk ayam, kuah dal dgn acar kot! plus papedom! :)
pic courtesy random-delights


pic courtesy random-delights


MissSilent Says: INSAF aku menghayati juadah buka puasa semalam! harini ade task lg x..? ;p

Tagged from Bubuq!

Thursday, August 27, 2009 / Comments (6) / by Skinny Yash

Dah lama xbuat tag. This is from Bubuq!

1. Bekas kekasih saya adalah :
>> yang pertama dan yang kedua! ;)

2. Saya sedang mendengar :
>>dengkuran suami ku! haishhh.

3. Mungkin saya patut:
>> kejut beliau segera! dah pukul 2.30pm nih!

4. Saya suka :
>>meleser! tapi kat suami ku aje! hi hi hi

5.Sahabat-sahabat baik saya :
>>selalu yang membaca blog saya, sms saya, call saya dikala driving dan juga yang ym saya untuk bergossip! ;)

6.Saya tak paham :
>> kenapa gaji saya belum masuk!

7.Saya kehilangan :
>> status single saya! ;p

8.Ramai yang berkata :
>> saya KURUS! biarlah! ade aku mintak duit ko? huh!

9.Makna nama saya :
>> cahaya.....ape ek..? itu adelah gabungan nama mak dan abah saya!

10.Cinta itu adalah :
>> sesuatu yang sukar untuk difahami. ;)

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
>>tidur dengan nyenyaknye! ;p

12.Saya akan cuba :
>> kejut dia!! Bangun! Bangun!

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
>> ye BUBUQ! That is perkataan! bukan ayat! So kite bole ignore je kan?! ;p

14.Telefon bimbit saya :
>>tak secanggih dan sehebat telefon bimbit suami saya! uhuk!

15.Bila saya terjaga dari tidur :
>> terus mengadap laptop! bole? ;)

16.Saya paling meluat apabila :
>> perempuan yang berkelakuan seperti keanak2an. Tak matured okay! euuuww!

17.Pesta/Parti adalah :
>> sesuatu yang ku damba....dahulu kala je..! ha ha ha

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
>>Panda!!! Wait! Aku pernah jumpe kah? hmm....

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
>> Primary school!!!! Bole terkinja bila2 masa!

20.Hari ini :
>> saya bangun saaaaangat lewat! ;)

21.Malam ini saya akan :
>> cuba menggoda suami saya! *mlm jumaat kan...*

22.Esok pula saya akan :
>> cuba untuk masuk office awal! ;p

23.Saya betul-betul inginkan :
>> percutian yang menakjubkan!!!!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
>>damn! jerawat betul2 atas hidung! haishhh! ;(

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
>>Pusat membeli-belah

26.Makanan Barat atau Jepun :
>> errr...Makanan Melayu bole? ;)

27.Bilik yang terang atau gelap:
>> haruslah GELAP!

28.Makanan segera adalah :
>> mee maggie!!!!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
>> "u...bangun...dah kul dua stengah!"

30.Siapa yang anda nak Tag?
>> Cik Kiah, Puan Miza, Puan Naja, Cik vee, Puan Ella dan Puan A'aa! ;)

Sada been hitched!

Thursday, August 27, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

Dah basi sangat rasanya entry ni. Tapi, untuk tidak membiarkan begitu je, i try to blog it out ek..

Before, we went to the concert me and hubby ke Klang, Kg Jawa ek wei?! Hari pertunangan Sada Mariana (sadot) dgn Encik Joe! Anyway, that's my first time bertemu buah hati Sadot! he he he Selama ni dok dengaq cite je. Time tu la baru jumpa! And time tu la baru nak jumpe Cik Sarah yang berkurun abad xpernah jumpa, Sazul (asyik baca blog kamu aje!jumpe nye x!) and Salpa (time ko dtg kenduri aku pon, xsempat nk borak2!!). Bubuq xde la berkurun xjumpe ko kan! he he he :)

Anyway, mini pelamin nye adelah hasil Cik Bubuq kite! Beliau pon bakal melansungkan Hari Bersejarah nye bulan 12 nnt! Tunggguuuuuuu.... ;p Okla, Sada n Joe! Selamat melayari hari2 yang bakal mendatang! Gaduh2 tu biasa la, adat orang bertunang. Darah manis gitu! Tak gitu Cik Sazul n Cik Bubuq? he he he I dah lepas dah.....legaaaaaaaaaaaaaaaaa sangaaatttttt! :)

Here's some piccies!

us with the bride-to-be :)


from left: taken. going to. taken. going to. booked! ;) ha ha ha


kami di mini pelamin Cik Sadot!

ok. excited nk gi umah Sadot! ;)

MissSilent Says: seronok pulak gi kenduri kendara ni. saya dah lepas dah...lega! he he he

First Concert!

Wednesday, August 19, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Previous entry i ade bagitau kan, yang i got 2 tix for Yovie n Nuno concert. But actually me going for Maliq n D Essential! How yeah!!! :)

As this is my first concert, so semangat excited lebih. Handbag penuh dengan foods n drinks. Budget situ makanan mahal kan. So beli siap2. Sampai2 kat pagar, bole pulak checking bag! Damn! Malu i tau! huh! Okay. Sesampai je, imagine macam jutaan peminat penontot sedang menunggu. Akan tetapi, jangkaan ku meleset. Hanyalah beberapa ketul aje yang sedang menunggu.

So, waited for Lady D bersama insan tersayang nye. Kami mmg dah plan nak jumpe pon! So, dalam 20mins gitu, smpailah beliau. We waited until 8 something kot, baru concert nak bermulo! Earlier aku yang concert freshie ni dah siap mengamuk2 coz krew2 tu xnak bagi kitorang move ke depan. Budget ade jutaan penonton la tu! Tak kuasa mak nokk! memang la jutaan peminat, tapi kalau dah semua hantaq wakil je.....ape jadahnya! he he he he

Overall, Maliq performances memang superrrb! Energetic weyh! Showmanship memang 18juta bintang la! Tapi macam xsempat nak nyanyi2 bersama beliau sebab dah terlampau kusyuk taking pictures! ha ha ha ha. Opening by Atilia memang awesome. I pon minat die since saw her performance dulu kat Alexis bersama Lady D. Memang ratu jazz la die. Cute, petite....serupa macam saya! he he he. Other performances ialah Afghan, yang i xberapa nak minat but lagunya Terima Kasih Cinta je la yang aku suke bangat! he he he. and another band yang perform is Yovie n Nuno. Bayangkan, they sing about 4-5 songs kot. The last one is Menjaga Hati, baru diorang sedar, semua orang baru panas! Dah tu, lagu tu je hits kat Mesia ni kan! he he he.

Oh, and a few people yang aku terjumpa disana. Cik Kiah! Actually she's the one yang told me about the concert. he he he. Pastu cam xpuas hati coz diorang gi supper sempat jumpa Maliq n d gang! Sikit pon xsms aku! Mak keciwa nokk! keciwa sangatt! hu hu hu. And the other person i bumped into is Anne!!! The last time i met her was last 2-3 years back. Good to see her!! Maybe we can meet up some other time sooon.......

Some pics.

ok. ini saya punye! jgn curik!


me n anne! long lost friend of mine! ;p


they're superbbbbbb weyh!


ok. ini juga taken!


atilia. kan saya udah bilang. serupa saya kan? ;)



MissSilent Says: mahu ke konsert lg!!

Memasak with nighties what a nightmare!

Tuesday, August 18, 2009 / Comments (5) / by Skinny Yash

Liat pulak sekarang nak update kan?! ceh! Hmm. Ok. I have a first meal to my hubby! Tapi gambar nye xamek pon! he he he. Kebetulan last weekend, FIL n MIL balik kg. Ok. Yeah Yeah.. I know. Bole lari2 bogel dalam rumah kan?! ha ha ha. Agak2 ok. Me pemalu orangnye. he he he. So decided to cook for him on Saturday. Ala menu orang bujang je. Terms oleh Johnny. Sedikit terasa, tapi biarlah. Janji aku masak. Maybe kekok kat dapur orang. Cari barang ni, xtau kat mana, cari barang itu xjumpa. Tunggu lah kat dapur aku nanti! hu hu hu

So, the very very first menu to my husband is, ayam masak merah and telur dadar! Simple kan? Next time bole try lain pulak. Tapi, for sure bukan di dapur itu. Di dapur rumah aku nanti lah! Puas hati!

And the next day, masak nasi goreng for breakfast. SIL xdak. And i thought she might be coming back a bit late. Dok masak while im wearing my nighty, tetibe... "wah.....seksinye...." OMG!! And i dengan slumber nye... "eh....dha balik...xdgr pon..." he he he..So, cepat2 masak and terus naik ke bilik. And before i change my attire, i look in the mirror. OMG!!! Begini kah dia nampak aku tadi?! ha ha ha. Aku sungguh malu weiii!!!!!!!!!!!


p.s: Saya memang tidak pandai masak. Tapi saya boleh belajar kan! So what?

Pasar malam here i come!

Friday, August 14, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

My Sayang: dida tny (merujuk kpd adik ipar gue yg sama umur dgn gue!)
My Sayang: u nk masak apa mlm ni?
Ms.Silent: ha ha ha
Ms.Silent: bengong!
Ms.Silent: ke die nk msk? (saya cube utk mengelat..)
Ms.Silent: he he he
My Sayang: u la masak
My Sayang: u kn wife i
Ms.Silent: yela.................................... (dgn nada tak berirama..)
My Sayang: ok
My Sayang: satg kita gi pasar
My Sayang: yeay!
My Sayang: u masak
Ms.Silent: nk mkn ape? (serius nih!)
My Sayang: ayam perchik dgn udang galah goreng sambal (selera ikut perut okayyy!)
My Sayang: wahlauwey~
Ms.Silent: ayam percik tu agak2 la.
Ms.Silent: udang tu...small matter! (aksi riak dah tiba..)
Ms.Silent: ha ha ha
My Sayang: wow!
My Sayang: haha
My Sayang: tape harini jemaat
My Sayang: kita gi pasar malam je sat gi
My Sayang: hehehehe
Ms.Silent: yeay!
Ms.Silent: selamat aku.... (phewwww...lega aku...!ha ha ha)
My Sayang: kasi can lah
My Sayang: baru 2 minggu jadi wifey
My Sayang is typing a message.
My Sayang: kang demam panas plak kena suh masak


MissSilent Says: Sebenarnya, dari hari selasa aku dah plan nak masak special, tapi dah Tuan cakap gi Pasar Malam je kan..itu BONUS! :)

Tuah Pengantin Baru! ;)

Friday, August 14, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

Semalam, tengah dok tunggu hubby pulang dari kerja saya terima satu call.

"Cik Yash ke..awak ada masuk contest Ella tu kan...ok..now i reserved kan 2 tixs for u..sila..bla bla bla bla...."

YE! Thanks to Ofey. Without her informed, i pon xtau ada contest2 yang bole membuatkan aku salah seorang yang bertuah itu! he he he. Oh, FYI, Ella akan buat mini konsert kat Mist Club, Bangsar on Sunday 16th August 2009. Yang canon user, u can bring ur camera along and free admission. The rest, i'm not sure. he he he.

And belum sempat aku nak kabarkan pada sahabat2 tentang berita gembira itu, terima lagi satu call.

"Hie. Is This Yash. This is ****** from GUA. You enter the Yovie n Nuno contest riight..and you got 2 tixs for that...bla bla bla...."

Yeayyyy!!! Ella concert tu xde la aku excited sangat...Yang aku tunggu yang ini sebenarnya!! he he he..Teruslah aku kabarkan pada sahabat2 yang terdekat! Ada yang irihati gitu! Buat Cik Kiah, walaupon kamu orang pertama yang beritahu saya tentang kehadiran konsert itu, tetap kamu tak dapat tiket percuma itu! Bagi la chance aku pegi dengan laki aku weiiii!!!!!! ha ha ha ha.. ;D

Dan seterusnya, berita gembira itu ku kabarkan pada Johnny.

"You, i ada berita gembira!!" (aku senyum lebau haaaa....)
"huh...apa..? you pregnant ek...?"
" TAK LA.....!! "

Itula Johnny, tak abis2 tanya aku pregnant ke tak. Tak sabau nak timang baby agaknye! ha ha ha ha

aku br je amek tiket ni td. Then Lady D call, dia pon bertuah jugak! yeay!


MissSilent Says: I'm a concert virgin! Yes! ha ha ha

"Illuminight - a light beat of love" - me goinggg!!

Thursday, August 13, 2009 / Comments (8) / by Skinny Yash

To tell you frankly, i never been to concert! Any concert! :( And now, i am so f**king excited..coz now I'M GOING....................!!!!!!!!!! and it will be my first concert!!! Hell yeahhhhhhhhh!!!

What concert? "Illuminight - a light beat of love"
When? 15 August 2009 starting at 7pm.
Where? Bukit Kiara Indoor Arena

Who will be performing?
Afgansyah Reza, Maliq & D’essentials, and Yovie & Nuno and also featuring our own homegrown lil’ nightingale Malaysian artist, Atilia and band!!

Party on with the night with:
DJ Gabriel & Joey G (Malaysia)


With visual performance by:
VJ Raphael (Indonesia)




MissSilent Says: I'M GOING U'OLLsss!!!

Go or Don't Go

Wednesday, August 12, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

We're supposed to go Bandung on this coming 2nd September for our Pre-Honeymoon. Tapi..bila hubby i tanya.."camna ek?" merujuk kepada status H1N1 yang semakin meruncing nih. i dah macam agak frustrated. Hmm..takkan burn lagi kot. Yes! we burned our Bali tix just right after our engagement. Disebabkan schedule yang xmenentu and of course the wedding preparation and the tight budget. Nak posponed date pon xjumpe date yang sesuai.

And now, here comes the Influenza A virus. But of course, if you ask me would i dare to go. I must say yes! But, dah kahwin ni kan. Haruslah ikut aja kata suami walaupon berat untuk ku tunaikan. Kang xcium bau syurga pulak! :P Tapi, kalau xjadi pergi Bandung, ganti dengan rumah baru terus bole? he he he. Confirm2, boleh blah.

Ape2pon, i just dont want to think much on the honemymoon thingy. Sebab when hubby seems not excited anymore and me pon macam dont want to hope for anything. Aku ni dah la beriya2 punye type. Once cancel, mesti keciwa xhingat! damn! I hate bad news! :(


MissSilent Says: penat untuk rasa keciwa lagi...

Wedding Day vs Anti ISA Rally

Tuesday, August 11, 2009 / Comments (14) / by Skinny Yash


Because of the rally or demo of the Malaysian Anti ISA, it's totally affect to my wedding day! Just imagine, only half of the invitees turned up. Most of them are stucked in the jam or can't really find the alternative road or to be safe, just stay at home. And yet, many of them been calling me, and siap ada yang nangis2 bagai just to let me know, diorang sangat frustrated because cant attend to my wedding sebab dah buntu xtau nak jalan mana. They already somewehere nearby to my Hall, which is Dewan Bahasa. But of course la..main road yang paling mudah dan cepat untuk ke dewan tersebut adelah Jalan Istana. YE! Jalan Istana itulah yang ditutup dek kerana demo itu! Rasanya macam mahu saman dan menuntut ganti rugi. Tapi apekan daya. Semuanya selesai sudah. :)

Pengantin lelaki pon agak sampai lewat disebabkan jalan tutup itu. But they manage to use the road yang ditutup itu. Siap bagitau abg polis tu dia lah pengantin nye! Kalau xbagi gak, alamat aku bersanding sorg2 la gamaknya kan?! he he he..Alhamdullillah..semuanya berjalan dengan lancar walaupon ada je benda2 yang last minute xikut pada earlier plan..Takpela..Aku abaikan aje. :)

Conclusion nye, i am very proud to pronounced my self as Mrs Johnny! Bole? he he he. And saya sangat2 berbesar hati pada yang sudi hadir. Yang xdisangka2 hadir pon ada sama memeriahkan majlis! :) Thanks to BV Clan (azea, a'an, diana, fandee, wawa n partner, kojack, ofey, lina, ida, anfaal, man, hana, yam n yazid, sape lg weiii! ha ah ha), Ex-TI Penang (ella, ina, shah..), Ex-CBN'ers (hid, taz, shaz, syaz n fiance, siapa lg ek? he he he), Ex-IKRAM (bubuq, sadot, nina, shera n fiance, shasha, sya n pak jong, nurul n jijoy, walad n gf, adib, apam...etc)..and Jutaan terima kasih buat pengapit ku Cik Masyurah and AChong! Ramai la yang tak disangka2 datang..tapi muncul! he eh he..Gumbira sangaaaaaaaaat! :).. Oh, Thanks to Cik watie dan Pak Tam juga!

updated: MAAF! pertambahan sahabat2 yang berjaya sampai ke majlis raja sehari saya. Cik Kiah & Pah Bedah!!! Aku xkan lupa jasa budi baik kamu berdua! Oh Cik Kiah, tak haruslah aku melupakan mu sebenarnya. Banyak sangat drama dalam hidup kita kan? hi hi hi

Last but not least, Thanks to all the sponsorship!!!!!!! I really appreciate it! :)

Sedikit pic buat tatapan anda. Enjoy bebeh! ;p

with my family :)

with the in laws

BV Clan u'oll! :)

okay. me. tired.

ini...bz team lebih dr mak pengantin! :P (dr mlm sblm nikah, hari nikah, mlm berinai, hingga ke reception! love u both la! :)


the gossip shoes. *wink*


MissSilent Says: Congrats to both Johnny and Skinny Yash! :)

Marital Status changed!

Tuesday, August 11, 2009 / Comments (4) / by Skinny Yash

From scandallous to happily married.. he he he.

31st July 09.
Dengan hanya sekali lafaz, aku telah SAH menjadi ISTERI kepada Johnny! yeay! Alhamdullillah..syukur sangat2 everything went well. Yang hadir waktu nikah tu, Of course my pengapit besaq Bubuq & Sadot. Sampai tenggelam ceq no...! ;p, Bit But merangkap adik angkat ku, and sahabat ku Cik EON. Thankss for coming..dan memeriahkan majlis yang serba sederhana itu.

Aku ada tanya gak Johnny semalam, ape perasaan dia masa dah akad, and before. Dia cakap, time menunggu tu yang buat gusar. Time akad tu, xde apa sangat! pheww..Janji sekali lafaz je kan syg! he he he. Dah...settle satu bab katenye! :)

Malam tu, ada lah buat malam berinai. Tapi bukan berinai mana pon. Ala2 tukar baju. Ada la 4 pasang. Johnny cuma sepasang je. Sebab memang dia proposed gitu. Sudah nya, aku je la yang dok tukaq2!

Ape2pon, that nite was very tiring. Dari pagi dok keluaq ke kedai beli barang, sampai ke makeup for nikah, then selesai nikah, sempat tidoq jap 1 jam setengah, then kul 7pm start make up balik for Malam berinai. Everything settled almost 11 plus. Then bertungkus lumus plak ke KL menghantar barang2 ke dewan. And...there goes my Hari Bersejarah.. :)

Teasers for you.. ;p



MissSilent Says: Layan sikit dulu ye! More in Facebook! :)