Pre-Honeymoon - Day 1 Part II

Wednesday, September 02, 2009 / Comments (3) / by Skinny Yash

Post Entry 2

Lepas solat, kami terus jalan menuju ke Rumah Mode! Straight je dr hotel. Ade la dalam 15minit kot. So, nak cepat kitorang naik Angkut (Angkutan Kota). Tak pasti nombor brape. Tapi lebih baik korang tanya dulu. Ongkos seorang 1000rp-2000rp. Murah je!

"ingat, hari ni survey2 je. beli2 hari lain.." kata hubby. aku akur.

Masuk je Rumah Mode, aku histeria. ha ha ha ha. Dok belek sana sini tak sampai 5minit, semua orang dalam gedung tu bertempiaran keluar. Aku yang agak cuak kalau ada situasi2 macam ni, ikut sama keluar. Ingatkan ada kebakaran, rupanya Gempa Bumi! Witness la dalam seminit dua. Nampak dinding2 pagar tu bergoyang2. Takut okay. Tapi after about 10mins, semua orang gilak kembali! Shopping la! Ape lagi! ha ha ha ha

Slumber sambar 2helai for myself and one for my sis. Hubby dapat for himself and his dad jugak! Sambung shopping kat Rumah Mode Plus (sebelah aje!). Situ baju xberapa nak menarik sangat. Cuma gue sempat sambar slipper Gap! he he he Then kami keluar masuk FO yang berdekatan dan juga supermarket. Tak lupe beli ration untuk sepanjang kami berada disini. ;). Jalan sampai ke Cihampelas, kedai macam banyak nak tutup. Coz nak sampai jam berbuka puasa kot. So, kitorang pon dah jalan agak jauh. Maka, tahan lah cab! Susah nak nampak BlueBird, tapi ada Taksi Putra (warna biru jugak!kereta Proton). Jangan risau, ni yang berdisiplin punya. Pakai meter. Start at 5000rp. Disebabkan gempa tadi, jalan sekitar bandung macet! Menurut driver taxi tu, semua orang keluarkan kereta dari bangunan parking sebab berita mengatakan ada gegaran susulan. So, nak kata apa. Jam lah kami dalam cab. Aku sampai dah tertidur. Hubby melayan taxi driver tu. Bangun2, dah sampai depan hotel and dah masuk waktu berbuka pon. Maka, xsempat la kami ke bazaar ramadhan.

Layan tengok berita Indonesia jap. And we decided to have dinner kat Kampong Daun. Ia terletak kat area Lembang. Ala2 jalan nak ke Cameron Highland. Sejuk. Tapi sesampai nya kami disana, mak ai...cantik sungguh tempat tu! Serius tak tipu! :) Taxi yang kitorang naik tu, pow kami! Tapi disebabkan dah lapar, and tempat tu pon xde cab banyak masuk, so layan kan je la. He charged us 150k rp untuk pergi dan balik dari Hotel ke Kampung Daun. Termasuk satu jam menunggu! :)

Selesai makan, pulang dengan hati yang gembira. la la la. There goes my first day in Bandung! Ape pulak nak jadi di hari ke-2? Hmm..tunggu........ Sedikit gambaran untuk anda semua di Post Entry 3.


MissSilent Says: Gegaran 7.3 skala richter berlaku di TasikMalaya, Jawa Barat. Turut dirasai dibeberapa tempat seperti Jakarta, Bali dan Bandung.

3 Pengkomen:

tembun @ September 3, 2009 at 8:13 AM
This comment has been removed by the author.
tembun @ September 3, 2009 at 8:15 AM

yash
u noe wut
bila i dgr news pagi ni
gempa bumi
i trus tepk you
boley?
ahakss
take care babe

Ms.Silent @ September 3, 2009 at 8:51 AM

ha ha ha! terima kasih kerana sempat terfikir psl i!! i selamat lg ni! ;)