Asam garam adalah biasa!

Wednesday, November 25, 2009 / Comments (2) / by Skinny Yash

"Patutla rumahtangga hang xbahagia!"

Akan ku ingat sampai bila2. Akan ku buktikan yang memang kami bahagia. Tiada masalah disitu kan?

Manusia ni, kadang2 bercakap tanpa berfikir. Aku pon sama. Tapi bila sekali kita buat salah, tak mungkin untuk kita ulangi kesilapan yang sama. Tapi untuk menyedarkan seseorang itu, perlu seseorang yang berkuasa untuk bersuara. Sudah tentunya bukan aku. Aku xsalahkan seseorang itu, cuma aku tak faham. Aku runsing. Aku sedih. Aku marah. Aku geram. Tapi ku telan semua itu. Masih terngiang2 suara Cik Kiah pernah cakap kat aku. Tahap kesabaran aku memang tinggi.

Dari dulu, aku tak pernah kisah atau peduli apa orang nak kata pada aku. Yang aku tahu, biar lah hati aku ikhlas dengan apa yang aku buat. Aku xpernah berdendam. Sebenci-benci aku kat seorang insan, makin hari hilang rasa itu. Aku syukur. Allah sentiasa jaga hati aku. Meskipon jarang2 aja aku mengadapNya. Aku sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan jalan hidup ku.

Kepada semua yang membaca, coretan kali ni xbersangkut paut dengan sesiapa. Cume sekadar renungan untuk kita semua. Apetah lagi bila dah berkahwin, keluarga pon dah menambah. Yang dahulunya tiada sangkut paut, sekarang sudah. Jadi, jagalah tutur kata mu kerna satu hari, kamu juga akan berdepan dengan kisah yang sama. Aku hanya manusia biasa. Yang serba serbi kekurangan. Tapi aku tidak pernah bosan dan putus asa untuk mencuba. Biarlah hanya Allah yang tahu apakah penghujung kisah cinta ini.


MissSilent Says: Korang doakan kebahagiaan aku kan?! ;)

2 Pengkomen:

Cik Kiah @ November 26, 2009 at 9:47 AM

Allah takkan duga hambaNya kalau dia tau hambaNya tak mampu menghadapi dugaan tu...meaning Allah sayang n ingat kat ko and yes,kesabaran ko adalah tinggi...dah 180x aku ckp ni...hahaha...

doa byk2...Dia ingat kat ko n ko pun kena selalu ingat kat Dia...kepada Dia, kita menyerah...

oit,rindu kamu! =))

Ms.Silent @ November 26, 2009 at 10:17 AM

Besar betul dugaan hidup ni. Kadang2, tak tertanggung rasanya. Tapi atas kerelaan dan keikhasan hati, aku tempuhi everything dgn redha.

Thanks babe! Rindu kamu juga! ;)