Penyakit gusi!

Thursday, December 03, 2009 / Comments (0) / by Skinny Yash

Sedikit info tentang penyakit gusi.

Ada dua peringkat:
1. Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja. (aku lah tu!)
2. Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi ,
tulang dan tisu penyokong gigi. (ha.. ni UPP ckit la~)

Sebab2 utama kena penyakit gusi?
• Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna. (hmm..aku rasa aku!)
• Merokok atau mengunyah tembakau. (merokok sehari sebatang je, kire x? ;p)
• Memakai aplians ortodontik. (takdak idea!)
• Faktor keturunan. (xde pulak!)
• Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung. (aku baru lps period, tp pregnant...huh? pregnant? ish..xmungkin.. :))
• Stres. (hubby pon ckp, one of the reason kot.)
• Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan. (confirm xde!)
• Tabiat mengetam atau mengetap gigi. (mmg bukan aku!)
• Penyakit diabetes. (lagi la x! ha ha)
• Sistem penghadaman yang kurang baik. (erm..x kot..)
• Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit seperti kencing manis dan HIV/AIDS. (ish......xde la!)



MissSilent Says: Esok mahu buat scaling la!

0 Pengkomen: