Lain dulu, lain sekarang

Thursday, January 28, 2010 / Comments (5) / by Skinny Yash

Semenjak 3 4 menjak ni, Abah dok ym dengan aku..Wah..makin hi-tech pulak bapak aku ni. Dulu nak bukak e-mail pon tak tahu. he he he

Since i'm married, hubungan me and abah dah semakin baik. Walaupon ada sedikit sebanyak aku marah kat dia (certain things, yang xdpt nak diberitahu disini), tapi dia still abah kita kan. Takkan nak derhaka pulak. So, ditambah pulak i dah dok jauh ni, rajin la dia msg or kadang-kadang call. Hubby cakap dengan i, "bapak u take care pasal u, u je tak pernah call or msg dia" Hmm...

I already get used to it. Dari dulu i memang tak banyak cakap. Since duduk asrama form 4/5, i terus berubah. Tak banyak cakap, tak suka bising-bising tapi suka marah-marah. Sampai satu hari Abah bawak i ke Layang-layang Johor nak berubat. Rumah Tok Bomoh tu, macam padang jarak padang tekukur wei! Kat tengah-tengah padang pasir tu, ada satu je rumah dia. Siap ada bendera lagi. Kengkonon, Tok Bomoh tu cakap, ada Hantu Angin dalam badan aku. Sebab tu aku berangin je satu badan! Ah! Poyo je Tok Moh tu! Macam biasa la, nak buang sial kan, haruslah mandi limau bagai. Aku ikutkan je la.

Bukan i tak close to my dad je, my mom pon. Ingat lagi masa nak kahwin haritu, disebabkan semua benda i nak buat, semua benda i nak settle sendiri, i ketepikan my mom. (Tetibe rasa berdosa aku!) Bukan apa, coz dari dulu my mom dengan i memang tak sebulu. Tak pernah sependapat. I pulak asyik nak melawan. Tapi bila dah kahwin ni, i rasa sedih pulak. Ye la, dah ada family sendiri, i pon kalau boleh taknak la anak i nanti lawan cakap kite kan. Hmm.. Mak, sorry ye..Tak sengaja..Apa-apa pon, saya tahu, saya boleh jadi sekuat mak saya.



MissSilent says: tetiba rindu semuanya... ;(

Suami saya!

Wednesday, January 27, 2010 / Comments (6) / by Skinny Yash

Selalu saya katakan, ada sebab kenapa saya sayang suami saya.

Cuba baca bawah tu. ;p


Hubby: u nak kitchenaid profesisonal tu ke?
Hubby: kita gi beli
Saya: xprofessional pon xpe. janji ada mixer.
Saya: ni xde susah i nk buat kuih muih.
Saya: :)
Hubby: okay kita beli lah
Hubby: bleh claim company
Hubby: beli mahal2 skit
Saya: ho ho ho


Tengok! Memahami sungguh suami ku ini. :) Sebab tu saya sayang dia. (tolong jgn geli!) ha ha ha


MissSilent says: Hubby suruh survey2 mixer. Kat mana ek?

Perkembangan Hashim

Wednesday, January 27, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Malam tadi Hashim merajuk dengan hubby. ha ha ha. Serious weih. Sebab hubby gi paksa2 dia makan, minum. I dah cakap, dia takmo. Hubby nak bagi jugak. Last2 membontotkan diri. Serious, pandang pon takmo. hu hu hu I tau la, i jaga dia hari-hari. Dah paham sangat pe'el dia. Mengade! ;p

So pagi ni, i dok chatting dengan hubby. Hari-hari pon cerita benda yang sama. Perkembangan Hashim. Dah macam anak aku ha. Tapi i bengang dengan dia, sebab dia gatal turun dari batang tu. So, berak bersepah la. Dah la tak pandai terbang. haish. Bebel aku pagi-pagi lagi.

Hubby: so u dah ready nak berpisah ng die tak?
Saya: ha ah aa
Saya: sejak pg td dok berak berterabur....
Saya: aku relakan dikau pergi ...
Saya: hu hu hu
Hubby: hehe
Hubby: ok nanti kita cari kure2 u okay
Saya: yeay!

Tapi kadang-kadang rasa sayang jugak kat si Hashim ni. Ye la. Ko jaga makan minum berak dia kan. Sat-sat i tengok dia. Ye la, pada zahirnya dia tak boleh terbang. Tapi mengikut kaum kerabatnya, HARUSLAH dia pandai terbang. So, Semalam hubby siap cakap dengan Hashim, suruh terbang. Mana tak nya, makan, tidoq, berak, makan, tidoq, berak. Dah gumuk dah. Aku takut dia mati sebab obesiti je nanti. he he he

Apa-apa pon, lihat perkembangan beliau.

pagi port Hashim sini

tengahari kat sini pulak.

exercise sayap kiri.

layan lepak kat berus aku pulak kan?!

dia nak patah balik pulak!

exercise sayap kanan pulak.

exercise dua-dua sayap.

mantarrp!!!

sudahnya, tak pergi mana pon. (hampeh!)

MissSilent says: nyanyi tak nak. terbang xnak. makan lain2 xmo. Roti Gardenier je ko sapu!

Saya perlu ini!

Tuesday, January 26, 2010 / Comments (5) / by Skinny Yash

Kalau nak diikutkan, banyak je benda yang boleh ku lakukan untuk mengisi masa lapang dan mendatang wang.

Contoh:

1. Saya bole buat kuih. (custard pudding cake dan custard puff yg memang mendapat pujian ramai)
2. Saya boleh buat cookies. (specially for wedding favours)

Hmm. Tapi semua ni terpaksa dilupakan atas SATU sebab.

Semua sebab ini.




Saya perlukan ini untuk menjana WANG!!!!!


MissSilent says: ada sapa2 nak organize Tabung Skinny Kitchen tak?

Tips askar nak pergi berperang!

Tuesday, January 26, 2010 / Comments (1) / by Skinny Yash

Disebabkan lagi beberapa hari Jepun nak surrender, i tengah bertungkus lumus membuat persiapan. :) Being me yang sungguh anxious about everything, i prepared myself by reading alot of blogs and websites. Dikala tiada kerja ni kan. Itu je la yang mampu ku lakukan dek non.

So, first. Before nak conceive, mestila kena tau bila waktu puncak..(wah..puncak ni!) kesuburan kita. Hmm..Macam mana ye? So, i just google (seperti biasa)! Hubby suka cakap, i minah google. ha ha ha. Tak kisah la. Dengan google ni la bini dia ni dah pandai masak. hu hu hu ;p Okay back to the topic. Earlier post i ada cakap pasal Fertility Calculator ni. I don't know how true is this. Tapi tak salahkan mencuba? So, mari kita lihat my result.
(Sila jangan ganggu saya diwaktu2 genting itu)

For your information, i never keep record on my menstrual cycle. Sampai la i buat medical check up after married, bila Doc tanya, "When is your last period?" Dan saya tiada jawapan untuk itu. ;p So, from that day, i keep my record di desktop saya. (mudah) ;)
ini lah sticky post saya yg ade kat desktop hari2.

Kenapa i ask you to keep record on your menstrual cycle/ovulation. Sebab, fertility calculator tu perlukan record-record itu. Paling penting, Your First Day of period and your Days of your Menstrual Cycle. Maksudnya, kira dari hari first you kena period, sampailah hari first period yang seterusnya. :)

I dok cite poyo-poyo ni, tak tau la can conceive ke tak. Cuma, kita bole berusaha dulu kan. Bersiap sedia nak menghadapi peperangan ni. ha ha ha. And to all future mother, termasuk saya yang tak tahu bila lagi, sedikit peringatan.

- Kita harus keep record on our menstrual cycle. Penting. Nanti Doktor mesti tanya. :)
- Since you dah guna the calculator and you know when you'll be ovulating, Avoid having sex 5 days before the fertility period. Ini hanya untuk memberi masa lelaki2 itu menambah kandungan sperma nya! Lepas tu, nak bertarung hari-hari pon mak tak kisah dek non. Lantak kau lah! ;)
- And oh, kalau kandungan sperma lelaki itu kurang (aku xpasti, camne kite bole kira, bukan diorang ni jutawan ke?),harus tukar taktik! ;p Kebanyakkan Doktor menyarankan supaya bersetubuh (gila bahasa weih aku!) hari-hari!!Suka la lelaki-lelaki itu kan? And if you're not aware of your date next ovulation day tu, have sex 3 times a week! wooot wooot
- And if you over active sangat, Reduce it. Sebab terlampau aktif sangat is one of the reason we faced irregular ovulation atau kita akan kurang ovulate. blurrghhhh...
- Ape-apa pon, STAY OPTIMISTIK! ;)

eh lupa. Nah korang bole guna Fertility Calculator ni. >> http://babymed.com/Tools/Fertility/Calendar/Default.aspx


MissSilent says: askar-askar pergi berperang...

Kurniaan bagi mu...

Tuesday, January 26, 2010 / Comments (11) / by Skinny Yash

Lately ni, ramai saya dengar dah berbadan dua. Termasuklah insan ini. Semalam pon, one of our friend chatting dengan i. I think 5 years dah kot dia kahwin, but still belum dikurniakan anak lagi. Kurus macam i. Husband dia pon sama. Tapi, i percaya. Tuhan akan bagi bila Dia tahu, kita sudah bersedia. Bukan dalam bercinta dan tunang je ada dugaan. Dugaan lepas kahwin lagi besar kan?

Sedikit sebanyak, isu berbadan dua ni buat i stress. Ye la. I selalu pikir, kenapa orang lain kahwin-kahwin je bole terus pregnant. Tapi bukan i? Orang yang beriya-iya nak planning bagai, tup tup melekat. Orang yang beriya-iya pulak nak anak (macam one of my couz yg dah 5 years kahwin), pon belum sampai2 rezeki dia lagi. Hmm. Tapi tu dulu la. But now, after i done alot of reading,and a few discussion with hubby, i mulai sedar. Betul, Tuhan takkan bagi apa yang kita tak mampu. Contoh macam dugaan kan. Tuhan takkan menduga seseorang itu lebih dari apa yang dia mampu. Jadi, mungkin ini dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi.

Kepada mereka-mereka yang sedang berbadan dua. Hargailah kurniaan Tuhan yang tak ternilai itu. Sesungguhnya itu adalah rezeki buat kamu. ;)



MissSilent says: Lepas Jepun menyerah kalah, saya akan cuba berjuang sekali lagi. :)

Pokailicious

Tuesday, January 26, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Jeng Jeng Jeng

Semalam satu lori sampai. *wink*

Belum bole diceritakan sepenuhnya. Tangok je la nanti. ;)



MissSilent says: Terus pokai. T_T

Penyanyi vs Peminat

Monday, January 25, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Agak terlambat sebenarnya aku nak cerita pasal Idola Kecil 2. Ye! Saya salah seorang peminat Idola Kecil. I didn't watched the first season. Tapi saya mengikuti Season 2. Macam saya mengikuti Awan Dania juga! :)

And i just realize i love to watch anything which involves kids. Tak kisah la reality show ke, drama ke, cartoon ke. Or even komik. Awak tahu saya suka apa..? Bukan Pedang satria tapi Doraemon!! he he he. Last time, masa kecik2 la. i siap suruh abah beli tape for all the season. Then i still remember, everytime bila i nak balik KL from Penang (saya duduk asrama during form4/5), saya akan beli komik Doraemon kat Jeti. So, xla boring dalam bus nanti. he he he

Anyway, i nak bagitau..i SANGAT SUKA "Dayana"! Yeah! The winner for Idola Kecil 2! When the first time i hear her voice, saya sudah jatuh hati. Serious naik bulu roma bila dia nyanyi lagu Ayat-ayat cinta. Bukan dia je. Most of them, memang got their own power. Macam Fienaz. She have a great voice. Cuma nasib tak menyebelahi dia kan. Ape-apa pon, good luck to all of them. Hopefully diorang akan still memeriahkan lagi industri muzik kite kan?!


MissSilent says: Niat nak jd penyanyi tak kesampaian. Sekarang jdk peminat pon jd la!

Piknik di hujung minggu

Monday, January 25, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Like what we planned earlier, hubby and me pergi berpiknik di Bt Ferringhi lagi. Tak boring lah! Sapa cakap boring! hu hu hu And ditemani rakan lama (since i keje HP dulu). Actually kedatangannya membawa hati yang lara, so kami layan kan aje.... hi hi hi

So, pagi-pagi dah start prepare food from home. Hubby cooked his kuew tiau goreng, and me prepare ayam goreng, fillet o fish dan juga cucoq udang! Save budget kan. Nak makan sana, confirm mahal. So baik bawak dari rumah. Baru feeling-feeling picnic gitu.

And cerita bab Johnny pulak. Punya dok sembang-sembang dengan Tuan Tanah kawasan tu, bole plak dia jadi abang kawasan part time kat situ. Parking RM2, toilet RM1, Naik kuda RM20.
Yang tuan tanah nya balik umah makan, dibantai pulak lena. Laki aku pulak ganti tempat die, bole? ha ha ha ha. So, bila ada orang datang parking, nak naik kuda, cari toilet, dia lah yang entertain! ha ha ha ha. Jaga dalam 2jam, RM30 dlm poket dah! Untung juga jdk abang kawasan ni ek?! he he he

ah! Layan kan aja lah!

sampai2 terus makan!
aku lyn.....
gadis Kuala Lumpur yang membawa diri ke Penang. ;)
abang kawasan dengan Tuan Tanah! :)


MissSilent says: bar by the beach! mmg sempoi! ;p

"Hashim" jantung hati kami!

Monday, January 25, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Jumaat lepas aku gi Pasar Malam Sg.Ara. Situ je la pasar malam yang kami tau pon. So, biasa friday memang tak masak la. hi hi hi. Dengan dok sakit2 perut tu, aku gagahi juga untuk berjalan. On the way, nak balik ke kereta, terjumpa anak yang ditinggalkan kat tepi jalan! Kesiann weih! Duduk sorang2 bawah pokok. Senyap je. So, hubby pon bawak balik. Aku ni takut2 jugak. Yela, tak tahu sapa mak bapak dia kan.

Hubby cakap, "tah tah die ni dipinggirkan oleh masyarakat kot"..Masyarakat kaum dia la.! Maklum la, dah la tak boleh terbang. Bisu pulak tu. Sebab semua burung dok cip cip sana sini, die dok membisu je. Haih..nasibla ko burung. Sudahlah "HKU". "Haiwan Kurang Upaya". Kesian kan?! Oh Lupe! Nama die "Hashim". Jangan tanya kenapa "Hashim". Sebab jwpn hubby and aku adalah berbeza. ;P

Masa kami bawak "Hashim" balik, sumpah macam nak mati. Siap dah terkeluar ayaq lioq..(or maybe Johnny pegang kuat sgt kot.) So, malam pertama tu, makan xberapa nak, minum pon xnak. Tapi pagi esok nya, tu diaaaaaaaaaaaaaa......dah mendada dada dengan aku! Eksen! Berak berteraboq plak tu. Tapi tu keja Johnny la. Sebab dia yang nak bawak balik kan. Dapat kat aku, berleter macam mak tiri! ha ha ha ha ha. Hubby selalu cakap, aku garang dengan "Hashim". Yela, tak nak dengar cakap! Berak berterabur! Sapa suruh! ha ha ha.

Sekarang, kalau nak suruh hubby bangun pagi senang ja.." you.........anak u ni berak kencing terabur!!!"dari dapur aku menjerit!ha ha ha ha. Tup tup...dah bangun!! Kan senang! Tapi, sekarang ada "Hashim" taklah boring. Sebab ada teman bersembang, nak marah2..nak berleter..!he he he. Walaupon die xpaham. Takpelah, janji aku paham dia. Makan 3 round, kalau dia dah buat breakdance kepala tu, maknanya, takmo makan dah la. Minum pon sekali ja. he he he Senang nak jaga. Tak payah beli sangkar. (kan ke xboleh terbang!) :)

present our "Hashim" (mcm ayam kan?)

nak tidoq!
"Hashim, ko nyanyi lah!"


MissSilent says: saya nak kura-kura, saya nak ikan juga!

Nak Tempah Baju?

Friday, January 22, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Since i have this blog kan, banyak pulak orang yang nak kawin tersinggah kat blog i. So, untuk tidak menghampakan insan-insan itu, saya bagi sikit info. Anyway, i'm not a bridezilla. I'm just giving you an option.

Korang cari mana nak tempah baju kahwin ek? Hmm. As for me, i tempah kat Amir Mirza. Recommended by my brother. He is actually my brother nye bestfriend. Muda lagi orangnya. As my previous2 entry, i did mentioned, dia pernah kerja dengan Jovian and some other local designer. And dia jugak la designer for Ariani. And customer dia pon artis2 juga. For me, price okay la. Even, i got the cheapest price compared to the rest yang tempah kat dia. he he he Time nak kahwin kan, banyak nak pakai duit. :) So, save tang mana bole save. he he he.

Sedikit gambaran untuk tatapan kamu.

from behind.
dari depan. (abaikan pose itu)

Nov09
xde plak dlm simpanan i baju nye. but i like the details of her baju. cantik sgt!
Nov09


So, siapa-siapa nak tempah baju kahwin or apa-apa baju sekali pon, drop me a line. i bagi u contact number. :)

And, i would recommend you to DzulldeClassique, Kajang too! Serious murah. Now, banyak baju-baju i tempah dengan Kak Ina. Baik kakak tu. Kurus je. Tapi selalu cakap i kurus. Dia pon sama! hish. This has been recommend by my bestfriend masa i kelam kabut nak tunang dulu. And seminggu pon diorang bole siapkan. Cume ada add charges la. But overall, memang selesa and cantik jahitan nya. You can give it a try. Now, most of my couzin pon dah pergi kat dia. :)

Feb09

MissSilent says: itu je kot. ;)

Pregnant?

Friday, January 22, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Dari semalam badan rasa lemah je. Sakit2 pinggang plak tu. Hmm. Nak dekat la gamaknya. So, this morning, untuk pertama kalinya, saya tak prepare breakfast untuk hubby. Dan untuk pertama kalinya juga, saya tak hantar beliau ke office. Serious tak larat weih! Aku dah siap2 nak hantar ni. Tapi dok-dok menunggu tu, memang aku merasakan tak larat sangat2. Sorry ye Enchik Suami. Ye la, pagi tadi hubby masuk dapur, terus capai kokokrunch dgn susu. "Kenapa u xbuat breakfast untuk i?" Serba salah aku dibuatnya. Ye la, tak masuk syurga la kau dek non. Aku pon agak2 lemah menjawab.."tak larat....." dengan muka habis-habis sebek nih!

Owh. Saya bukan pregnant ye. Yang pregnant orang lain. ;p Kang korang pikir bukan-bukan pulak. i PERIOD lah! Kadang-kadang tensen je. Asal nak period mesti moody. Asal nak period mesti sakit sana sini. Lagi-lagi tang tetes tu....mak aiii..tegang bukan main. Sakit die plak mmg mengundang! Sekarang, kalau korang bagi aku gajah duduk kat blakang pinggang ni, mesti nikmat.

Sakit weiiiihhhh....and aku tak larat nak masak harini. ;(


MissSilent says: sepatutnya nak masak Nasi Minyak Hujan Panas, tp tak jadilah!

Berita yang menggembirakan!

Thursday, January 21, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

IA SUATU YANG MENGGEMBIRAKAN!

Aku bersyukur, aku dikelilingi insan-insan yang selalu buat aku gembira,

Buat "kamu", i'm happy for you. Langkah bendul betul! ha ha ha

"Kamu" tak bagi saya cakap...dia cakap semalam.."sshhhhhhhhh..." dengan nada berbisik. :)



MissSilent says: sejak 2 menjak ni, masin betul mulut aku! ;p

Bosan

Wednesday, January 20, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Tahap kebosanan aku dah sampai tahap Bumi Haiti dah ni. Hari-hari (w.pon bkn hari-hari, tp mostly) masak, cuci baju, sapu, mop lantai. Sampai dah tak tau nak buat apa dan fikir apa. Amek hantar hubby tak cukup untuk mengusutkan kepala aku yang sedia ada kosong nih. Hari-hari dah beli paper. The Star & Metro. Confirm. Kalau ada magazine best-best tu, sapu jugak la.

Kadang-kadang, hubby suruh pergi tengok wayang. Sorang-sorang? Tak mo lah. Rasa macam diri ni xde kawan plak pergi sorang-sorang. hu hu hu. Saya sedih. Dan juga hampir keciwa. Sebab kerja tak dapat lagi. Pagi sampai tengahari, sibuk cari kerja. Naik berpinau mata ni. Tapi demi mengisi masa ku, ku teruskan jua....

Hmm..merepek lagi. Takpela, nak layan fesbuk jap. Oh ye, harini saya masak Nasi tomato, Ayam Masak merah dengan jelatah. :)



MissSilent says: apsal semuorg tak percaya aku masak huh?

Back to Reality

Tuesday, January 19, 2010 / Comments (6) / by Skinny Yash

*menarik nafas lega*

Sudah 6 hari terputus hubungan dengan dunia luar. Sudah la rumah ku tiada tv. Internet plak kene block. Handphone pon kena bar. Bayangkan semua pon nak jadik dalam satu masa. Haish. Apa-apa pon, harini semua sudah okay.

Semalam pergi settle register stre*amyx. So, tunggu depa datang pasang line telephone then hubby akan install wifi modem tu sendiri. Nak tunggu contractor diorang datang plak tak tau bila. So, baik buat sendiri je. So, tadi baru register Celc*m. Now, 012 is the new C*lcom. Dari pengguna m*xis sejak zaman habis sekolah lagi, sekarang kami membuat keputusan ikut abang biru. Puas hati aku! bye-bye M*xis!

And i just realized, to find a job in Penang is not easy. Ye! Kalau anda ada Diploma in Civil Engineering (seperti saya), mempunyai 5 tahun experience dalam IT industry (seperti saya), tak cukup kuat untuk menempatkan diri anda ke IT company yang bole tahan besar disini. Hmm. Sedikit keciwa. Sebab kalau kat KL, they don't even bother what degree or diploma you have. The experience is what they need. Tapi sini lain. They need At least you have a Diploma in IT. Itupon gaji ciput je. Beli handbag pon tak lepas. So, i'm still searching and looking for better job. InsyaAllah, rezeki ada dimana2 kan...



MissSilent Says: banyak betul nak catch up nih. ;p

Gossip tiada sudah...

Wednesday, January 13, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Masih belum berjaya nak menaikkan semangat jahit langsir and memulakan projek buat duit ku. hu hu hu. Apa-apa pon, harini TERBAIK. Kenapa? Sebab gossip Trio semalam, disambung ke harini. Tengggg Tennngggg Tennngggg........

Mak Thonk semakin mantarp dalam menghasilkan cerita-cerita yang panas lagi sensasi. Ditambah pula Mak Tam yang pakar bab2 lazer melazer nih. Aku? Hmm..Meng"UP" kan lagi cerita terkini dan sensasi. he he he Tapi mak keluar air mata darah la dek non dengar cerita2 hot gitu. Apa-apa pon, aku doakan mereka berjaya melayari bahtera merdeka..eh bahtera perkahwinan yang penuh pancaroba ini.

Salamm..........


MissSilent says: apa nak curik2 geng kite nih! ;p

Pillow Talk vs Jamban Talk

Wednesday, January 13, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

VS



Korang pernah "sembang bantal" tak? Haish.."Pillow talk" da..Aku sangat suka. Naik katil dah awal dah. Pillow talk punya pasal, extend 2jam. Ketawa sana sini. Alih2 tergigit lidah. Ha. jaga-jaga. Bahaya jugak kalau dok bergurau senda sakan sangat.

Tapi pillow talk i atas katil dengan hubby dah bertukar jadi "Jamban Talk". Tak tau kenapa aku suka sangat bersembang dengan hubby masa die dalam toilet. For your information, saya bukan sembang disebalik pintu, tapi bukak pintu and hubby dengan muka tension layan aku acuh tak acuh. ha ha ha. Entah la. Macam syok pulak sembang dengan hubby bile dia dok kat toilet bowl tu senyap2, and kita pulak pulun borak/gossip/mengata sakan. Hubby redha ja.

Tapi lately, hubby masuk toilet kunci pintu. So, i xbole nak bukak pintu and gossip apa2 yang patut. Haish. "Potong" katanya. he he he.


MissSilent says: Orang kata, Sembang dalam jamban nanti mulut bau jamban. Ye ke?

Facts of Penang driver

Tuesday, January 12, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Setelah hampir 2 minggu saya bermastautin kat sini. Penang la. Banyak yang i pelajari. Dulu selalu dengar orang cerita, orang Penang bawak kereta macam gampang! ha ha ha No offended ye warga Penang. Ini orang kata. Orang mana tak tau la. Orang kebanyakkan kot. :) So, my experience driving here, memang membuktikan dan mengukuhkan lagi fact diatas. Kalu nak dibandingkan dengan KL, memang orang sana bawak lagi gampang, tapi berhemah kot. Tapi kat sini, lain pulak cerita nya. Mana tak nya, bayangkan from lane paling kanan, selamba kuda nak lencong pi lane paling kiri. Dah tu, signal jarang2 nak bagi. Ikut selamba depa je.

Dapat pulak ah-so2 yang drive. Muka confirm2 budget hot dengan tak make-up and dengan rambut blow macam sarang tebuan. Pastu, muka ketat je. Bawak SUMPAH slow. Nak nak pulak conquer 2-2 lane macam kereta Viva dia besar sangat. (pemandu Viva, yg bukan ah-so tak termasuk ye) And owh, memang diorang sangat suka tekan hon. Jenis tak penyabar kan. So, kat sini, aku belajar tekan hon. Nak diorang hegeh2 je, aku tekan kasi puas! Baru kau tahu. Tengok kereta sikit la brother. Plet KL ni! ha ha ha ha

Ini baru bab on-the-road sahaja. Lain hari kita cerita bab lain pulak ye.


MissSilent says: I'm not being racist here, it's just an overview of Penang driver.

Resepi Nasi Ayam for Mieza

Tuesday, January 12, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Sebenarnya, i dah hutang 2 resepi for the readers. Tapi i bayar satu2 dulu la ye.. Okay, this time round, i nak bagi u'oll resepi Nasi Ayam. Bukan my secret recipe. Tapi from MR. Mudah. Ringkas. Sedap. SERIOUS SEDAP. TAK TIPU. ;)

Ini untuk 6-8 pax. Pandai2 la budget.
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam (potong ikut suka la)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • 5cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam.
  • Bahan sos
  • 5biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.( i tambah tepung kentucky tu untuk lebih crispy)
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, naik bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Then, masak seperti biasa.
  4. Untuk sos - blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
Selamat Mencuba. ;)


MissSilent Says: Hope, baby dlm perut u suka. :)

Week-end activity

Monday, January 11, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

How do you spend your weekend? Hmm. Actually, this is our first weekend together after the new year holiday. So, agak tak tau nak buat apa. Anyway, we decided to jalan-jalan tepi pantai. Mana lagi, Bt.Ferringhi la. ;)

Next week, hubby suggest bawak tikar and makanan. Kita picnic. Tapi macam boring sebab kami berdua je. Ada sapa2 nak join x? ;)

I think, picture shows a thousand words kan.

layan sungguh.

ok.ni feeling2 layan angin sepoi2 bahasa gitu.

pandanganku agak sipi sikit. takut kamera ku dicuri.


MissSilent says: Serious. Sape nak join picnic ni wei.

My first Chicken Rice

Friday, January 08, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Harini saya masak Nasi Ayam. Special punya! :) Anyway, it's my first attempt. Don't know what it taste like. Dengan keadaan kelam kabut, kuar beli cuka, daun sup. 11.45am, hubby dah suruh amek dia kat office. Ayam tak goreng lagi nih?! Takpe. Coing sana coing sini. Siap! Agak tsunami jugakla dapur time tu. ho ho ho

Have a peek on my nasi dalam rice cooker before go off to pick up hubby. "okay..warna okay dah ni" hmm..berdebar rasanya. Ye la, masak bukan main. Rasa xtau lg. adoi.

So, we had lunch at home. With my Special Chicken Rice. Takuuuuuut...takpe..kasi hubby makan dulu. I ikut dari belakang. Tengok hubby dah mulakan suapan pertamanya...still berdebar lagi nih! "hhmm...okay..sedap..." kata hubby. "huuu...lega..." berkata dlm hati ye. :)

Overall, hubby cakap sedap! Tak ingat berapa kali dia cakap. Tapi suami saya jujur orangnya. Kalau xsedap, dia cakap tak sedap. And owh, soup saya lupa nak taruk garam. Tawaq hebiaq jadinya! ha ha ha ha.

Have a peek bebeh!

ini adalah set ke-2, jam 5.30pm. 1st round xsempat nak tngkap gambar! ;)



MissSilent Says: Ada beran nak cuba beriani pulak ke?

Bila suami masuk dapur

Friday, January 08, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Semalam hubby request kuew tiaw goreng for dinner. End up, dia yang nak masak. Owh haruslah beritahu disini, suami saya sangat suka masuk dapur. Bab2 masak ni suka sangat lah. Tapi paham2 je la kan kalau orang lelaki masuk dapur kan. ho ho ho. Macam kena tsunami. Tapi tsunami kecil la. Dibawah adalah masakan beliau.

ini adalah menu pertama dinner kami setelah barang dapur dibeli utk pertama kali. *burger ayam*

menu ke-2. Kuew tiaw goreng dia mmg superb. Serious korg kene try! ;)


Lagi satu saya nak UP kan disini, setiap masakan hubby presentation mesti superb. Siap daun2 sayur sebagai hiasan. Hmm...


MissSilent says: i dah UP u ni..ada duit belanja lebih lagi bulan ni? ;)

My First Off Day

Thursday, January 07, 2010 / Comments (5) / by Skinny Yash

Sekarang bangun pagi pon xde masalah dah. Kalau solat subuh pon, xde nak sambung tido lagi. :) Ade je kerja nak buat. he he he. Hubby pesan, lepas hantar dia beli paper. Baca apa2 yang patut. Takut otak beku. hu hu hu. Almaklum la, TV pon xdak lagi. ;p

Bab masak memasak ni, still in learning mode. Sekejap2 tengok MR. ;) Itulah peneman ku dikala bosan. Bile dah duduk sendiri ni, hobi tetiba tukar jadi memasak. Suka pulak duduk dapur. ha ha ha. So, siapa cakap saya tak pandai masak? Meh sini aku siku hang! ;p

Owh. Hubby semalam dengan murah hati nya bagi saya duit belanja. Yeay! Siap off day tak payah masak coz hubby belanja lunch. Maka, panjang lah langkah saya ke Queensbay. wooohooo! Niat hati, cuma nak perbetui BB hubby yang koma selama 2 hari dan beli racket badminton. At last, saya berfikiran untuk mencantik kan diri. Ye! Sudah lama ku tunggu saat ini. Dah berbulan lamanya tertangguh. So, depan2 salon tu i call hubby. "okay" hubby jawab. HUH????? nak tanya lagi sekali takut dia berubah fikiran. So, aku ON kan saja. :)

abaikan rupa ku tanpa make up. tp masih manis kan? blueek.. ;p



MissSilent says: shhh...saya beli Estee facial wash juga. Terbang rm90 lagi ;)

My so called new job!

Wednesday, January 06, 2010 / Comments (6) / by Skinny Yash

Did i tell you that i was nervous the day before everybody starts their life back on track? he he he. Ye! Saya sungguh nervous. Macam nak start kerja baru. Hubby asked me apa yang i nak nervous. I pon xtau nak jawab apa.

And my job really starts on Monday morning. As early as 6am. Solat, sediakan breakfast, hantar hubby ke office. Pulang. Memasak. Mencuci Baju. Sidai Kain. Lipat baju. Iron baju. Mop Lantai. And sedar2, pukul 3 sudah. So, korang dapat imagine tak kerja baru aku ni? yE! Kerja yang paling mulia pernah aku buat. ha ha ha ha

Honestly speaking, i'm happy with what i have now. Kehidupan sendiri. Susah senang sendiri tanggung. I like to be independent. Lagi semak kepala i kalau orang dok susah2 pikir itu ini untuk i. Yes, i know that they're being concern, but just let me go through this okay. Kalau xboleh nak berdikari, buat apa hidup?! ;p

Pendek cerita, jangan nak bodoh2kan pekerjaan mulia ini. Kerna pekerjaan ini lah yang paling susah dan mengambil sepenuh masa kamu seharian. Lain la kalau dok office. Banyak2 kerja pon, still boleh chatting, boleh surf sana sini. Buat kerja dapur, ko ingat bole chatting2? Alamat hangit la ikan goreng tu! hu hu hu



MissSilent says: i'm still miss my day at office.

New Year cara kami

Tuesday, January 05, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

sekarang baru boleh blogging.

Owh. takde entry new year kan? Hmm.. How i celebrate my new year this year? Hmm. Tiada lagi party2 di new year eve. Cuma duduk baca paper sambil mendengar dentuman bunga api dari disebalik bukit dihadapan balcony rumah ku. ha ha ha ha. Terasa tua pulak! Mungkin itu adalah tanda2 natural bagi mereka2 yang dah xlarat nak berparty. hu hu hu

New year eve tu, ramai kat rumah. My MIL and FIL, Tok, Pak Su and family were here. Semua teringin nak tengok rumah baru. he he he. Bukan ada ape pon. Tapi budak2 suka la. Sebab ade swimming pool kan. Yang "tuan rumah" pon. feeling2 holiday gitu! ha ha ha

We had dinner kat Teluk Tempoyak! And million thanks to Intan (my classmate kat P'ng dulu) coz bg direction yang sangat senang. Ko memang terbaik lah! he he he. That nite, kami makan rasa nak berdosa dah. Sotong satu kilo, 3 ekor ikan, ketam, 2 pari, sayur 2 jenis, telur dadar. Hmm..memang terbaik lah! Tempat ni ala2, bagan lalang la. Tapi jauh lebih murah dan sedap. Kalu xpercaya, cuba try Siakap Merah masak Lamprik! Memang terbaik weih!!!! ;p

Okla...byk nak cite lg ni. sign off dulu.


MissSilent says: azam baru pon xbuat lg ni. Azam tahun lepas bole bring forward x? ;p