Resepi Nasi Ayam for Mieza

Tuesday, January 12, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Sebenarnya, i dah hutang 2 resepi for the readers. Tapi i bayar satu2 dulu la ye.. Okay, this time round, i nak bagi u'oll resepi Nasi Ayam. Bukan my secret recipe. Tapi from MR. Mudah. Ringkas. Sedap. SERIOUS SEDAP. TAK TIPU. ;)

Ini untuk 6-8 pax. Pandai2 la budget.
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam (potong ikut suka la)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • 5cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam.
  • Bahan sos
  • 5biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.( i tambah tepung kentucky tu untuk lebih crispy)
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, naik bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Then, masak seperti biasa.
  4. Untuk sos - blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
Selamat Mencuba. ;)


MissSilent Says: Hope, baby dlm perut u suka. :)

3 Pengkomen:

Ami Schaheera @ January 13, 2010 at 12:42 PM

hutang resipi tak main laaa, hutang masak utk kitorang ni cane?

Ms.Silent @ January 13, 2010 at 1:21 PM

ye Bakal Pengantin...nanti kamu dtg sini, saya masak ye! ish sibuk! ;p

newlifenewbeginning @ January 18, 2010 at 2:20 PM

eh baru perasan entry ni hehe..mekasih yeee..nanti i copy paste pastu suruh hubby print..haha suruh dia yg masak bukan i masak..tu pun kalo dia rajin hehe