Sunny Sunday Shopping!

Sunday, February 28, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Sepatutnya plan to try nasi kandar Istimewa Shariff kat Gelugor, end up pergi Nasi Kandar Line Clear sebab yang kat Gelugor tu tutup. Tak kisah la, janji dapat makan. :)

And, aku telah menempah sejarah persendirian apabila mengorder makanan tengahari dengan harga RM21.20 sepinggan, yang hanya berlaukkan 2 ketul bapak udang! ha ha ha ha. Nasib habis kau! Dulu i tak berapa pandai sangat makan nasi kandar ni, nak-nak pulak jenis kuah-kuah banjir ni kan. Tapi, nak blend in punye pasal. Kena cuba jugak! ha ha ha ha.

Lepas makan, terus ke Gurney Plaza. Kan Abg Johnny dah janji nak belanja saya bulan ini. *senyum senyum* Bersempena nak start kerja baru esok, teringin benor lah nak pakai baju and kasut baru. Tapi apekan daya, aku ni berbadan GEMUK sangat! So, susah nak cari size! Semua macam longgar je! hu hu hu. Bosan! So, terus ke Charles & Keith. Oh ye, kat Penang ia hanya ada di Gurney Plaza sahaja. Try punya try, sambar 2 pasang! yeay! Abg.Johnny tunggu di kaunter! *mmmmuaah...* Satu ciuman sampai di pipi Abg Johnny! he he he. Thanks sayang!

Habis shopping, sambung shopping groceries kat Tesco pulak. I prefer beli barang kat sini. Cantik-cantik sikit barang nya. :) And we had early dinner kat Chicken Rice Shop. As per Johnny, it will be his last grand meal. Sebab dia nak start diet dek kerana mesin menimbang berat telah menunjukkan angka hampir 100kg. muahahahahaha. Bagus jugak dia start diet, tak payah masak beriya-iya sangat! he he he


On the way back, kami riki riki jalan untuk ke tempat kerja baru saya. Ye la, takut tak ingat jalan pulak. FTZ Area ni dah la banyak jalan! Nasib simpan lagi Cik Intan punya direction! Membantu sungguh! ;)


Shh...nak menggosok baju Abg Johnny...menjerit dia kang! ;p

Online Bisnes

Sunday, February 28, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Semakin hari, semakin ramai pulak insan-insan yang berbisnes melalui online ni kan. Good for them. And yang kita-kita ni, tukang membeli je la ye. he he he. And sedar tak sedar, rupanya saya dikelilingi rerakan yang berbisnes online ni. Ada yang jual baju, ada yang tolong orang jual handbag, ade yang buat make up. So, here is their blog. And i decided to put one category kat sebelah ni. So that senang korang nak jenguk-jenguk kan.

Oh ye, saya tak dapat apa-apa komisen pon. Saje suka-suka tolong kawan kan. Ha..ape lagi, pergilah singgah! ;)

Nak cari tops, pants, killer heels and apa-apa tentang style and fashion jengah ke The Shoplifters.

Nak cari branded and designer handbag, mostly 2nd hand la, jenguk kat Bag-aholics.

For those who are getting married or engaged, if you're looking for make up artist you can check on her blog Aira Beauty Touch (A.B.T)

Fine! Korang tak dapat apa-apa diskaun pon kalau sebut nama i! he he he. But obviously mereka mengenali saya! ;p


Shh...pernah mencuba jual baju, at last saya yang pakai semuanya! ;D

Siapa ada organizer 2010 lebih?

Saturday, February 27, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Agak lambat sangat i nak cakap pasal benda ni sebenarnya. But i really need this!! AN ORGANIZER for 2010. Every year, memang i akan dapat FREE from office that i worked for. But this year agak different coz during end of the year, i dah pon resign. So, tak sempat nak dapat organizer. :(

So, korang!!!!!!!!!!!!!!! Sapa-sapa ada organizer lebih-lebih kat office ke, kat rumah ke, bagi la i satu!!!!! Tak terurus pulak hidup ku tanpa organizer nih...! hu hu hu


Shh...nanti i e-mail my address ek! ;)

Hot FM Busking

Saturday, February 27, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash


I am a fan of HOT FM. YE! Dari dulu lagi, memang me and Abg.JOhnny suka layan. In fact, kami juga pernah keudara beberapa kali untuk segmen pagi. Fafau dengan FBI tu. Biasakan diorang pagi-pagi ada topik kan. Ha. Tah macam mana, dapat pulak call. And our call tu diulang-ulang sampai ke weekend. he he he.

So, last 2 weeks kan diorang ade kecoh-kecoh nak buat busking. Pada yang sapa-sapa tak tahu tu, busking tu ialah membuat persembahan di public. Ala, pemuzik jalanan gitu. And Hot FM ade lah bagitau tempat-tempat yang diorang nak busking tu. Kebetulan pulak kami balik KL, so layan kan aje. Hubby ajak mak ikut sekali. First place yang diorang busking is at Central Market. MasyaAllah, dah bertahun kot tak pernah jejak kaki kat sana. Last time i ingat masa sekolah form 2 kot. hu hu hu. Tempat lepak budak-budak KL kan. Mana lagi. ho ho ho.
 
inilah Central Market

Diorang busking about an hour macam tu lah. Sebab after that, diorang gerak ke Sogo and Jalan TAR. Takdelah aku fanatik giler nak pergi kan. Tengok satu show sudah. Adelah beberapa artis yang ikut diorang busking ni. Antaranya, Black yang memang SUMPAH aku salute suara dia! Nyanyi live tanpa microphone pon macam nyanyi dalam radio weih! Ana Rafali, bagi yang tak kenal tu ala...yang fofular lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur tu. Then sapa tah from kump sofaz, and lagi sorang tak berapa nak kenal. he he he. Korang layan je la picture kat bawah ni. ;)
 
ni masa diorang baru nak set up
 
 pembukaan oleh FBI

pemain alat muzik tambahan

Ana Raffali

 
fine. Mak aku pon nak bergambar. ;p

aku pon nak jugak! tp muka aku pelik kan! hish!

 
tu la suraya!
Yang best nya masa busking ni, ada satu mamat pure endon ni pon sama-sama dok tengok jugak. Then dia dengan bangga nya menawarkan diri untuk menyanyi bersama-sama Fafau dgn FBI ni. Part yang best nya, dia nyanyi feeling habis beb! Dah ala-ala artis! Tak tahan aku! ha ha ha. Korang tengok gambar dia, korang sendiri bayangkan lah. ;p

 
tu la mamat tu. feeling lagu mencari jodoh dari wali band tu.

 
dah naik syok!

 
klw korg nampak dia. Mintak la otograp sekali! ;p
.
 .
 .
.

owh..last but not least..
.
.
.
.
.
.
nak jugak! he he he


Shh....mai join kami di Konsert Big Jam di Esplanade, Padang Kota Lama, Sabtu, 6th March 2010, 10pagi-11.55pm

Satu malam di tepi pantai

Friday, February 26, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Last night, hubby treat me since he got his 2nd salary with a BiG amount! wooohoooo! Saya tumpang gembira and tumpang se-pow! ho ho ho

And we decided to try melepaks di Sunset Bistro, Bt.Ferringhi. A nice place to chill i must say. Bayangkan, minum minum, makan makan betul-betul mengadap laut. Dengan desiran ombak yang memukul pantai. Perghh. Layan babe. And i would like to thanks Cik Intan and farahdiba for their effort on providing me the direction ke sana. :)

Since the environment super romantic, hubby start his own word. And bermula lah sesi meluahkan perasaan. It's good actually. Ye la, tak elok simpan-simpan apa yang tak elok disimpan. Kena cakap. So that both party know what's inside. Hmm. As for me, i suka berdiam. Until hubby asked. Then baru i jawab. I know he know's me very well. That's why i love him. :)

And owh. Things that we discussed over dinner termasuklah hal financial planning, and the day that we both will have to be at some other places at the same time. It brought me to tears. Seperti yang dijangkakan. Ye lah. This is the first time after married, we have to be apart. Tak boleh nak bayang sekarang! Tak nak cerita.

Okla. we end up our night sungguh happy dan aman. Hubby nak belanja i shopping this month! Hip Hip HOOORAYYYY!

Sedikit gambar untuk tatapan anda.
 
  
  
  
  
 



Shh...takutnya travel nanti.

Tukar Imej. Wajar ke?

Thursday, February 25, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Did i tell you that i wanted to change my image? Wah! Pertukaran imej gitu. Feeling-feeling artis nok! ha ha ha. No la. Saje. Coz what i can tell you now is, what you see me now is what i am for the past 10 years! wooo! Mak tipu Mak tipu! Maybe 5 years back la kot. When i was in college. Kalau tengok sekarang, aku ni pon macam budak kolej lagi. Padahal, umur pon lagi beberapa tahun je nak cecah 30! Takut takut!

Actually, i confuse nak tukar imej ape sebenarnya. To tell abit of myself, i seorang yang relax. Tak suka nak bersiap-siap bagai kalau nak pergi mana-mana pon. BUT! Tang make up tu, beriya-iya jugaklah! Tapi tak lah beriya macam mak nak gi dinner. Just apply light light gitu. Janji ada eye-liner, blusher! Lipstick mak tak gigih sangat. Sebab bibir mak ni sekali pandang dah macam bibir negro nok! Ko bayang kan lah kalau mak pakai liptick merah nyalo tu! Abg.Johnny pon tak nak jalan sebelah mak tau!! Sedih mak nokk!

Nak tukar the whole wardrobe agak drastik gitu. (ade ke wardrobe? ;p) Meletop pulak poket Abg Johnny. So, untuk permulaan i nak ini. I takde ini tau! Ada sapa-sapa tau mana nak dapat yang murah lah. Ko tak yah la suggest yang mahal-mahal. Mak tak berduit weih! Buat masa ni lah. Bulan depan mak ade duit balik! he he he. Korang tengok-tengok sikit style kat bawah ni. Budget cun tak kalau ngam kat badan i yang kurus kerempeng nih! ;p

 
relax je kan style gini! mude belia gitu! ;)
  
rasa nak gi kerje macam ni lah! cute! ;P
 macam ni pon nampak sofistikated kan. tp nmpk sgt kering kaki aku!

 
it so me!

 bf macam dia? owh tidak! tak cium bau syurga aku nnt! ;p

 jeans+white shirt+blacket jacket! NICE!

 feeling-feeling nak jadi macam Nasha Aziz sebenarnya!

Tak tau korang perasan ke tak. Mak sebenarnya nak cari jaket-jaket yang diorang pakai nih! Macam stylllllle kan? he he he. Baru bole feeling-feeling diva nih! ;)


Shh...Abg Johnny dah gaji! Pow jaket hitam sekali bole?


I'm on the net tooooooooooo!!!!

Thursday, February 25, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

I did send the registration for the first time. Successful! But, my profile still did not appear in the prospective passenger list . So, i try to send another time using another email account. Coz the registration dah filter your 1st email previously. Agaknya, sorang sekali je kot. So, the 2nd time i use my other email. And 2days i waited. I guess, I've MADE IT!!! ha ha ha ha ha ha ha



Tu lah. i suruh try korang tak nak! Cepat-cepat, click kat sebelah kanan ni. kAT NUFFNANG punye ads tu!
Sini pon boleh lah! Experience Extraordinary Western Australia.

Cepat!!! Lagi 7 hari je! Nak bagitau sekali, Abg Johnny pon tersenarai. woot woot

Previous post


Shh...JANGAN BACA! Memalukan sungguh application i tu! ha ha ha ha

Best Best!

Thursday, February 25, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Diwaktu ini, aku masih di atas katil. Hmm. Malas nye nak bangun. Perut lapar. Sebab tu la agaknya aku kurus kan? Lapar, tapi malas makan! he he he. Macam, nak terkencing, tapi malas nak gi toilet. Ha..tapi kalau nak terbe.....k..tak boleh tunggu-tunggu. Lagi pulak cirbir (singkatan dari ciritbirit)!  Mahu berpeluh-peluh nak tahan tu. hu hu hu

Okay. Bangun-bangun je rasa best. Sebab aku mimpi beli basikal. ha ha ha. Entah kurun bile lah aku dapat belikan. Hmm. Nak nak dah start kerje nanti. Basikal ke mana. Duit pon kemana. he he he. Unpredictable. ;p

Semalam, aku ingat tarikh dah 28hb! Rupenya baru 24hb. Haish. Lambat lagilah gaji rupanya. Bukan gaji i lah. Gaji suami i! he he he.


Shh...terasa nak pow beli kasut lah!

The Change

Wednesday, February 24, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Ada sebab kenapa aku rasa tak best. Jangan tanya kenapa. Sebab hanya aku saja yang ada jawapannya. Aku tak harap orang nak baca apa yang aku tulis. Sebab aku memang suka bemain dengan perasaan sendiri. Tak salahkan?

15th February. Tarikh yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Sejak dari itu, aku jadi seorang yang tak best. Aku benci drama-drama emosi. Aku benci orang bijak pandai. Aku benci aku. Aku benci sebab aku jadi tak best. Dan aku dapat rasakan, orang sekeliling aku pon jadi tak best. Aku dah jadi pemalas. Aku dah jadi pemarah. Aku dah jadi pendengki. Hati aku dah busuk. Aku rasa lah.

Aku tak sabar nak solat. Aku nak mintak petunjuk. Aku nak mintak dibersihkan hati semula. Aku nak jadi aku yang dulu.


Shh...they said people change. I think so.

Pemarah ke Baran?

Wednesday, February 24, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Apa perbezaan antara dua perkataan diatas ek? Hmm. Korang tahu tak, macam mana cara paling senang nak tengok werther your partner tu pemarah/baran ke tidak.

Senang je. Tengok cara dia drive. Kalau sikit-sikit nak hangin, tak sabar, suka memaki hamun, ha...dah memang SAH lah dia seorang yang pemarah/baran. Orang-orang dari golongan ini sebenarnya bukan lah saja-saja nak jadi pemarah, tapi mereka-mereka ini disebabkan oleh sifat kesabaran yang kurang. Cuba kalau diorang sabar sikit? Tak timbulnya sifat marah tu. Tapi kalau dah memang masa drive kereta depan tu bawak 20km/j..aku yang penyabar ni pon boleh jadi HULK tau! hu hu hu

Kenapa boleh jadi tak sabar? Hmm. Aku pon tak tau. Actually ini korang kena didik diri sendiri sebenarnya. Dulu, aku pon tak sabar orang nya. Baran pon ye jugak! Asal apa je tak dapat, memang maki hamun punya. Lagi-lagi kalau cari barang tak jumpa. Memang mengamuk la kan. Tapi i learnt a lesson. So, sehari demi sehari aku belajar untuk bersifat sabar. Bermula dengan orang mengata pasal aku, hina aku, pukul aku, apa-apa lah yang boleh menyakiti hati aku. Aku hanya diam. Aku capai hp. And dalam draft ade aku save "Dugaan...". Aku save dari October 2008. Sampai sekarang ada lagi. Aku akan menangis, confirm la. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Bukan kita diam bermakna kita bodoh. TAK! Kita diam supaya orang akan turut diam. Manusia ni, selama mana pon nak aktif. Lama-lama senyap lah! ;)

Jadi, setiap yang berlaku atas diri kita semua sudah tertulis. Ko nak tergolek dog kat depan kedai cino tu pon sebenarnya dah tertulis. Kite je tak tahu. Tapi, ingat! Berdepan dengan orang yang panas baran ni banyak cabaran nya. Banyak juga dugaan nya. Antara sabar dan tidak je.


Shh...apa orang nak cakap, cakaplah! Aku sabar je.

Nak Cari duit lebih?

Wednesday, February 24, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

I received a mail from a friend, apparently bukan dia sorang je yang hantar. Ada beberapa orang lagi yang hantar the same email and content. I guess it's not a spam. It's kind a make-money program. Cuma, you tak payah keluar duit sesen pon. So, still tak rugi apa-apa kan. Kalau macam sesetengah MLM tu, you have to pay some amount to register yourself, baru bole start kan. And  this is different. So, both party still tak rugi apa-apa. Dapat duit takpe, tak dapat duit takpe. Tak rugi apa-apa pon.

Macam mana korang boleh dapat duit dengan register Catcheye.com ni? Hmm, as what i read anda akan dibayar untuk setiap orang yang register bawah anda. So, lagi ramai kawan-kawan you register, banyak la kot. Wallahualam.

So, kalau korang nak cuba-cuba try cari duit lebih, cuba try click INI

Atau ini Catcheye.com


Shh...tak rugi mencuba kan...

Wishlist 2010

Wednesday, February 24, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Malam tadi sembang sumbang dengan hubby macam biasa. And i think, i should put up one wishlist so that i know which one i should buy first according to priority. he he he

So, the list below will be increase or decrease from time to time depends on mood semasa. ;p

1. Akuarium - Dari dulu i nak, tapi sampai sekarang belum berkesempatan nak beli.
2. Basikal - It's going to be my hobby for 2010. Nak try join Azea, A'an, BF Sada dan yang lain-lain yang bersungguh2 ajak aku kayuh nih!
3. Blackberry - Tak penting actually, but in some way dia macam WAJIB pulak! ;p
4. Anya Hindmarch Hanndbag- Fine! This is my lifetime wishlist! I'm gonna get this! ;)
5. Tods Pump Shoes - Harus! Harus!
6. Volkswagen Golf GTI

Ini je kot dalam kepala hotak aku sekarang. Sehingga bertambah lagi... ;)


Shh...i tanya hubby dia nak bagi ape kat i for my birthday this year, dia cakap.. "Kasih Sayang" *sigh*

Nak beli beskal lah!

Tuesday, February 23, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

This few days i just realize that we are out of activities here. Hmm. Takde tempat nak jungle trecking, wall climbing. Kat KL pon memang i tak selalu buat those activities, but at least we know the places. So, bila terniat nak pergi, bole pergi je. The last we went for jungle trecking pon on last December dengan hubby's officemate. Tu pon ramai-ramai. Syok jugak la!

Here in Penang, aktiviti tepi pantai banyak la. Entahlah. Tetibe i just want to do something that i can make it as a hobby. And suddenly terpikir nak beli basikal. Tapi confirm i makin kurus kan? Ye ah, berbasikal ni bakar kalori beb. Tapi boleh mantapkan stamina kan..Bagus jugak! Hmm. The last time i cycle, rasenya form 3 kot. Pastu, basikal hilang, terus stop! Sekarang nak main basikal, hubby xsupportive pulak. Dia cakap semalam, tak nak orang cakap kita tiru. Huh? I mana ada tiru sapa-sapa. I memang nak cycling. Lagi pulak, sebelah condo i ade trail for cycling. Memang ramai orang cycle kat sini. So, excited la sikit.

So, anyone yang tersinggah to my blog, any suggestion for beginner like me at an affordable price la. Tak mo mahal-mahal, aku tak dak duit! Kalau ada tau siapa-siapa nak jual 2nd hand bike pon, do let me know. ye! Terima kasih. ;)

 
i suke yang ini!!  T_T
Shh...bulan ni xdak duit. bulan depan boleh kot. ;p

He's on the net!

Monday, February 22, 2010 / Comments (6) / by Skinny Yash

the un-expected suspect. ;)



Ape-ape pon, wish him luck! eh bukan, Wish US luck! :)


Shh...like i said, maybe we will be the chosen extraordinary passenger! InsyaAllah ;)

Labah-labah buat aku gelabah!

Monday, February 22, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Korang pernah ade cerita yang menakutkan didalam kereta tak?

Macam ni, after karaoke bersama Mak Tam and Pak Tam di the Garden (tempat biase!), me and Abg.Johnny pon terus ke kereta. Masuk-masuk je, i ternampak seekor anak lipas berlegar-legar tepi pintu. OOMAIGOT!! Sumpah geli! Aku terus bukak pintu and membuat cubaan halau anak lipas tersebut. Zasssssss..terus hilang. Okay. Kami memulakan perjalanan pulang. Tetiba muncul sekor lagi atas dashboard. Tak tau la ini sekor yang sama, atau adik beradik dia. Tapi serupa je. Zaaaaaaass....Abg.Johnny bagi. Dia geli jugak sebenarnya, tapi lebih kepada berlagak macho. ;p Okay, fine! Kereta ku dah macam Zoo! (berkata-kata dalam hati je nih!)

Keesokkan harinya, bangun pon dah petang. Slumber aku bangun lambat kat rumah IL. Slumber kan?! ha ha ha. So, planning nak balik umah my mom. Baru mula perjalanan dalam tak sampai 5minit, seekor labah-labah bersaiz kecik sikit dari muka korang okay tipu! lebih kurang besar tapak tangan! Serius besar okay! berada betul-betul kat tempat pembuka pintu aku. Padahal sebelum tu, baik punya cilok aku dok betul-betulkan aircond side aku tu. Takde pulak dia kat situ. Dan dan nampak, ape lagi..menjerit la aku!! Okay siapa tau cara aku menjerit, sila imagine. Aku bagi masa 5 saat. (.........................) okay. Dan dalam dok menjerit-jerit ketakutan dan kegelian aku terus melompat kebahagian belakang tempat duduk. Apa yang aku boleh dengar dari mulut si Johnny, "wooow shit! Besarnya!" Yang aku dah gedik-gedik nak nangis kat belakang, nak turun!

Dalam seminit gitu, Johnny berentikan kereta. Dua-dua melompat keluar. Aku dengan tanpa kasut/selipar. Tepi jalan! ha ha ha. Keluar je, tengok-tengok dia dah kat cermin belakang. Damn! Ape lagi, Abg Johnny kasi zaaaaaaaaaaaasss. Okay fine! Tak tau dia pergi mana. After 10minutes checking here and there kami bersependapat terus ke carwash berdekatan. Sambil orang tu dok cuci, kami dok perati mana tau spider tu ade lagi kan.

Sampai ke harini, status spider tu unknown. So, bila malam je nak drive masing-masing takut. Ye la,mana tau tiba-tiba mendarat plak kat part mana-mana. Lagi pulak Abg.Johnny suka pakai kain drive! hu hu hu. Kesimpulannya, kereta kami sekarang penuh dengan ubat gegat! Naik 5 minit je, bau confirm melekat! muahahahahhaha


Shh...aku still tak paham, kenapa tiba-tiba ada lipas dengan spider dalam kereta aku! Ada orang nak sabotaj kah? T_T

Bercuti FREE ke Western Australia?

Monday, February 22, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

 

 
courtesy Galenfrysinger

Teringin? Tapi takde duit? Ha..ape lagi..korang try click click kat Nuffnang Ad sebelah post ni. This is a chance for you to win a truly epic journey worth RM45,000. Korang tak nak ke?!

Senang je. But first and foremost, you have to check the Extraordinary Route before your trip. Situ ade date for each of the leg/trip. Then, kalau korang rasa macam available je kan? Ha..register lah! Mana tau rezeki kan! :)

Fill in the blank. Macam biasoo! Semua contest pon macamni. Kalau korang malas, tak dapek den nak nolong eh! Yang bestnye, cuma ada 2 soalan je diberi. Bukan soalan menguji minda pon. Soalan more to you honest and sincere answer. he he he. Bantai pi la jawapan nya. But in english ye! Dan of course this is for whoever yang funny, interesting, tak malu-malu hanj, adventurous. Sebab, the journey takes you by a super extraordinary taxi! And you as a extraordinary passenger! And owh, jangan takut you can chose who you wanted to bring IF you terpilih lah! And last bust not least, this is a chance for you to go for holiday for FREE and being FAMOUS!!!

So, ape lagi!!! Register!! The closing date will be on 5th March 2010. Tak banyak masa lagi nih! ;)

Just click Nuffnang Ad kat sebelah kanan blog i ni. Tak pon, click je la sini!


Shh...kelakar bile baca Johnny nye jawapan. :)

Pilihan demi pilihan

Monday, February 22, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Last week i received an invitation to the pre-assestment test for FREE Course for SAP module..! Hmm..it's an opportunity sebenarnya. Sebab free. Ye la, nak attend course je dah 30k. Mana nak cekau duit. So, it some kind of MDEC nye programme for whoever yang jobless.

I did applied for it sometime ago. And baru je aku dapat offer kerja. Benda ni datang. Hmm. Satu rezeki. Tapi i have to make a choice here. I need money. Yes! Sungguh susah bila tak kerja ye puan puan. Nak beli itu terbatas, nak beli ini tak bole. Sekurang-kurangnya, kalau ada duit freedom sikit nak membeli. And of course, duit tu adalah untuk membayar hutang piutang aku! Itu memang tak bole lari la kan. Kalau bukan aku yang nak kena membayor nye, takkan nak suruh Abg.Johnny pulak kan?! Hmmm.

If i take the course, which will start on the same day with my new job, i have no income for few months lagi. And tak tau pulak when will the job opportunity drops by. So, i decided to take up the job as my priority. I belief, rezeki ada dimana-mana kan? He he he he... Mana tau dapat jadi passenger on the extraordinary taxi ride pulak kan? Siapa tahu?


Shhh...Thanks Bert budak bijak for your info!

Pulang ke pangkal jalan..

Sunday, February 21, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Ehem!

Esok pagi mahu pulang ke Pulau Mutiara kembali!

Yeay!


Shhh...Rindu rumah lah! ;)

Wajah Baru lagi!

Thursday, February 18, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Chop!

Korang rasa, korang suka tak template baru aku ni?

Komen sikit korang! ;)



Shh...masih mencuba tukar sana sini

Kambing Punya Cerita

Thursday, February 18, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Okay, dah berhari-hari tak menaip. Sekarang sudah rindu. Banyak sebenarnya nak cerita. Satu-satulah.

Kambing Punya Cerita.

Jumaat lepas on the way balik ke KL, singgah Taiping. Bukan nak cerita pasal kambing seadanya, tapi nak cerita perangai-perangai yang lebih dari hmmm.... Oops, isu sensitif harus berhati-hati. Kang aku kena tangkap dengan ISA pulak. Punah harapan bangsa dan negara! Sesampainya aku di tapak berkenaan, hanya sedih menyelubungi jiwa. Rasa macam nak panggil Karam Singh Walia buat liputan. Tapi, hanya aku sebagai fotografer tak bertauliah. Ah, tak kisahlah. Janji aku menjalan kan kewajipan kemasyarakatan ku. ;) Korang tengok, korang nilai, dan beri komen yang sejujurnya. Bole?

oops..tak sempat nak upload gambar lagi. Korang baca laporan penuh kat sini dulu ek.


Shh...mak mertua aku pesan, jangan tulis-tulis blog pasal ni, nanti kena tangkap! ;p

o..o...o..Balik Bandar!

Friday, February 12, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

KL..MENJERITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!

I balik KL lah harini!


:)

Banyak kerja-kerja ku belom settle. ;(


Shh...singgah Taiping tengok kambeng!

Gaji Maximum!

Friday, February 12, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Sebenarnya nak tulis entry pasal lain, tapi nak hot stori mori punye pasal jadi lain!

Kan i cakap in previous entry, and today that person called me! Walaupon aku dah tau memang aku dapat kan..! It's just some minor thing (minor ke?) yang blom meet to conclusion! Pasal gaji la, apa lagi! And as usual, kalau korang pergi interview, confirm confirm dia tanya what is your current salary and what is your expected. And berbekalkan pengalaman sebelum-sebelum ni, aku mesti cakap amoount yang higher than what i earn now. Contohnya, katalah gaji aku sekarang 5ribu, tapi jangan lah cakap 5ribu..kasi UPP sikit, 5200 ke..5500 ke..then expected you calculate 20-40% from your current salary tu.

Sebab apa tau! Sebab, they all tend to offer lower than you expected. Lain la ko memang gempak bagai kan. Ha..tu lain cerita! In my case, i have to be really honest (tak pernah weih dlm job interview!) just because i was so bored kerana tak dapat kerja lagi! And to be truth, salary wise here in Penang are much more lower than KL. Market sini kecik, if you go for Manufacturing industry then it will be different.

In my case, they ask me to put a range of salary. So, i bagi min and max! And you know what did i get? Haruslah yang MAXIMUM!!!!! wooohoooo! Tak rugi jugak aku datang Penang ni. Still dapat kerja, dapat gaji yang ehem ehem... :) Bole beli kasut....Beli handbag!!!!!!!!! oops...dan juga bayar hutang ceti! Damn!




Shh...Abang Johnny suruh simpan! ;P

Perubahan Cuaca!

Friday, February 12, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Morning Malaysia...!

Eh Eh..tak perasan ke? Blog ni ala-ala berubah wajah la! La..header tu kan i dah tukar picture. Instead of put up my picture alone, I taruk lah picture ala-ala sayup ni! Ha tengok atas cepat!  Kate dah kahwin kan nokk...Takkan nak taruk gambar sorang-sorang pulak! Budget nak glemer sorang!

Kenapa aku taruk entry pagi-pagi rabun nih?! Hmm, pertama, bangun pagi ni mood tak best! So, Tak suka! Kedua, sudah beberapa hari ni, aku tengok jam yang tertinggi reader start blog hopping jam 9 pagi dan jam 3 petang! Betul la nok, i dulu time kerja pon, sampai-sampai office je on laptop, on terus facebook, blog, YM..Macam antara perkara wajib la! Nak pulak memang yang setting login when start windows..ha..amek ko! Bukak-bukak laptop je, kelam kelibut semua benda nak keluar! Tak dan dan!

Biasa lunch antara Jam 12 sampai 2 petang kan? Ha...lepas tu, confirm sangap balik! Almaklumla, makan sudah..kenyang pon sudah. Feel perut kenyang tu, bagai disorong bantal! Mahu Mahu! Ha..time ni, korang pon sibuk gugel sana sini kan. he he he Sampai lah nak tunggu jam untuk pulang! Kesimpulannya, korang betul-betul buat kerja hanyalah separuh dari masa bekerja kamu. Tak pon, kurang dari separuh! Selebihnya, makan, cakap telefon, YM/msn/Skype, fesbuk, baca blog, pegi meja kawan, gossip-gossip, lepak pantry, gossip-gossip lagi, turun hisap rokok, pergi toilet, pergi surau, singgah cafe, singgah kedai mamak tengok magazine..Ha...amek kau!!!

Benda-benda ni yang korang memang tak lepas dalam satu hari! ha ha ha. Betul tak?


Shh...entry 2jam 1 tak berhasil! ;p

Sangap!

Thursday, February 11, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Later after amek hubby nak gi jalan-jalan tepi pantai. Hmm. Dah 4 hari aku dok terperap je kat rumah ni. Sangap gile kepala. Serious tak bole lebih dari 3 hari tak keluar rumah. Boleh jadi gile aku.

Hmm..nak masak kuew tiau goreng lah! Bole feeling-feeling makan tepi pantai! he he he he


Shh...semakin hari, semakin malas pulak nak masak. ;(

Terima Kasih daun keladi!

Thursday, February 11, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash


Fuyooooo!! Nuffnang i dah naik jadi RM22.43! he he he..Terima kasih pada yang click. and Owh..terima kasih Nuffnang kerana menaikkan total duit ku, walaupon brape sen sangat. Janji ado ye tak...he he he. Macam ni, mahu tunggu 2 tahun lagi baru dapat cash kan duit nya. ;p

Takpela, janji ada duit sampingan daripada takdo. Bagus jugak Nuffnang ni, siap ada analytic bagai. Yela, atleast korang boleh tau dari mana readers korang, from which blog, and brapa ramai readers korang. Pheww...mudah nak check la.

Cop! cop!

Untuk warga Nuffnang!

Terima Kasih Daun Keladi, kalau baik hati, tambah lah lagi! ;)


Shh...rasa-rasa Nuffnang jenguk blog i tak? ;p (cas diva plak!)

Tak sempat lah!

Thursday, February 11, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Eh eh..dah 2jam ek..cepatnya..! tercabar jugak nak buat cabaran mencabar nih! adoi!

Dari 2jam yang lepas..apa yang aku berjaya buat.

 akak sidai baju la nokkk!

 
dah tengah hari, baru nak sidai? ape kes?

Actually, baju batch pertama dah pon disidai pagi tadi. Ni batch kedua okay. Baju kerja abang Johnny and telekung jalan-jalan saya! Buek nya mak mertua terlalu lah kat kaki lima tu, nampak pulak aku baru sidai kain..kes nayo! Apo kes pukul 1 lebih baru nak sidai?! ha ha ha ha. Ha..korang tau sidai baju tak?

Takdelah mak sidai baju sampai 2jam kau.....selebihnya..mak ade kat sini! Tu..kat bawah tu...
 
roti tu breakfast punye, kunci rumah, sipi-sipi tu paper harini, yg GABAK tu laptop aku lah!

Ha...untuk yang tertanya-tanya, pasal entry ku yang lepas, sebahagian dalam lori tu, inilah dia! he he he. Kerusi baru kau...! Barulah feeling-feeling best gitu! :)


Shh...mak aku cakap, terbalikkan dulu baju-baju tu sebelum sidai! ;p

Cabaran

Thursday, February 11, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Saya memasang niat untuk menulis blog satu jam sekali..eh tak tak..2 (dua) jam sekali!

Boleh ke?

Kita try okay. See you at my next post jam 1.30petang.


Shh :  caiyok caiyok

Lelaki oh Lelaki

Wednesday, February 10, 2010 / Comments (3) / by Skinny Yash

Kalau orang lelaki tak paham macam mana orang pompuan berfikir, Saya dengan berbesar hatinya mewakili orang pompuan, tak paham macamana orang lelaki bertindak. Hmm. Korang paham tak? ho ho ho

Contohnya, kadang-kadang orang lelaki ada yang lepas makan, tak bawak pinggan terus ke sinki sekali. Padahal diorang memang nak basuh tangan pon. Kenapa ek? Maybe diorang ni rasa ada orang pompuan kat dapur yang boleh tolong angkatkan. Tapi..kenapa diorang tak angkat je sekali kan? Kan senang... Hmm..

Actually, this is in general. Mungkin ada antara kamu kamu diluar sana tak bersependapat dengan saya. Takpe. Korang boleh utarakan pendapat korang. Tapi itu pendapat saya lah! ;p


MissSilent Says: Lelaki vs Perempuan. At the end, mesti lelaki menang kan? Teringin pulak nak jadi lelaki. ahaks!

Dikesempatan itu...

Wednesday, February 10, 2010 / Comments (4) / by Skinny Yash

Kadang-kadang aku berbangga ada kawan-kawan yang sentiasa ingat aku bila sampai-sampai waktu nak kawin ni. Bukan depa nak jemput, tapi nak tanya itu ini. Ha..ko tak tau mak tertonggeng terbalik nak buat preparation. Dari engagement, sampai lah ke hari persandingan, semua aku kene uruskan. Tapi family pon ada tolong gak sana sini. hi hi hi

Kalau tanya i, for hantaran buat sendiri or patut tempah siap? Baik korang buat sendiri. Saveeeeeeeee duit nok! Banyak lagi benda lain nak pakai duit. Sekarang korang tak perasan la. Tunggu nak dekat-dekat nanti, duit mengalir macam air siot. Nampak tak nampak je dia mengalir tu.

Dikesempatan ini, i nak congrats Diana & Fandy dan juga Nana & Zack for your engagement nanti. Both of you pernah baik dengan i and in fact sampai sekarang, tapi malangnya, aku tak boleh pergi!! hu hu hu

edited: Ah!! Macam mana bole lupe nih!!! And Congrats in advance to Mak Thonk & Wak Thonk!! Their wedding will be on April. And untuk kesekian kalinya, aku nak mintak maaf lagi!!!!!Sebab......HUargghhhhh! *nangis lagik!

MissSilent Says: Sesungguhnya, preparation itu sangat memenatkan. Tapi bila dah settle, rasa macam nak buat lagi sekali ;)

Entry Lemau

Wednesday, February 10, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Macam dah lemau pulak nak update ni kan..Hmm..the past weekend, aku dengan Abang Johnny duduk kat rumah je. Melepaks. Dari pagi sampai ke petang. Bile kepala dah rasa macam sempit, malam lepas solat maghrib baru keluar. Mana lagi, tak Queensbay, Gurney..Tak Gurney, Queensbay..Bukit Jambul..? Sorry...tempat rempit giller okay. Tapi kalau i bosan-bosan pergi jugak. Sebab dia banyak kedai2 jinjang. ha ha ha. Sumpah menarik. Murah-murah belaka. :)

Dah few days lemau tak menulis ni, lupe plak apa yang aku buat for the past few days. Yang aku tau, aku tak hantar abang Johnny ker kantor. Sebab dia pergi sendiri. Memasak pon ala kadar ajoooo. Semalam masak udang masak lemak cili padi pon macam tak jalan..sebab tak berapa nak menjadi nya! ha ha ha. Maklum la, first time kan. Aku bukan makan sangat masak-masak lomak ni..tapi pikirkan si HUBBY yang suka pedas-pedas, mak pon try la. Mano nak tau, tak jadi! ha ha ha

Ha..tapi kalau bab-bab kuew tiau goreng...ni diaaa...mami dari Kay elle mai..sedap punya!! he he he..Kalau ade rezeki, korang datang rumah, mami masak no! he he he

Eh, lagi 46minit ayam golek mami nak siap....be right back...


MissSilent Says: sejak 3 hari dok jaga kedai....

Bila Bapak Mertua pon ada facebook!

Saturday, February 06, 2010 / Comments (7) / by Skinny Yash

Okay. This scares me okay. I was actively and emotionally playing Poker, suddenly got friend request. Ini bukan friend request, tp FIL request dah ni. hu hu hu Kalu korang, accept ke..? Dengan keadaan profile aku yang huru hara ni, Album2 zaman kegelapan lagi, adoi.. Mak poning sudah.

Nanti mesti macam dah takdak privacy kan? Nak marah2, nak taruk status macam gampang ke..Aduhai. Dalam dilema aku. Anyway, all my family member pon ada facebook. Tapi, ye la, family sendiri kan. Dah tau buruk perangai anak nya. he he he Dulu masa my dad add i pon, berzaman gak aku nak accept. Sampai dia tanya i apsal tak approve. ha ha ha. Dah kawin, barulah aku approve. ha ha ha. Nak bising-bising pasal activity before kahwin tak boleh lagi, coz anak dia ni pon dah kahwin. he he he. Ala..Abah nak bising-bising pon tak bole, dulu dia dengan my mom pon dok clubbing sana sini, anak tinggal kat lobby hotel makan. ha ha ha ha

FYI, Bukan FIL je, MIL pon dah ada facebook. So, macam ni..? Aku sudah gelabah biawak ni. Adoi ai.



MissSilent Says: Tetiba aku tak keruan.

Alhamdulillah...

Friday, February 05, 2010 / Comments (6) / by Skinny Yash

Hey Hey Hey

I got the job!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah...ini semua rezeki dari Allah...



MissSilent says: Kami masih tersenyum. ;)

Pintu Rezeki

Friday, February 05, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Hafoooooooohhhh.......hish..bersawang dah! *sambil meniop2 dicelah2 dashboard*

Sudah seminggu saya berkabung.. ;( Kenapa? Nanti saya cerita ye!

Btw, semalam buat perut ku rama-rama ada dalam. hi hi hi Macam-macam pe'el kawan-kawan saya ye. Kengkonon, ingat saya ada baby inside. Hellllloooo.....sila lihat kalendar ku di previous post ye. Tak mungkin la saya dah pregnant kan? ha ha ha

okay. This past 2weeks, saya dah mulai bosan. Ye! I boring okay! Duduk rumah, hari-hari routine yang sama. Aaaargghhhh. Hubby pulak mood kejap okay, kejap tak. Depends. And me, i realized seperti hilang arah. ha ha ha Nak manja-manja dengan hubby, kadang-kadang tak kena masa pulak. Haish. So, i became more emotional. Sikit-sikit nak nangis. ha ha ha. Ye. Saya nangis. Nasib hubby dah semakin gula. *wink* (pujuk tu.......) Kalau dulu time bercinta, nak harap dia pujuk, Hampeeeh....he he he. Itulah suami ku. Apa-apa pon, hidup ku dah semakin tak best. TAU!! Boriiinggggggg!!!!!!

Chopppppp!!!

Semalam ada berita baik lah. Sebulan ku tunggu, harinilah masanya. Ye! Saya ada interview lah! Dekat mana? Kerja apa? Nanti lah baru cite. Tak dapat lagi kang poyo je lebih. hu hu hu. This morning pon, ada someone call for another interview. Suprisingly, from the same company but for a different division. Syukur.......Alhamdulillah..Rezeki agaknya..Tapi, selalu macam tu kan? Dah sebulan menunggu, takdak khabar berita..tup tup..datang sekali gus. :) Apa-apa pon, itu semua Rezeki dari Allah..Kita cuma berusaha, dan sabar. :)

Okay, i nak mandi-mandi..nak study apa-apa yang patut and get ready.

Wish me LUCK korang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


MissSilent Says: Hati kecil ku cakap, aku confirm dapat job ni. Hmm. InsyaAllah, kalau ada rezeki.