Labah-labah buat aku gelabah!

Monday, February 22, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Korang pernah ade cerita yang menakutkan didalam kereta tak?

Macam ni, after karaoke bersama Mak Tam and Pak Tam di the Garden (tempat biase!), me and Abg.Johnny pon terus ke kereta. Masuk-masuk je, i ternampak seekor anak lipas berlegar-legar tepi pintu. OOMAIGOT!! Sumpah geli! Aku terus bukak pintu and membuat cubaan halau anak lipas tersebut. Zasssssss..terus hilang. Okay. Kami memulakan perjalanan pulang. Tetiba muncul sekor lagi atas dashboard. Tak tau la ini sekor yang sama, atau adik beradik dia. Tapi serupa je. Zaaaaaaass....Abg.Johnny bagi. Dia geli jugak sebenarnya, tapi lebih kepada berlagak macho. ;p Okay, fine! Kereta ku dah macam Zoo! (berkata-kata dalam hati je nih!)

Keesokkan harinya, bangun pon dah petang. Slumber aku bangun lambat kat rumah IL. Slumber kan?! ha ha ha. So, planning nak balik umah my mom. Baru mula perjalanan dalam tak sampai 5minit, seekor labah-labah bersaiz kecik sikit dari muka korang okay tipu! lebih kurang besar tapak tangan! Serius besar okay! berada betul-betul kat tempat pembuka pintu aku. Padahal sebelum tu, baik punya cilok aku dok betul-betulkan aircond side aku tu. Takde pulak dia kat situ. Dan dan nampak, ape lagi..menjerit la aku!! Okay siapa tau cara aku menjerit, sila imagine. Aku bagi masa 5 saat. (.........................) okay. Dan dalam dok menjerit-jerit ketakutan dan kegelian aku terus melompat kebahagian belakang tempat duduk. Apa yang aku boleh dengar dari mulut si Johnny, "wooow shit! Besarnya!" Yang aku dah gedik-gedik nak nangis kat belakang, nak turun!

Dalam seminit gitu, Johnny berentikan kereta. Dua-dua melompat keluar. Aku dengan tanpa kasut/selipar. Tepi jalan! ha ha ha. Keluar je, tengok-tengok dia dah kat cermin belakang. Damn! Ape lagi, Abg Johnny kasi zaaaaaaaaaaaasss. Okay fine! Tak tau dia pergi mana. After 10minutes checking here and there kami bersependapat terus ke carwash berdekatan. Sambil orang tu dok cuci, kami dok perati mana tau spider tu ade lagi kan.

Sampai ke harini, status spider tu unknown. So, bila malam je nak drive masing-masing takut. Ye la,mana tau tiba-tiba mendarat plak kat part mana-mana. Lagi pulak Abg.Johnny suka pakai kain drive! hu hu hu. Kesimpulannya, kereta kami sekarang penuh dengan ubat gegat! Naik 5 minit je, bau confirm melekat! muahahahahhaha


Shh...aku still tak paham, kenapa tiba-tiba ada lipas dengan spider dalam kereta aku! Ada orang nak sabotaj kah? T_T

2 Pengkomen:

tembun @ February 23, 2010 at 9:40 AM

hahahhahhaa
kelaka la u..
uishh tapi i pun rase i akan gelabah kot.
lagi2 LIPAS!!!!i hate LIPAS!
apa kata u riksek je kete u.
:P

Skinny Yash @ February 23, 2010 at 11:25 AM

riksek satu botol habis dlm mase 2minit! habis satu kete i sembur..! ubat gegat..satu plestik campak dalam kete..so..can u imagine bau dlm kete i cmne..? ha ha ha ha ha ha.

ooh..siap ade rumah lipas i beli! (konon2 perangkap lipas!) ;)