Sunny Sunday Shopping!

Sunday, February 28, 2010 / Comments (2) / by Skinny Yash

Sepatutnya plan to try nasi kandar Istimewa Shariff kat Gelugor, end up pergi Nasi Kandar Line Clear sebab yang kat Gelugor tu tutup. Tak kisah la, janji dapat makan. :)

And, aku telah menempah sejarah persendirian apabila mengorder makanan tengahari dengan harga RM21.20 sepinggan, yang hanya berlaukkan 2 ketul bapak udang! ha ha ha ha. Nasib habis kau! Dulu i tak berapa pandai sangat makan nasi kandar ni, nak-nak pulak jenis kuah-kuah banjir ni kan. Tapi, nak blend in punye pasal. Kena cuba jugak! ha ha ha ha.

Lepas makan, terus ke Gurney Plaza. Kan Abg Johnny dah janji nak belanja saya bulan ini. *senyum senyum* Bersempena nak start kerja baru esok, teringin benor lah nak pakai baju and kasut baru. Tapi apekan daya, aku ni berbadan GEMUK sangat! So, susah nak cari size! Semua macam longgar je! hu hu hu. Bosan! So, terus ke Charles & Keith. Oh ye, kat Penang ia hanya ada di Gurney Plaza sahaja. Try punya try, sambar 2 pasang! yeay! Abg.Johnny tunggu di kaunter! *mmmmuaah...* Satu ciuman sampai di pipi Abg Johnny! he he he. Thanks sayang!

Habis shopping, sambung shopping groceries kat Tesco pulak. I prefer beli barang kat sini. Cantik-cantik sikit barang nya. :) And we had early dinner kat Chicken Rice Shop. As per Johnny, it will be his last grand meal. Sebab dia nak start diet dek kerana mesin menimbang berat telah menunjukkan angka hampir 100kg. muahahahahaha. Bagus jugak dia start diet, tak payah masak beriya-iya sangat! he he he


On the way back, kami riki riki jalan untuk ke tempat kerja baru saya. Ye la, takut tak ingat jalan pulak. FTZ Area ni dah la banyak jalan! Nasib simpan lagi Cik Intan punya direction! Membantu sungguh! ;)


Shh...nak menggosok baju Abg Johnny...menjerit dia kang! ;p

2 Pengkomen:

diana luna @ March 1, 2010 at 6:47 PM

hampir 100kg?? biar betul...

Skinny Yash @ March 1, 2010 at 7:20 PM

ye betul!! hu hu hu