Andartu? Sensitip lah!

Monday, October 25, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Jodoh ditangan Tuhan. Tapi tak mungkin lah jodoh tu nak datang bergolek-golek depan hang kan? Kita sebagai manusia ni haruslah berusaha. Bukan berusaha dengan ngorat feewit-feewit tepi bus stop je, berusaha solat..semoga Tuhan pertemukan jodoh dengan hambaNya yang soleh dan solehah gitu. :)

Aku dulu selalu terfikir, ada ke jodoh untuk aku dikemudian hari? Takut dowh kalau kita memang ditakdirkan anak dara tua..atau..andartu..Harus semua perempuan takut kan...lagi-lagi term"andartu" tu sangat la sensitip kat kite orang-orang pompuan ni. Tapi, umur berapa yang sebolehnya kita dilabel "andartu"? 30? 40? atau...28?

Aku ade beberapa orang rakan sebaya. Yang sekarang tak kawin lagi. Ada yang ada Boyfriend, tapi belom sampai seru agaknye..:) Ada jugak yang masih ber hu-ha hu-ha..Dan ada jugak yang masih mencari-cari..Nak kata lelaki kurang kat Malaysia ni, tak jugak! Berlambak je aku tengok! Ke korang kaum perempuan ni memilih sangat???! Hmm. tu pon satu penyakit jugak tu! Nak yang kaya raya je. Hensem nak macam Hans Isaac. Taste tak mau kalah. Tulah! Haiih...

Tiba-tiba mak message. "Ada orang nak datang merisik." huh? Aku berpendapat..Tak terlalu awal ke?! So..bagi korang..18? 21? 25? Itu dikira awal ke kalau kahwin? Bagi aku, tak guna lah bercinta bertahun-tahun tapi sampai bab kahwin, senyap! Memang kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Itu semua kan Jodoh dan ketentuan Tuhan. Kalau benda baik yang datang, takkan kita nak menolak. Ye tak?! Dah tentu-tentu, semua benda baik datang dari Allah S.W.T :)

Bagi yang masih in-relationship tu, saya doakan kamu kekal hingga ke jinjang pelamin. Cuba la hint-hint partner kamu sikit. :) Bagi yang single tu, terus mencari. Jangan redha je! Harus usaha! Macam mana nak tolong korang ek? So, kalau sapa-sapa ada kawan yang single mingle yang nak cari GF buat teman sehidup semati, sila la PM saya ye! :) he he he


MissSilent Says: Adik ku nak kahwin oi! ;)

0 Pengkomen: