Mengundang betullah!

Saturday, December 04, 2010 / Comments (0) / by Skinny Yash

Dikala aku menaip post kali ini, cewah! Jam 1.27am. Masuk hari Sabtu. Kenapa aku tak tido lagi? Sebab aku menunggu laki ku yang tak pulang-pulang lagi! Musykil! Tadi memang la aku hantar dia ke E&O. Company dinner katenye. Aku iye kan aje. Tak sampai sejam, battery handphone habis kate beliau lagi. Ok fine. Sebelum tu, beliau nak suruh balik rumah amek kan laptop, hantaq kat dia balik. Then cakap, xpayah pulak. Pusing. Pening. @_@

Sejurus selepas itu, aku lepak plak kat Makbul, Bayan Baru. Kebetulan Eddy si pengantin baru and wife, Shamsul &wife, Nan and Gie &family pon datang join sekali. 10 Tahun kot xpernah jumpa diorang! hahaha Tak cukop dengan merepek kat FB siang hari, sambung merepek kat kedai mamak. Fine. Tangan sat-sat tengok handphone. Jam tangan menunjukkan pukul 10.30pm "Takde pulak dia msg or e-mail aku..hmmm.." Tergerak hati, nak balik rumah lah! Kang mana tau suami menunggu depan pagar, mau meroyan! hahaha

Sampai rumah. Fine. Tiada tanda-tanda beliau dah sampai. Aku mula korek-korek segala FB, gmail. Bukan korek dia punya lah! Aku tak ingat password dia! hahaha So, korek punya korek, jumpa ini.

Annual Dinner 2010 - Oscar Nite

Agenda yang suami aku pergi tu, sejebon macam tajuk gambar diatas. Yang musykilnye, tarikh dia?! Cuba korang tengok tarikh dia. Aku baru hantar dia petang tadi. Harini bukan 3hb December 2010 ke? Hmm..musykil kan?! Hati tak sedap je ni. Rasa macam nak ambush kat club2 area E&O tu, tapi..disebabkan kereta aku tu, gangster sangat..tak berani pulak! Malam-malam minggu ni, Penang selalu buat road-block! Cis! Tak pela..kita tunggu je la ye... :) Masih bole senyum-senyum lagi nih! ;p


Skinny Yash says: tiba-tiba teringat tweet i malam tadi...

0 Pengkomen: