Pelik Sangat!

Sunday, December 19, 2010 / Comments (5) / by Skinny Yash

I tengok 2-3 tahun kebelakangan ni, semua orang sibuk nak jadik KAYA. Bukan Roti Kaya! Tapi KAYA dengan DUIT! Hmm. What are we doing here on earth? Hidup ni memang untuk mencari DUIT YANG BANYAK je ke? Pelik!

Kalau dulu, kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi. Hidup bersederhana pon, still bole survive sampai berpuluh tahun kat dunia. So, kenapa sekarang korang bermatian nak duit banyak? Mati ke korang tak dapat Chanel or LV handbag tu? Pelik!

Tak kisah kalau korang beriya-iya mengejar harta dunia ni. Bukan bole bawak ke kubur pon. Tapi korang terpikir tak, dalam kemewahan yang korang dapat tu, ramai lagi orang-orang kampung, orang susah, kat hulu-hulu tu, takde duit pon nak beli sekilo beras?! Jangan kata, nak beli beras, roti kering pon belum tentu mampu! So ade korang terpikir tak pasal orang yang kurang segala-galanya ni? Pelik!

Buat apa nak berbangga korang bole beli kereta besar dengan pendapatan 10-100ribu sebulan, tapi orang-orang kampung kat hulu tu masih lagi berkaki ayam? Tak terniatkan korang-korang ni, untuk mengajak orang-orang ni berbisnes sekali dengan korang untuk bantu ekonomi mereka? Pelik!

Yang ko cari, orang bandar! Apa kata ko cari orang kampung tu! Mungkin diorang bole jugak buat apa yang korang buat and mampu buat! Jangan memandang rendah pada mereka. Kalau kita asyik pusing-pusing kat kelompok kita je, macamana orang kampung nak MAJU? Macamana ORANG MELAYU nak MAJU?

Aku bukan lah datang dari keluarga yang senang. Tapi secara jujurnya, aku telah berada di kedudukan yang paling atas which is, hari-hari lunch and dinner di Hotel Lima Bintang dengan suit dress yang mewah. Dan aku juga pernah berada di aras paling bawah which is, hanya makan berlaukkan telur goreng dan kicap! Aku pernah rasa sangat senang, dan aku juga pernah merasakan hidup sangat susah. So, aku tau perasaan korang!


Ini hanyalah untuk peringatan pada kite semua. Jangan lupa bayar zakat. Bukan zakat Fitrah sahaja. Zakat Harta jugak! Bagi aku, aku juga ingin hidup senang. Tapi biarlah dalam keadaan yang sedehana dan bukan MEWAH! Faham tak apa maksud saya?


Skinny Yash says: Pelik! DUIT dah macam in-haler untuk pesakit Asthma!

5 Pengkomen:

DAYANA @ December 20, 2010 at 9:13 PM

hye,i've been ur silence reader for a while n totally agreed wif u..sumtimes i terpk..apa yg sebenarnye kita nk dlm dunia ni?xkan nk kumpul duit je..kalo kumpul pn sampai bila..nway,keep it up..

Skinny Yash @ December 21, 2010 at 11:50 AM

hi! Thanks for reading my boring blog! hahahha. manusia mmg lumrahnye mudah lupa. lg2 bile bab duit. klw ikutkan, lg byk duit, lg xckop. :)

MissB @ December 21, 2010 at 5:52 PM

Duit buat hidup seseorang tak keruan. I pun kekadang tak paham..best sgt ka dapat pakai lv, chanel...gucci...sampai ada org sanggup guna saving, buat loan semata-mata nak keep up with the jones..sungguh tak paham!

susudalambotol @ December 22, 2010 at 9:27 AM

Dan orang sanggup buat apa pun pasal duit. Dah tak kira dosa dah.

Skinny Yash @ December 22, 2010 at 11:33 AM

MissB: betul! sanggup swipe walaupon balance cukop2...semata nak keep up dgn org sekeling2! xboleee blahhh! ;p

Hidd: ye betul! psl duit jgk la org xigt dah org sekeliling...yg dia igt, diri dia sendiri je!