Peringatan

Monday, January 10, 2011 / Comments (2) / by Skinny Yash

Dalam kesakitan aku semalam, terbaca satu message dari seseorang...Purpose? Untuk mengingatkan aku pasal pinjaman MARA yang tertunggak. Yes! Aku akui itu salah aku. And aku terima nasihat kau dan hormat kat kau sebab kau lagi tua dari aku. Tapi...kalau dah subjek utama pasal Pinjaman MARA, tak perlulah kau nak ungkit pasal suami aku! Keluarga aku! Itu sudah lain!

"hutang kat dunia kita mungkin bole lari
tapi hutang akhirat....ko pikirla sendiri"
"ko berbangga g jalan sana sini..shopping sakan"
"XX pun bayar ptptn guna duit sendiri walaupun tak sekaya ko dan laki ko.. "
Ye! Saya tahu. Sesungguhnya saya hutang MARA, bukan hutang suami kamu! Dan, awak sakit hati ke saya ke oversea? Tak kan?! Jadi motif statement "berbangga jalan sana sini" tu..kenapa ek? And pasal shopping sakan..harus sakannnnn! Dah murah kan..kalau mahal-mahal saya tak mampu! :) Anyway, Saya tak pinjam duit siapa-siapa. Oh Duit MARA saya pinjam! :) Sorry, MARA..saya akan bayar balik another RM4,500 yang tertunggak tu ye! :)

"ade byk cara utk berbangga kat facebook tu
ko je yg tak perasan"

 Erk! Sesungguhnya, dari kecil sampai dah kawin ni..saya tak pernah terniat atau berniat nak BERBANGGA-BANGGA dengan apa yang saya ada. Kalau awak fikir macamtu, bermakna awaklah yang salah tafsir. Tuhan Maha Mengetahui. :)

"tak peduli ko nak buka tudung ke nak tayang dada ke..
tapi setiap kali ko berbangga g sana sini shopping
ko sebenarnya berbahagia atas kesusahan abah XX"

Erm..saya rasa ada kesilapan disini. Saya berbahagia sebab ada suami disisi. Dan saya bahagia sebab saya cukop sifat dan rendah diri. Pasal bukak tudung, saya rasa itu masalah saya dengan Tuhan. Sedangkan orang yang bertudung pon, bole dedah sana dedah sini kan..

"kalo tak berpendidikan tinggi, XX malukan ko kat facebook"

Kalau itu kehendak awak, saya terima. Malukan la saya dimana jua. Saya terima. Tak sangka busuk sangat hati tu. Tapi takpela, buat la apa pon, kalau itu bole memuaskan hati dan napsu awak. :) I'm cool.

"ko dengarla cakap org pasal XX ke suami XX ke
ko tgh tabur fitnah ni
ko cakap pasal keluarga org..
pernah XX kutuk keluarga ko yg songsang tu?"

Untuk pengetahuan anda, saya ni tak amek porttttt lansung tentang family awak atau sesiapa saja yang berkenaan dengan keluarga belah Abah saya. Kalau ada pon, saya masih berbaik-baik dengan diorang. Ye la, sepupu gitu kan. Orang tak kacau saya, saya tak kacau orang. Orang bahagia, saya pon tumpang gembira. :) Takde sekelumit pon saya bercakap pasal hal korang. Tuhan tahu. :) Erm..keluarga songsang? Keluarga siapa ek? Saya ke...? atau Abah saya? hehehe. Kurang pasti disitu. :p

"suami ko cari perempuan lain?XX mmg tak heran...
kalo suami ko tak reti respect abah ko sendiri
XX tak heran kalo dia cari perempuan lain
mmg ade gaya kaki perempuan pun
XX sebenarnya tak suka suami ko ni
patutnya die didik ko jd lebih baik
tapi skrg ko makin jauh dari agama dan tatasusila"

Kalau pon suami saya cari perempuan lain, saya dapat Payung Emas kak! :) Macam mak saya! :) Alhamdulillah, sejak kahwin dah setahun lebih ni, ade jugak dia cari perempuan lain. Itu pon mak and adik dia! :) Kalau nak kata kaki perempuan, memangpon! Dulu la! Zaman muda remaja kan..saya pon kaki lelaki gitu! So, kena la kami berdua. hehehe Manusia kan berubah. Ada yang dari baik jadi jahat. Ada jugak yang jahat jadi baik. Sedangkan orang kaya bole jatuh miskin, tak mustahil orang miskin jadi kaya! kan?! Saya pon tak mintak orang suka suami saya. Terpulang pada persepsi masing-masing. Yang nak hidup dengan dia, SAYA. Pandai lah saya jaga suami saya. Dan Alhamdulillah jugak, saya solat pon kadang-kadang berimamkan suami saya. Agama pon masih ada. So, saya rasa takde kena mengena kot dalam konteks perbincangan kita tentang Pinjaman MARA.

"XX bersyukur sbb lebih kaya drpd ko dan suami ko
dari segi tanggungjawab, taraf pendidikan, etika, agama
dan lain- lain
Alhamdulillah mmg bersyukur sgt"

Saya pon tumpang gembira dengan apa yang awak ada dan kecapi. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. :) InsyaAllah.. 

Ini bukan tujuan untuk meng aib kan sesiapa. Cuma aku rasa, orang yang selama ni aku agung2kan dan hormati telah merosakkan reputasi beliau sendiri. Baru la aku tau, tak semua orang yang bertudung itu bersih hatinya. MasyaAllah.. Peringatan untuk peminjam MARA jugak! Sila bayar!!! hahaha.

2 Pengkomen:

» NAJA « @ January 10, 2011 at 10:12 PM

bersabar lah Yash ~ Erkkk walaupun tetiba menyampuk tatau pape..

sebenarnya nak komen pasal MARA..Hahah..saya pun bayar celam celum..maklum lah belum cukup senang kan..hehehe...bayar ikut suka saya je..Bayar sekali 4 5 bulan senyap..bayar lagi..Hahaha boleh bankrap MARA kalau semua macam saya kan..Bestnya siapa 1st class degree dan 3.5 pointer kan..:-)

Farhanah Diman @ January 11, 2011 at 1:32 AM

isu buatan orang kepoh. tak payah layan. :D