Aduhai lah Rumah!

Thursday, June 16, 2011 / Comments (6) / by Skinny Yash

Ha..dah kata pon dah balik KL. Rumah xde lagi ni. Dengan itu bermula la musim survey men'survey. Dari rumah berharga 300ribu, ke 450ribu..alih2 sampai 600ribu. Erk! Kalau ikutkan, itu maksimum nye. Tapi takkan nak sampai maksimum kan?!Gilo apo!

Zaman sekarang, kalau nak beli rumah baru dah confirm-confirm bukan rumah siap. Mahu kena tunggu 3-4 tahun lagi. And that's not me. Aku kalau bole nak yang dan-dan tu bole masuk!hahaha Punya tak penyabor. And macam biasa la, eventhough rumah baru yang siap, kalau owner nye nak jual dikira sub-sales la kan. Ha..Kata pon dah sub-sales, harga rumah tu bole naik sesuka suki diorang up to 30%. Without any renovation! Gila kan! Agaknya diorang main belasah je nak taruk harga. Konon taknak kill the market. But if they think wisely, dari ko over-over taruk harga rumah melampau and takde sapa nak beli, kan ke dah rugi biarkan ia kosong. Ntahla. Mungkin property owner ade kira-kira sendiri agaknya.

Masalah jugak untuk mencari rumah terrace/teres atau double storey/semi-d atau sewaktu dengannya. Yang ada pon, belambak nuuuuunn dekat area Setia Alam, Klang, Nilai, Sg Buloh dan Bukit Jelutong. Klang Valley? Nan adoooo terrace-terrace dah! Takde tanah dah. Semua pon naik condo je! Oleh kerana permintaan rumah teres makin meningkat, maka developer-developer yang ada buatlah rumah teres seperti untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia yang mahukan rumah yang ada tanah sikit nak tanam pokok2 bunga, sayur dan cili. Tapi harga bermula dengan RM 517,xxx.xx. Tak ke gila tu! Itu rumah belum siap. Kalau dah siap? Confirm-confirm 700k! Boleh kerat jari weih!

Dengan pendapatan kita (bukan saya!) sekarang, yang rata-rata jumlah pendapatan suami-isteri dalam 6-8ribu, rasa2 cukop tak? Duit sewa rumah lagi, duit bayar kereta lagi, duit hantar anak ke nursery lagi. Belom campur minyak kereta, belanja sekolah anak, duit dapur, duit pampers/susu! Hoihhhhhh!!! Banyakkkk nye!!

Dan Kerajaan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku. Harga rumah tak lebih 220ribu. Bagusnya skim ni, ialah kerana anda dapat membeli rumah TANPA DEPOSIT. Tapi, adakah anda pikir, kat kawasan mana yang anda dapat beli dengan harga 220ribu? Sg.buloh? Rawang? Mungkin..Tapi cuba pikir balik bila ditambah dengan duit tol dan minyak. Tak ke menjadi beban? Kalau nak apartment banyak la dekat area Bangi, Kajang, itu pon dah sampai ceruk-ceruk.

always be my dream house (pic courtesy of iProperty.com) Price: RM16Mil.


So, apa kata korang plak? :)





Photobucket

6 Pengkomen:

LisaLisut @ June 16, 2011 at 5:09 PM

i totally agree with u babe.serious.skim tu mcm tak berguna je utk org yg kerja KL/klang valley.utk ngeri lain ok la kot.mine is in puchong.tp apartment/low rise condo jelah.hahaha

dh survey puchong? tp puchong pn skrg dh nk start mencanak naik.huhu.so better fast :)

Skinny Yash @ June 16, 2011 at 5:33 PM

puchong yes..byk new development. and cantik2! But i totally avoid puchong coz of LDP. Super jem kot! hahahaha Tak tahan la tgk..eventhough i xperlu pegi ofc hari2, but still nak lalu LDP tu mcm serammmm!

btw, which apt r u?

Anonymous @ June 16, 2011 at 7:20 PM

pasal skim tu..dahla syarat die pendapatan isi rumah bawah 3k?mksudnya laki bini cmpur bwh 3k!apaaa?memang x guna lnsung

Skinny Yash @ June 16, 2011 at 7:44 PM

anon: betul tu!rasenye skim tu focus kepada yg mmg berpendapatan rendah. maybe sorg gaji 1.5k kot. Masalahnye majoriti bukan dlm linkungan tu...tak buat bancian diorg nih! haihhh!

Ainul @ June 17, 2011 at 9:52 AM

ainul beli umah kt shah alam ms 2009.time tu pun dh rm300k.beli umah 2nd sbb dah tau area mana, umah besar mana.setahun jugak la ainul survey.p sana sini tgk umah.Alhmadulillah dpt owner yg best.umah dh renovate.kalau nk tau cukup ke tak harga umah byr bulan2 x 3 kali.cth: katakan bulan2 byr bank rm1500x3bln= RM4500. so pendapatan mesti lebih dr rm4500 ni la.info ni dpt dr org bank.tak pun u p mana2 bank bgtau gaji+ sumber kewangan & estimate harga umah yg mampu dimiliki..good luck dear ")

Skinny Yash @ June 17, 2011 at 10:15 AM

thanks ainul! Yupp. dah tau dah brapa harga rumah bole beli..cume nak taruk deposit tu yg penat nak memikir kan...:) klw rumah 300k, dah confirm2 mau ade 30k cash kat tgn..kan?! :)