Kekuatan hati

Wednesday, March 12, 2014 / Comments (0) / by Skinny Yash

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap kali menjejakkan kaki kat Hospital ni..hati jadi sayu. Teringat saat dapat berita yang aku berjaya pregnant masa 1st iui dulu. Serious. Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Called my husband because I wanted him to be the first one to know. Sambil cakap sambil nangis. Ko rasa suami ko faham tak?! Hahaha but that's the best moment so far.

Tapi, ada sesuatu yang sampai sekarang aku tak bole lupa. Saat aku keluar dari bilik Dokter setelah Dokter mengesahkan kemungkinan aku miscarriage. Sesaat aku keluar dari bilik Doctor, aku lemah. Aku fikir aku kuat. Tapi sebenarnya tidak. Aku menangis semahu-mahunya. Hanya Allah yang tahu betapa sedih, pilu, luluh jantung ni bila mendapat berita yang benda kau tunggu-tunggu selama 4tahun itu telah tiada. 2minggu aku jadi bukan diri aku yang sebenar. MasyaAllah. Takut dengan diri sendiri. Takut meroyan. Lama kelamaan, aku pasrah. Redha itu bukan rezeki kami lagi.

Dan disaat ini, aku keluar dari bilik Dokter dalam keadaan tersenyum. Hati? Hanya Allah yang tahu. Aku sedih. Sangat sedih ketika ini. Result iui kali ke 3 gagal. Untuk berlaku kuat dihadapan orang bukan perkara mudah. Gugur airmata sambil menunggu nombor dipanggil untuk pembayaran. Kali ni, aku nangis sendirian. Tiada bahu seperti yang dulu. Aku tak tau mana silapnya. Dokter, aku atau suami?

Ya Allah Ya Tuhanku. Begitu kuat dugaan Mu terhadapku Ya Allah. Aku pasrah dengan ketentuanMu, berila aku kekuatan untuk menerima ketentuanMu. Berilah kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Kau yang Maha Besar, Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Amin...

0 Pengkomen: