Nota untuk Sahabat

Friday, November 06, 2015 / Comments (0) / by Skinny Yash

Dalam banyak-banyak hari, harini terpanggil nak coret sesuatu.

Dalam dunia ni, hanya 2 orang wanita yang aku rasakan paling tabah dalam dunia pinjaman Allah ni. Mak dan Sahabat. Mak akan sentiasa menjadi nombor 1, walau jumpa sekali setahun. Tapi pada seorang isteri, Mak akan jatuh kedudukannya. Tapi tidak dihati. InsyaAllah.

Sahabat, jangan kau tangisi apa yang terjadi. Dia mungkin seorang lelaki yang pernah kau sayangi, dan mungkin masih disayangi. Tapi apa perlunya dibazirkan sayang itu pada orang yang tak pandai nak menghargai.

Lelaki yang bergelar suami. Tahukah kamu apa ada pada akad? Tak perlu nak diterangkan. Secara kasar, kalau dah jadi suami atau bapak, takkan tak tahu lagi tanggungjawab? Kalau pon tak mampu nak buat tanggungjawab suami kepada isteri, anak? Anak itulah amanah Allah SWT untuk kita. Ruginya lah kalau amanah itu tak dapat dijaga dengan baik.

Kalau sudah dibenci, buat apa digari? Lepas kan saja. Lepas satu tanggungjawab bukan?! Mudah. Easy as A B C.

Suami apa kalau hanya pada nama dan wang ringgit? Sebanyak mana pon wang ringgit yang kau peroleh, kalau tak diberi pada yang wajib, sia-sia la rezeki mu.

Kejar cita-cita itu bagus. Tapi kalau dengan niat nak memuaskan hati sendiri, tanpa memikirkan anak bini dirumah sia-sia lah rezeki mu itu.

Kalau lah aku boleh bukakkan pintu hati dan kepala otak kau, dah lama aku reset balik semua dalam diri kau tu! Tak tahu kenapa susah sangat untuk kau berfikiran waras dan logik seperti manusia lain. Pelik! Kesian!

Aku masih berharap, kau berubah demi Sahabat ku. Demi zuriat-zuriat mu. InsyaAllah.





Photobucket

Ke London Ke Kita?

Tuesday, March 03, 2015 / Comments (3) / by Skinny Yash

3.3.2015

CD2

Ngerti? :(

Takpe, cuba lagi! Okay?

Yang pasti, ke London lah kita! :)



Photobucket

Tapak kaki ku kaku

Thursday, February 26, 2015 / Comments (1) / by Skinny Yash

CD25. 9dpiui.

Semalam pegi klinik. Bukan check pregnant ke tak.Tapi check kaki kanan yang sakit. Tapak kaki. Aih. Doctor bagi ubat. Aku siap bagitau dokter yang tengah 2ww and boleh ke makan ubat-ubat bagai ni...bla bla bla..Dia cakap..'Not related!' OK Fine! Ubat apa? Pain killer! NICE!

Kawan-kawan semua pesan jangan makan. And aku taklah bodoh piang nak telan pain killer sedangkan sakit tu aku masih boleh tahan. Bukan la sampai tahap mengerang kesakitan kan..Cuma berjaga-jaga. So, balik rumah bagitau MIL, dia pon cakap jangan makan. Maka aku buat chill je dengan kaki tempang ni.

Lambatnya masa berlalu. Rasa macam dah 2 minggu. Padahal baru 1 minggu!

Okay. Harap bersabar.

See you in my next post! :P

Photobucket

2ww yang cannot wait!

Tuesday, February 24, 2015 / Comments (0) / by Skinny Yash

CD23. 7dpiui.

Dah 3 hari tapak kaki sakit. Bukan kat tumit, tapi kat bahagian depan tu. Bila check-check rasa macam keras dekat antara ibu jari and jari sebelah tu. Gout ke?! Arghh! Maka, pegi office dalam keadaan tempang. hahaha Nasib la guard-guard bawah office ni baik-baik belaka. Ada yang tolong bukakan pintu, ada tolong scan kan access card dan ada pulak yang baik hati bagi tips. hahaha

Simptom lain? Hmm.

Sehari lepas IUI tu, bangun pagi sakit pinggang macam 8 bulan pregnant! Sakit gile. Sampai duduk atas kerusi pon kena taruk bantal. First time rasa macamni. Selalu tak pon. Then bila petang tu baring sikit, then ok dah. Lain-lain simptom memang takde KECUALI

EMOSI YANG TAK MENENTU! 

Maafkan lah ku! Memang diluar kawalan wei! Tetiba  rasa nak hangin. Tetiba boleh sedih. Kena tegur sikit nangis. Sampai laki aku pon bengang jugak sebab dia tak paham kenapa tetiba aku nak emo tak tentu pasal, which is aku pon taktau kenapa. hahaha Memang bangun-bangun pagi dah tetiba rasa nak marah. Tengok laki aku....lagi lah aku rasa macam takde mood. hahaha Tapi kan...kalau ikut past experience masa pregnant dulu, memang gini jugak simptomnya! Wallahualam. (Mudah2an ada rezeki kali ni...)

Tapi kan.....ha! Ada tapi lagi....! Part sakit tapak kaki tu pon salah satu penyakit time aku pregnant sekejap dulu. Seingat aku lah. hehehe. Tapi mungkin secara kebetulan je. Sebab bila google-google takde pulak simptom sakit tapak kaki time early pregnancy. huhu So abaikan.

Bab makan, rasa macam tak la lapar sangat. Tapi kalau makan rasa macam nak makan lagi. Perut rasa macam full. Eh Entahlah. Bab makan ni memang susah nak perhati sebab aku memang susah nak makan. Tapi kalau dapat benda yang memang aku suka, pelahap jugak! hehehe

Now, kita berserah. Usaha dah dibuat. Moga Allah kabulkan doa kami suami isteri. InsyaAllah. :)






Photobucket

Cycle 1 of 2015.

Wednesday, February 18, 2015 / Comments (3) / by Skinny Yash

Alhamdulillah.

Allah kuatkan semangatku nak tempuh the next journey.

Almost a year stop treatment. Stress wei! 3 tahun treatment tak henti. So, decided to stop and masuk kerja balik. Yes. Tai Tai no more. Tiada lagi housewife berjalan-jalan di shopping mall tak tentu hala hari-hari. Haha

Dah 6 bulan bekerja, i just thought i should continue back my treatment. Nak masuk 6 tahun usia perkahwinan. Apa salahnya berusaha dan berusaha kan? So, gagahkan diri jumpa balik my gynae, Dr Raja. :) Masih dengan beliau. I don't know. Meskipon orang cakap, "pegila jumpa doctor lain pulak.." I just thought she might be the one. Yakin, kemana-mana pon kita pergi..kaedah apa pon skali kita buat, kalau Allah kata Tidak, makan tidak lah ia.

31st December 2014, 
Orang sibuk-sibuk bersiap-siap nak pegi tengok bunga api, nak sambut tahun baru, aku kat hospital. :) Ye. Permulaan tahun baru yang kurasakan akan memberi sesuatu yang diluar jangkaan manusia. Eh! Akur dengan nasihat dokter untuk teruskan treatment tahun ni dengan buat Hysteroscopy. Procedure untuk check keadaan sebenar dalam rahim. FYI, stress okay bile kau dikategorikan as undefined infertility. You just don't know what's wrong with you. So, harapan procedure kali ni dapat merungkai segala permasalahan. Ye. Maka terjawab. Doctor mengatakan cervical canal dalam cervix tu not at the normal place. Oh! Terdiam. "saya abnormal ke Doc?" Tanya aku. Doctor cakap, takde apa lah. Secara normal lubang pintu cervix (bentuk mcm bontot tu) tu kan berada di tengah-tengah. Dan aku, kekiri sikit. Kata Doctor. "So, saya abnormal la..?" Tak puas hati lagi! Doctor hanya tersenyum. haha Doctor cakap dia hanya dilate kan supaya pintu tu besar sikit senang sperm nak lalu katenye. So, bile pikir-pikir balik ada betul jugak. Sebab tu, setiap kali procedure IUI, doctor memang ada masalah nak cari lubang cervix aku. kesian aku akan?! :) Kata Doctor sebelum aku pulang, "next kita cuba IUI lagi. Saya rasa mungkin itu punca nya.." Being me, i am fine with anything. Aku dah cukup positive kali ni. InsyaAllah.

17th February 2015
CD16- Sampai hospital kemain awal. Laki aku nak amek mood katenye. Dulu aku selalu mempertikaikan, kenapa perempuan je kena lalui semua benda ni! Kadang-kadang rasa tak adil. Tapi bila pikir balik, suami pon ada cabaran dia jugak. Contoh, masturbate kat hospital! hahaha Tapi of course tak boleh lawan kite punye dugaan. Mental, physical kena kuat. Belom campur emosi tak tentu hala dek kerana ubat-ubat hormon yang diambil. Pheww. Tak senang wei. serious. Tak senang! Makanya, aku berjaya tempuh dengan 2 kotak Gonal-f! Cucuk sendiri kat perut sampai biru-biru bengkak nya. Alhamdulillah. Procedure kalini smooth sangat! Doctor pon tak banyak bebel. hihi. Dia cakap, dia memang ingat sangat kes aku ni.  InsyaAllah, lagi 2 minggu dapat la jawapannya. So, tunggu je la......sambil berdoa okay! :)

18th February 2015
1dpiui - Sakit pinggan yang macam orang pregnant 8 bulan.


Next appointment: 03.03.2015


Doakan semoga kami berjaya!!!!


Photobucket