2ww yang cannot wait!

Tuesday, February 24, 2015 / Comments (0) / by Skinny Yash

CD23. 7dpiui.

Dah 3 hari tapak kaki sakit. Bukan kat tumit, tapi kat bahagian depan tu. Bila check-check rasa macam keras dekat antara ibu jari and jari sebelah tu. Gout ke?! Arghh! Maka, pegi office dalam keadaan tempang. hahaha Nasib la guard-guard bawah office ni baik-baik belaka. Ada yang tolong bukakan pintu, ada tolong scan kan access card dan ada pulak yang baik hati bagi tips. hahaha

Simptom lain? Hmm.

Sehari lepas IUI tu, bangun pagi sakit pinggang macam 8 bulan pregnant! Sakit gile. Sampai duduk atas kerusi pon kena taruk bantal. First time rasa macamni. Selalu tak pon. Then bila petang tu baring sikit, then ok dah. Lain-lain simptom memang takde KECUALI

EMOSI YANG TAK MENENTU! 

Maafkan lah ku! Memang diluar kawalan wei! Tetiba  rasa nak hangin. Tetiba boleh sedih. Kena tegur sikit nangis. Sampai laki aku pon bengang jugak sebab dia tak paham kenapa tetiba aku nak emo tak tentu pasal, which is aku pon taktau kenapa. hahaha Memang bangun-bangun pagi dah tetiba rasa nak marah. Tengok laki aku....lagi lah aku rasa macam takde mood. hahaha Tapi kan...kalau ikut past experience masa pregnant dulu, memang gini jugak simptomnya! Wallahualam. (Mudah2an ada rezeki kali ni...)

Tapi kan.....ha! Ada tapi lagi....! Part sakit tapak kaki tu pon salah satu penyakit time aku pregnant sekejap dulu. Seingat aku lah. hehehe. Tapi mungkin secara kebetulan je. Sebab bila google-google takde pulak simptom sakit tapak kaki time early pregnancy. huhu So abaikan.

Bab makan, rasa macam tak la lapar sangat. Tapi kalau makan rasa macam nak makan lagi. Perut rasa macam full. Eh Entahlah. Bab makan ni memang susah nak perhati sebab aku memang susah nak makan. Tapi kalau dapat benda yang memang aku suka, pelahap jugak! hehehe

Now, kita berserah. Usaha dah dibuat. Moga Allah kabulkan doa kami suami isteri. InsyaAllah. :)






Photobucket

0 Pengkomen: