Nota untuk Sahabat

Friday, November 06, 2015 / Comments (0) / by Skinny Yash

Dalam banyak-banyak hari, harini terpanggil nak coret sesuatu.

Dalam dunia ni, hanya 2 orang wanita yang aku rasakan paling tabah dalam dunia pinjaman Allah ni. Mak dan Sahabat. Mak akan sentiasa menjadi nombor 1, walau jumpa sekali setahun. Tapi pada seorang isteri, Mak akan jatuh kedudukannya. Tapi tidak dihati. InsyaAllah.

Sahabat, jangan kau tangisi apa yang terjadi. Dia mungkin seorang lelaki yang pernah kau sayangi, dan mungkin masih disayangi. Tapi apa perlunya dibazirkan sayang itu pada orang yang tak pandai nak menghargai.

Lelaki yang bergelar suami. Tahukah kamu apa ada pada akad? Tak perlu nak diterangkan. Secara kasar, kalau dah jadi suami atau bapak, takkan tak tahu lagi tanggungjawab? Kalau pon tak mampu nak buat tanggungjawab suami kepada isteri, anak? Anak itulah amanah Allah SWT untuk kita. Ruginya lah kalau amanah itu tak dapat dijaga dengan baik.

Kalau sudah dibenci, buat apa digari? Lepas kan saja. Lepas satu tanggungjawab bukan?! Mudah. Easy as A B C.

Suami apa kalau hanya pada nama dan wang ringgit? Sebanyak mana pon wang ringgit yang kau peroleh, kalau tak diberi pada yang wajib, sia-sia la rezeki mu.

Kejar cita-cita itu bagus. Tapi kalau dengan niat nak memuaskan hati sendiri, tanpa memikirkan anak bini dirumah sia-sia lah rezeki mu itu.

Kalau lah aku boleh bukakkan pintu hati dan kepala otak kau, dah lama aku reset balik semua dalam diri kau tu! Tak tahu kenapa susah sangat untuk kau berfikiran waras dan logik seperti manusia lain. Pelik! Kesian!

Aku masih berharap, kau berubah demi Sahabat ku. Demi zuriat-zuriat mu. InsyaAllah.





Photobucket

0 Pengkomen: