Sakit ke Laparoscopy tu?

Saturday, February 06, 2016 / Comments (1) / by Skinny Yash

Salam. 2016.

Dari berpantang bulan 12 haritu konon nak tulis blog hari-hari, nan ado! Maka, harini nekad nak tulis! First post of my 2016. Bangga. Tengok tajuk lah! :)

Macam-macam soalan dapat dalam FB, Message, whatsapp and call. Meh sini ah-kak nak cerita. Kalau tak sempat habis part 1, kita buat part 2. Aci kan? :) (Korang abaikan smiley face, mmg tabiat!) :) See?! ;p

Macam semua yang dah tau, aku kahwin pon dah 6 tahun setengah. First 2 years memang tak pernah jumpa gynae-gynae ni. Lepas tu baru lah sedar, 'eh! Dah 2 tahun dah tapi tak pregnant-pregnant!' Adalah hamba Allah recommend seorang Doctor di Columbia. 3 tahun dengan doctor yang sama. Alasan, sebab selesa dengan dia and malas nak ulang cerita 10x. Within that 3 years, 5 IUI dah buat. And the the first IUI berjaya pregnant, walaupon hanya takat 8 weeks. Sedih? Refer balik post lama. :) And i have my own reason why i stopped seeing the Doc. :)

Dan bermula hujung tahun 2014, seorang sahabat rekemen untuk jumpa another Gynae. Prof. Dr Hamid Arshat. Siapa tak kenal kan? It took 6 months to have my 1st appointment with him. Lama kan? Panjang queue dia. Dengar-dengar now 8 bulan baru dapat jumpa. Wallahualam. Rezeki masing-masing. Pejam celik pejam celik, dapat lah jumpa. Cerita punya cerita, Doc suggest untuk buat laparoscopy. Kenapa laparoscopy? Sebab, after all these years doc tak tau kenapa punca tak mengandung. HSG okay. Scan okay. Hysteroscopy okay. My previous gynae selalu cakap.. "Awak ni takde problem la...takde rezeki je ni.." Kita pon ye kan je. So, back to the story. Laparoscopy ni kira jalan terakhir untuk tengok the real situation dalam perut. If scan, bole nampak dalam rahim. Tapi tak boleh nampak luar/belakang rahim. So, lepas bincang suami isteri. I agreed to proceed with it. Redha je la. Demi nak zuriat. So, we have to wait nearly 8 months for my scheduled surgery. Saya buat di Pantai Hospital.

16th December 2015
Klinik Hamid Arshat suruh daftar masuk Hospital Pantai before 5pm. So, around 3.30pm saya check-in. Smooth. Opt for single room sebab nak suami tidor teman sekali. Kena berpuasa dari jalan 11pm. Sebab schedule surgery esok pagi nya.

17th December 2015
Every few hours, nurse akan datang amek blood pressure. Dia amek darah juga untuk Hep A and B kot. (Tak Ingat!). Pukul 6, nurse datang untuk bagi Edema. Untuk yang dah pernah beranak, mesti tau! hihi. Ubat paling power yang boleh buat tangki usus besar korang kosong serta merta. haha It took me less than 5 minutes. :) Then, an hour before the surgery, nurse inject pain killer kat punggung. Sakit ok. Salah cucuk berminggu sakitnya. pfft. Elok sejam lepas tu, diorang pon tolak la ke OT room. Of course, pagi tu Doc bius akan datang check and confirm dengan kita certain things. Standard dalam OT room, nurse and doctor semua berborak-borak sambil buat kerja. Kita yang dok baring atas katil besi tu, berzikir je la mengenangkan nasib lepas tu. hahaha Sedar-sedar....

"yashma...yashma..." dengar nama dipanggil-panggil. Dalam hati, "dem..diorang ni tak habis borak lagi ke?" Elok je kita menyahut, diorang pon tolak ke ward room. Rupanya dah habis!!! hahaha lega! Biasanya 1-2 hours after surgery diorang biar kat recovery room, baru ditolak ke ward. Sampai dalam bilik dok pejam celik pejam celik la..gitu. Suami di sisi. cewah!

The first 2 days, okay. Takde rasa sakit langsung. Hari ke 3 bila gerak sakit. Rupanya kesan pain killer dah habis. So, mintak kat nurse dia tak bagi. Belum cukup time. So, lepas tu okay dah. Tak perlu pain killer. Perut pon tak berani nak tengok or pegang. Tak boleh nak gerak sangat, sebab ada bag kencing (ok ni first time!) and botol untuk keluar darah dari perut. Bila sedar tu, suami bagitau. Doc jumpa fibroid. WHAT? FIBROID?! Sebesar buah laici. Sebanyak 2 biji. Dalam kepala otak, "MasyaAllah...lepas 6 tahun setengah...after all these yearssssss" Sumpah rasa syukur sangat! sangat! Allah temukan aku dengan seseorang yang berjaya temui apa yang tak kena dengan aku. Mungkin rezeki dan jalan cerita aku macamni. Aku redha. Btw, bukan fibroid je. Doc diagnosed i have mild endo too. Lega, atleast i know what cause my infertility. Duduk hospital 5 hari. And dapat hospitalization leave selama 1 bulan. :) Hari nak discharge, baru nurse bukak balutan luka. barulah nampak. Ada 2 tebuk (bawah pusat & kiri perut) Dan 1 open surgery di bawah perut lebih kurang 6 cm. Bangga ada c-sec! Hahaha

Bermula lah sesi pantang di rumah mertua. Makanan semua dihantar sampai ke bilik atas. Pagi, tengahari, malam. Alhamdulillah. Rezeki dapat mertua baik. :) Dijaga semuanya. 2,3 hari je la macam tu. Lepas tu, insist i boleh turun makan kat bawah sendiri. Segan pulak. Rasa diri macam dah sihat. dan boleh berjalan. Orang-orang pulak dok pesan jangan naik turun tangga banyak-banyak. OK. So, pagi turun. Malam nanti baru naik. Pheww. Sangap! hahaha

2 minggu dah rasa sihat sepenuhnya. :) Confident. So, minggu ke 3 start merayau! Driving ke hulu ke hilir. Almaklum dah sihat. Nak tahu apa jadi seterusnya?

Refer nanti next post eh? :)

Sebelum tu, pada yang bertanya.

Sakit tak laparoscopy? : Jawapan saya, tak! Memang akan rasa macam tak selesa or rasa nyut-nyut gitu la. Tapi bearable. :)

Doc bius separuh ke full? Usually for laparoscopy, memang diorang bagi full bius. So, don't worry by the time ko sedar, benda semua dah settle! :)

Bila bukak tube kencing sakit tak? Erm..sebenarnya tak boleh nak imagine dia masukkan tube tu kat mana. haha tapi masa nurse tarik nak bukak tu, dia suruh tarik nafas. Pluuppp dia tarik. Terasa ngilu jugak lah! haha Tak sakit!

Ada lagi soalan ke? Tanya je lah kat ruangan bawah nanti okay? :)


Photobucket

1 Pengkomen:

kakakketak @ February 23, 2016 at 2:44 PM

Always happy when am seeing a new entry from you. :D All the best for you akak! Chaiyok!